Hiburan By: SGMS Faida September 19, 2018 @ 8:00pm

Tahniah! Ini Senarai Pemenang Di Anugerah Emmy Ke 70

Siri televisyen komedi The Marvellous Mrs Maisel menang besar di Anugerah Emmy Primetime ke-70 apabila membawa pulang lima trofi.

Acara yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat menyaksikan siri terbitan Amazon itu menang kategori utama iaitu Siri Komedi Terbaik.

Empat kategori lain yang digondol siri berkenaan adalah Pelakon Wanita Terbaik, Pembantu Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik.

Malam kemuncak majlis penganugerahan itu turut mengumumkan siri televisyen fantasi popular Game of Thrones sebagai Siri Drama Terbaik.

Siri ciptaan produser David Benioff dan D B Weiss itu menang trofi keduanya apabila Peter Dinklage dipilih sebagai Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik Siri Drama.

Mengulas mengenai trofi Emmy ketiganya, Dinklage mendedahkan pernah bimbang terhadap lakonannya sebagai Tyrion Lannister.

“Selalunya watak menampilkan individu bersaiz besar seperti saya sukar pergi jauh dalam sebuah karya.

“Bagaimanapun, watak ini sangat berbeza dan saya sedih kerana siri ini bakal tamat,” katanya.

Bagi persembahannya dalam Game of Thrones, Dinklage dicalonkan sebanyak tujuh kali sebagai Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik Siri Drama Anugerah Emmy Primetime.

Musim ketujuh Game of Thrones menerima sebanyak 22 pencalonan dalam Anugerah Emmy Primetime kali ini.

Sebelum ini, siri adaptasi novel fantasi George R R Martin pernah membawa pulang trofi di acara sama pada 2015 dan 2016.

Sementara itu, Claire Foy membawa pulang trofi bagi kategori Pelakon Wanita Drama Siri Terbaik menerusi lakonannya sebagai Ratu Elizabeth dalam The Crown.

Pelakon Lelaki Siri Drama Terbaik pula dimenangi Matthew Rhys.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 18 Feb 2018

Sari Yanti Tayang Baby Bump,

Sari Yanti Tayang Baby Bump, Peminat Dah Mula Rasa Tak Sabar

Hiburan Tue, 10 Sep 2019

Ehem…Siapa R Di Hati Haqiem Rusli?

Ala…sweetnya lahai!

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Eyka Farhana Tak Suka Tinggal Di Negara Sejuk?

Kenapa agaknya Eyka suka ke negara bercuaca panas?

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Nazim Othman Dilamun Cinta?

Rata-rata memberikan komen gembira sekiranya Nazim benar-benar sudah berpunya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Nazim bahagia dengan cinta barunya.

Trending Hari Ini Tue, 12 May 2020
Hiburan Sun, 29 Sep 2019

陶晶莹震撼报喜!首次来马办大型售票演唱会

陶晶莹震撼报喜!首次来马举办大型售票演唱会,11月23日正式开锣~

Hiburan Sat, 16 Feb 2019
Events Fri, 22 Nov 2019
Events Sat, 15 Dec 2018

| Live TV