TECH By: SGMS Putri June 18, 2018 @ 11:15am

5 Tips Untuk Memastikan Kesihatan Bateri Telefon Pintar Anda

Kita sering tertekan dengan masalah bateri peranti yang gagal bertahan untuk tempoh yang lama. Bagi menyelesaikannya, kita seringkali mencari sebarang cara atau tips untuk menjimatkan penggunaan bateri dalam kegunaan seharian peranti.

Tapi kita lupa, kadang kala kita telah melakukan beberapa kesilapan yang akan mengakibatkan kesihatan bateri itu sendiri terjejas. Oleh itu, mari kami kongsikan tips bagaimana untuk anda memanjangkan usia bateri telefon pintar anda.

1. Cas semula kuasa dengan lebih kerap

Kita sering dimomokkan dengan mitos bahawa mengecas bateri hanya selepas bateri peranti habis sepenuhnya adalah baik untuk bateri. Ianya mungkin betul satu masa dulu, tapi tidak kini. Namun berbeza dengan hari ini.

Ia kerana bateri lithium-ion & lithium polymer yang digunakan oleh kebanyakan peranti hari ini tidak mempunyai efek memori. Maka anda tidak lagi perlu menunggu peranti kehabisan kuasa sepenuhnya untuk mengecas semula.

Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.

2. Jangan cas peranti sepanjang masa

Mengecas peranti dengan terlalu lama tidak lagi menjadi masalah untuk peranti hari ini. Ia disebabkan peranti sekarang mempunyai keupayaan untuk memotong aliran masuk kuasa bagi menghentikan pengecasan selepas bateri dicas penuh.

Namun, ia tidak bermakna anda boleh terus menerus mengecas peranti tanpa henti. Anda perlu biarkan bateri perantiuntuk berfungsi dengan sendiri tanpa memaksa kuasa bateri untuk terus kekal di tahap yang tinggi.

Untuk keputusan yang terbaik, kekalkan bateri peranti pada tahap 40% hingga 80% untuk menjaga kesihatan bateri anda.

3. Tanggalkan sarung peranti ketika mengecas

Kebanyakan dari kita menggunakan sarung pelindung pada peranti demi menjaga peranti daripada mudah retak sekiranya jatuh ke lantai. Tiada masalah dengan perkara itu.

Akan tetapi, semasa mengecas peranti, pastikan anda menanggalkan sarung tersebut daripada peranti. Ini bagi memastikan suhu bateri peranti tidak meningkat tinggi akibat terperangkap oleh sarung pelindung.

4. Elakkan peranti daripada terdedah pada suhu yang tinggi atau terlalu rendah

Masih lagi berbincang mengenai suhu. Anda diingatkan supaya sentiasa memastikan peranti terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah.

Sebagai contoh, sekiranya anda menunggang motorsikal sewaktu cuaca panas, jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di raga motorsikal. Suhu yang panas bukan sahaja memberi kesan kepada bateri, malah panel skrin juga mungkin terjejas. Akibatnya, skrin akan kelihatan semakin malap.

Bateri peranti juga gagal berfungsi dengan sebaiknya sekiranya suhu terlalu rendah, ibarat enjin kereta yang tidak dipanaskan dulu pada waktu pagi. Jadi jika anda bercuti di kawasan sejuk, pastikan anda kurangkan penggunaan perantisemasa di luar bangunan.

5. Kosongkan kuasa bateri dari masa ke semasa

Walaupun anda dinasihatkan untuk tidak membiarkan peranti kehabisan kuasa sepenuhnya dengan kerap, ia perlu juga dilakukan dari masa ke semasa. Ia bertujuan untuk ‘menyegarkan’ kembali bateri peranti.

Anda dinasihatkan untuk mengosongkan bateri peranti sekurang-kurangnya sekali untuk setiap tiga bulan. Adalah lebih baik sekiranya anda dapat melakukannya untuk sebulan sekali.

Untuk keputusan terbaik, pastikan jarak masa antara setiap pengosongan kuasa itu adalah sama. Dalam kata mudah, jika anda mengosongkan bateri buat kali pertama selepas 30 hari, maka pengosongan bateri yang kedua juga perlu dilakukan 30 hari selepas itu.

Itu sahaja perkongsian daripada pihak kami buat masa ini. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.

Sumber : wiser.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Tue, 18 Sep 2018

养车小知识:Engine Bay可以用水清洗吗?

用水清洗 Engine Bay 真的会造成引擎和电子部件损坏吗?

TECH Sat, 17 Aug 2019

Hardisk Pun Kena Ada Kata Laluan Ya!

Sekarang ini walaupun simpan data dalam hardisk pun boleh kena curi , Jadi lebih baik lindungi dengan adanya kata laluan

TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

TECH Thu, 5 Jul 2018

Reka Bentuk Serta Spesifikasi Huawei Nova 3 Tertiris

Pada ketika ini desas-desus mengenai kedatangan model baru, Huawei Nova 3 sudah mula hebat diperkatakan. Berada dalam kelas pertengahan, Huawei Nova 3 dijangkakan pelancarannya pada 18 Julai depan. Khabar angin paling menarik mengenai peranti ini adalah ia […]

TECH Thu, 22 Aug 2019

Cari Popular Dishes Melalui Google Maps

Bestnya kalau melalui Google Maps boleh cari tempat makanan yang popular kan?

TECH Sun, 1 Apr 2018

Fungsi Sebenar Titik Kecil Antara Kamera Utama Dan Flash Di Belakang iPhone?

iPhone mempunyai penggemar tegar yang ramai. Setiap keluaran iPhone seolah-olah satu rekaan yang akan ditunggu-tunggu oleh para penggemar iPhone. Sejak dari iPhone 5 lagi Apple telah meletakkan rekaan titik hitam bersebelahan dengan sensor kamera utama […]

TECH Wed, 13 Jun 2018

Cara Untuk Maksimumkan Prestasi iPhone Lama

Jika IPhone lama anda terasa semakin hari semakin perlahan,anda boleh cuba tips ini.

Automobile Mon, 13 Jan 2020

英国研究:慢速驾驶致交通事故!死伤人数增加

超速驾驶绝对是容易引发恶性事故的交通违法行为,但你知道吗?其实开得「慢」也没有你想象中的安全。

TECH Tue, 8 Jan 2019

「尘归尘土归土」还比火化更环保!冰葬让人体回归天地

随着环保意识抬头,葬礼的精简和大体回归自然成为新一代身后方案追求的目标,除了最近推广的树葬、植葬外,最近还有另一种新的环保葬:冰葬。

TECH Mon, 18 Nov 2019

恐怖!脸书半年删除32亿假帐户

据路透社报道,社交媒体巨头脸书(Facebook)本周发布最新内容审核报告,称今年4月至9月间删除32亿个虚假帐户,以及上千万则有关虐待儿童和自杀的帖文。

| Live TV