Events By: Salma Syahbuddin October 24, 2018 @ 3:37pm

#SFMM33 : Ini Senarai Penuh 30 Buah Lagu Berjaya Tembusi Separuh Akhir MM33

Sebanyak 30 buah lagu telah berjaya menembusi semi final muzik-muzik yang ke-33. Antara lagu-lagu yang layak adalah berdasarkan undian peminat di carta MM33. Dan, kalau musim lalu undian juga boleh dibuat secara wild card menerusi showcase MM, kali ini tiada lagi jalan pintas untuk artis-artis yang tercalon. 

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak berkata, program seperti MM33 ini adalah salah satu cabang atau laluan bagi para artis untk mencipta nama dan memberi persembahan terbaik buta peminat-peminat mereka.

” Adalah menjadi kebiasaan TV3 untuk menyajikan pelbagai program hiburan menarik untuk tontonan umum. Dan, Muzik-muzik merupakan satu-satunya laluan untuk penyanyi-penyanyi terkenal Malaysia mengorak langkah mencipta kejayaan ke Antis untuk menonjolkAN BAKAT ugerah Juara Lagu.” Katanya

Sumber : Instagram @senangterhibur

Kali ini antara calon artis yang terlibat dalam SFMM33 juga menyaksikan pertembungan artis lama dan baharu bagi merebut gelaran siapakah bakal beraksi di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 33 kali ini.

Rata-rata artis yang tercalon menyifatkan semi final MM33  memang sangat mencabar dan apa yang diharapkan oleh mereka adalah melakukan yang terbaik dalam setiap persembahan mereka.

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu pertama, 9 November 2018)

  1. Di Matamu – Sufian Suhaimi
  2. Dia – Qody
  3. Kata Akhirmu – Ariff Baharin
  4. Sesungguhnya Aku – Aliff Satar
  5. Bercanda Di Malam Indah – Kugiran Masdo
  6. Mimpi – Liza Hanim
  7. Seindah Berdua – Dewi Seriestha
  8. Dia – Dayang Nurfaizah
  9. Semakin – Siti Sarah
  10. Tak Pernah Hilang – Kaer Dan Amylea
  11. Hikayat Ben Ladin – Ben Ladin

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua, 16 November 2018)

  1. Bunga –  Altimet
  2. Luluh – Khai Bahar
  3. Rahsia Kita – Khai Bahar Dan Fatin Husna
  4. Stereotype – Akim And The Majistret
  5. Sulit – Aman Aziz
  6. Bunga -Ara Johari
  7. Jagakan Dia – Shiha Zikir
  8. Haram – Hael Husaini Dan Dayang Nurfaizah
  9. Demi Kita – Ismail Izzani
  10. Cakap Ke Tangan – Stacy 
  11. Kau Pun Sama – Syamel

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Ketiga, 23 November 2018)

  1. Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli
  2. Jatuh Bangun – Haqiek Rusli Feat. Aman Ra
  3. Hajat – Hael Husaini
  4. Layarlah Kembali – Dayang Nurfaizah
  5. Nisan Cinta – Jaclyn Victor Dan Siti Nordiana
  6. Rintihan Rindu – Wany Hasrita
  7. Kisah Antara Kita – One Avenue Band
  8. Sampai Bila -Misha Omar

Sumber : Instagram @senangterhibur

 

Saksikan juga persembahan pembukaan hos-hos SFMM 33 yang menampilkan parodi AJL32, K-pop dan mash-up lagu-lagu yang tular kini. Selain itu, SFMM33 juga memaparkan persembahan gabungan artis lama dan baharu seperti Bumi Putra Rockers, Black, Flop Poppy, Hafiz Suip, Gersang dan Hazama. 

SFMM 33 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada hari Selasa setiap minggu konsert tersebut (6, 13 dan 20 November 2018) di Balai Pengawal Sri Pentas, Bandar Utama dan Balai Pengawal, Sri Pentas 2, Aras 5, Plaza Alam Sentral seawal jam 11 pagi.

Dan, kepada para peminat yang ingin mengetahui info terkini, korang  boleh ikuti SFMM33 dilaman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM33. Malah, para pengunjung yang tidak berpeluang untuk menyaksikan Muzik Muzik 33 Separuh Akhir di kaca televisyen juga, boleh menonton secara online di saluran Youtube TV3. Atau menerusi platform digital kami di www.xtra.com.my/muzikmuzik

Jangan lupa untuk hashtag #SFMM33 bagi menghangatkan lagi Muzik-Muzik 33 Separuh Akhir di laman sosial anda ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 May 2019

Noorkhiriah Tak Mahu Bergambar Dengan Selebriti Tak Bertudung?

Dalam pada itu, dia mengaku mula merindui watak Aisyah yang dilakonkan dalam drama Nur dan Nur 2.

Filem Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Mungkin Ini Adalah Watak Paling ‘Win’ Buat Reen Rahim?

Halah, Hala, Halah! korang tak reti-reti lagi standby kat depan TV, setiap hari jam 7 malam?

Contest Wed, 2 Oct 2019

xtra好康头 | 送你「云顶星光嘉年华」入门票

xtra好康头 送你「云顶星光嘉年华」入门票,让你在星光下的欢乐时光,度过最美丽的周末。

LIFESTYLE Fri, 4 Jan 2019
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Dikecam Pakai Baju Ketat, Shima Anuar ‘Sembur’ Balik Netizen

Pelakon, Shima Anuar membidas secara berhemah kritikan netizen terhadap pemakaiannya ketika sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

Peserta Hero Oven 2 Bengang

Adam, bekas peserta program Hero Oven musim kedua, baru-baru ini dihambat kontroversi apabila meluahkan rasa terkilannya dengan rakyat Malaysia yang gemar menyentuh isu status halal sesuatu makanan.

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

SOUTH KOREANS DOMINATE ‘TOP 55 ASIAN MALE WITH MOST BEAUTIFUL FACES’ LIST

Asia is popular for our amazing food, beautiful travel locations and amazing cultures. However, our music and good looking people have been taking over the world by storm too!

Events Sat, 15 Feb 2020
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

“I Gave Him Another Chance, But…” – Bella Astillah on Husband Aliff Aziz’s Infedility

Someone spotted Aliff Aziz and co-actor Oktavia Manrose getting steamy in a club, and sent 3 recordings to wifey Bella Astillah!

| Live TV