Events By: Salma Syahbuddin October 20, 2018 @ 12:47am

Kenapa Agaknya Drama Sangat Tour Kali Ini Bakal Menjanjikan Momen Paling Manis Buat Artis Dan Peminat?

Kehangatan Drama Sangat Tour kali ini diteruskan lagi! Dan, nampaknya sambutan kali ini semakin meriah dengan kerjasama para pelakon yang sama-sama turun padang untuk bertemu sendiri peminat-peminat mereka.

Hari pertama sahaja sudah cukup menyaksikan bahawa sambutan Drama Sangat Tour 2018 kali ini begitu happening.  Memulakan siri jelajahnya kali ini dengan berkunjung ke McCafe Mutiara Rini, Johor Bharu, para pelakon sempat beramah mesra dan mempromosikan drama terbaharu masing-masing. Antaranya ialah, Fasha Sandha ( Mawar Murni), Saharul Ridzwan (Mawar Murni), Amar Asharaf (Mawar Murni), Mimi Lana (Mawar Murni), Hafidz Roshdi (Raisha 2), Daler Yusuf (Terima Ku Seadanya), Nadia Brian (Terima Ku Seadanya), Syafiq Kyle (Mocha Kau Bahagia 2), Eyra Hazali (Mocha Kau Bahagia 2), Syafie Naswip (Mocha Kau Bahagia 2), dan Raja Atiq (Mocha Kau Bahagia 2).

 
 
 
View this post on Instagram

Guys !! Kami nak sampai di lokasi pertama MCDonalds Mutiara Rini Drive Thru, Johor Bahru . Jom cepat serbu ramai ramai banyak hadiah nak bagi ! ?? #dramasangattour

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia) on

Kemeriahan tidak terhenti begitu sahaja ya! Para artis turut bergerak ke lokasi kedua mereka iaitu, Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru!
 
Kali ni, artis bukan sahaja dapat berjumpa dan bersalaman bersama peminat, tapi mereka juga sempat meluangkan masa untuk berlakon bersama peminat-peminat mereka dalam aktiviti sketsa, ice breaking dan Pilih Pasangan. Malah, sesi bergambar secara eksklusif juga turut disediakan. Tak caya, jom tengok ni!
 
Wah, bukan main lagi orang Johor kita ni kan? Masing-masing ada bakat terpendam rupanya. 
 
Jadi, kepada semua peminat-peminat artis kesayangan korang ni, terutamanya kepada warga Johor, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dan beramah mesra bersama mereka esok okay! 
 

Sumber : Instagram @tv3malaysia

 
 
Pastinya, krew Drama Sangat Tour kali ini tidak akan menghampakan korang. Kenapa? Korang kenalah tunggu update atau bagi sesiapa yang tidak berkesempatan, bolehlah jenguk #dramasangattour atau lihat info terkini mengenai aktiviti yang berlangsung sepanjang siri jelajah kali ini di laman instagram @tv3malaysia okay!
 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 7 Nov 2019
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Alunan Ayat Al-Quran Raja Atiq, Buat Semua Peminat Kagum

Siapa sebenarnya Raja Atiq, sehingga bacaan Al-Quran beliau begitu lunak sekali?

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Tiada Sebab Beto Tolak Tawaran Berlakon KLGU

Jujur saya akui penggambaran drama ini sangat memenatkan. Maklum saja ia merupakan filem aksi namun kebersamaan kami dalam naskah epik ini membuatkan tempoh penggambaran berjalan tidak terasa lama.

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Tips Untuk Kulit Cantik

Siapa yang tidak inginkan kulit cantik bukan. Ini perkongsian dari Bella Dally bagaimana beliau menjaga agar kulit kelihatan cantik  1. Tidak pernah tinggalkan rutin penjagaan kulit Bella mengamalkan tiga langkah sebaik bangun dari tidur. Cuci muka, […]

Events Wed, 1 Aug 2018

Selamat Ulangtahun Ke-18 Red Box Karaoke!

Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan sempena ulang tahun yang ke-18 Red Box Karaoke!

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Sulli is Back with a Brand New Reality Show!

Sulli has been quiet for a while so this upcoming appearance is something to look forward to.

Events Thu, 4 Apr 2019

Catch the Dynamic Canadian Band, Diamonds Live at Zeta Bar

You don’t want to miss out on this talented group.

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

BTS Sumbang Berbillion Ringgit Buat Korea Selatan!

Wow, bukan sikit ya jumlah yang disumbangkan!

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Cinta Majikan & ‘Intern’…Mampukah Mereka Bersatu?

Akan bahagiakah cinta pertama buat Rose dengan lelaki yang diminatinya, iaitu majikannya sendiri? Saksikan drama romantis Kau Yang Pertama setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

| Live TV