Trending By: SGMS Enal September 11, 2018 @ 11:43am

Rugi RM317,500 Ditipu Sindiket ‘Macau Scam’

Seorang pesara guru kerugian RM317,500 apabila menjadi mangsa kepada sindiket Macau Scam selepas mengeluarkan wang simpanannya dan kemudian mendepositkannya ke dalam akaun pihak yang tidak dikenali, Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt KS Mender Singh berkata wanita berumur 60 tahun itu ditipu setelah menerima panggilan daripada seorang lelaki pada kira-kira 10.30 pagi yang menyamar sebagai kakitangan mahkamah.

Beliau berkata panggilan berkenaan kemudiannya disambungkan kepada pihak polis bagi meyakinkan mangsa bahawa dia mempunyai kesalahan yang perlu tindakan segera untuk diselesaikan.

“Suspek menyatakan bahawa mangsa mempunyai tunggakan kad kredit dan dalam masa yang sama, kad kredit terbabit digunakan oleh individu lain untuk melakukan jenayah.

Mangsa terkejut apabila dia disyaki terlibat sama dengan urusan pengedaran dadah dan kad kredit terbabit juga terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mender Singh berkata mangsa yang takut dengan tuduhan tersebut terus mengikut segala arahan suspek dengan memberikan butiran akaun bank miliknya kepada suspek yang ‘kononnya’ diperlukan bagi siasatan lanjut dalam kedua-dua kes berkenaan.

“Mangsa diarahkan untuk melakukan deposit tunai sebanyak RM317,500 dan wangnya akan dikembalikan  sebaik siasatan selesai, yang dikatakan tidak sampai tempoh 30 minit.

Mangsa akhirnya menyedari ditipu apabila tidak menerima semula wangnya seperti dijanjikan dalam tempoh 30 minit selain gagal menghubungi nombor telefon suspek,”katanya.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Pahat dan polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes sama sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Mender Singh berkata pihaknya kini giat membanteras kegiatan judi di daerah ini dan sudah melakukan 27 serbuan pada minggu lepas.

Beliau berkata pihaknya menahan 27 individu yang terlibat dalam kegiatan itu selain wang tunai RM3,333 dan peralatan yang digunakan termasuk sebuah tablet untuk kegiatan judi dalam talian.

“Pihak polis kini turut mengadakan kerjasama dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bagi mengesan pemilik premis yang digunakan dalam aktiviti perjudian ini bagi merakamkan percakapan.

Kami juga menasihati pemilik premis agar tidak menyewakan kedai mereka kepada kegiatan yang menyalahi undang-undang, termasuklah judi. Sekiranya mereka (pemilik premis) mengetahuinya dan tiada laporan polis dilakukan, mereka juga akan menerima tindakan undang-undang,” katanya.

– Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 5 May 2020
Trending Fri, 12 Jan 2018

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Lakukan 22 Perkara Ini, Anda Akan Dapat Perlepasan Dari Membayar Cukai

Trending Tue, 13 Feb 2018

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera.

Trending Thu, 16 May 2019

为何手术服是蓝绿色?穿错恐致命

每当提起医护人员,通常大家脑海里浮现都是「白大褂」模样,但你可曾想过,为何手术室里的医生,通常都是穿着「蓝绿色」而非常见的白色或其他颜色?

Trending Tue, 10 Mar 2020

“Babak Pertama, Episod Baharu” – Cipta Sejarah Dilantik Menteri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan Titip Ucapan

Alhamdulillah. semoga diberi kekuatan dan upaya untuk memimpin dan laksanakan amanat yang diberi

Trending Mon, 17 Sep 2018

研究证实:男人出门前亲吻另一半,能赚更多钱、活更久

从今天起,请告诉你的另一半:我们来亲吻吧!这可不只为了增进你们的感情,更是为了能赚大钱,以及换取健康长寿。

Trending Sat, 25 May 2019

Golongan Cacat Pendengaran Dapat Mengalami Takbir Dengan Applikasi Dari Maxis

Maxis Cipta Aplikasi Mudah Alih Hari Raya Untuk Golongan Cacat Pendengaran

Trending Thu, 15 Mar 2018

KLIA2 Implements Self Baggage Drop To Ease Drop Off Time

KLIA2 has a new facility for all passengers which will help save lots of time during the baggage drop off process.

Trending Tue, 16 Jan 2018

SAUDI ARABIA FINALLY LIFTS BAN ON MOVIE THEATRES!

The very first movie they screened was The Emoji Movie. LOL.

| Live TV