TECH By: SGMS Putri July 4, 2018 @ 2:42pm

Jurutera Sekuriti Google Kongsi 5 Tips Asas Gunakan Chrome

Justin Schuh merupakan seorang jurutera dari Google yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sekuriti.

Sebelum diambil bekerja di Google, beliau telah berkhidmat dibeberapa buah syarikat serta agensi ternama seperti IBM, National Security Agency dan juga US Marine Corps.

Sebagai salah seorang ketua teknologi yang bertanggungjawab menguruskan pelayar Chrome, Schuh sudah arif dengan selok belok keselamatan platform internet berkenaan.

Pada satu temubual bersama laman Business Insider, beliau telah berkongsi 5 tips asas bagi pengguna untuk melayari Chrome dengan lebih selamat.

1. Hindari dari menggunakan komputer awam

Schuh menasihati supaya pengguna tidak melakukan aktiviti peribadi menggunakan komputer awam seperti di perpustakaan, siber kafe dan lain-lain tempat awam. Hal ini kerana, dikhuatiri ada pihak tidak bertanggungjawab boleh mendapatkan maklumat sensitif ketika anda melayari internet.

2. Gunakan kata laluan yang berasingan bagi setiap akaun atau perkhidmatan

Diakui bahawa mengingati kata laluan merupakan perkara yang sukar bagi kita pengguna. Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai banyak akaun sosial media mahupun perkhidmatan dalam talian yang lain.

Mungkin anda boleh gunakan Password Manager untuk menghasilkan serta mengingati kata laluan anda.

3. Gunakan pengesahan dwi faktor ketika untuk log masuk media sosial ataupun perkhidmatan dalam talian

Ciri pengesahan dwi faktor sudah ditawarkan pelbagai platform internet dan kita sebagai pengguna disarankan supaya menggunakannya keselamatan maklumat sentiasa terjamin.

4. Fikir dua kali, tiga kali, berkali-kali sebelum pasang plug-in pada pelayar Chrome

Dari tahun ke tahun, banyak pembangun dari pihak ketiga mencipta plug in untuk digunakan pada pelayar Chrome. Namun, tak semua plug in itu bersifat membantu malah ada yang berniat jahat untuk mencuri maklumat pengguna. Pastikan kesahihan plugin tersebut sebelum memasangnya pada Chrome.

5. Kemaskini pelayar Chrome

Para pembangun pelayar Chrome sentiasa berusaha membawakan naiktaraf keselamatan pada platform berkenaan. Oleh kerana itu, kita perlu memastikan pelayar Chrome dikemaskini setiap kali naik taraf perisian baharu ditawarkan.

Begitulah serba sedikit perkongsian yang diberikan oleh Justin Schuh. Jadi selepas ini bolehlah anda ikuti tips-tips asas ini supaya pelayaran diinternet menggunakan Chrome menjadi lebih terkawal dan pada suasana yang lebih selamat.

Sumber: Business Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 21 Jan 2020

Cara Melakukan Tetapan Kad Kredit Pada Pelayar Chrome

Kepada anda yang gemar memebeli belah secara atas talian menggunakan kad kredit atau debit, berikut kami kongsikan cara untuk menghubungkan kad kredit dengan pelayar chrome untuk memudahkan proses pembayaran atas talian. Pertama sekali buka aplikasi […]

TECH Mon, 17 Sep 2018

Cara Mengesan Lokasi Semasa Insan Tersayang

Kepada anda yang ingin mengetahui lokasi kawan – kawan atau ahli keluarga secara “Real – Time”, berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh dilakukan.

TECH Mon, 11 Dec 2017

Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

Hanya Rakam Dia Sedang Main ‘Game’ Dan Ulas, Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

TECH Sun, 22 Sep 2019

Kesan Bagasi Atau Barangan Anda Dicuri

Kepada anda yang selalu mengalami masalah bagasi tertinggal ataupun kecurian, berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh dicuba untuk mencegahnya daripada berlaku.

TECH Tue, 11 Sep 2018

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Sangat ringkas dan mudah.Cubalah!

TECH Tue, 2 Oct 2018

iPhone XS自带美颜?专业人士:只是HDR的附加效果

近期iPhone XS「自带美颜事件」引发了国内外网友讨论,现在相机App Halide的研发人员通过研究测试发现,所谓「自带美颜」实际上是「更好更积极的降噪,以及曝光合成后锐度降低」导致的。

TECH Fri, 8 Jun 2018

Sunting Gambar Berwarna Dengan Latar Belakang Hitam Putih

Artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah membuat suntingan gambar berwarna dengan latar belakang hitam putih.

TECH Mon, 22 Jul 2019

Google PlayStore Gagal Berfungsi? Cuba Ini

Adakah salah satu langkah ini berjaya menyelesaikan masalah anda atau anda lakukan dengan cara yang lain?

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Mon, 30 Sep 2019

Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Siapa yang tak nak wifi kan

| Live TV