LIFESTYLE By: SGMS Enal June 21, 2018 @ 11:02am

Selalu Tak Bangun Tidur Dan Mata Sembab Walaupun Cukup Tidur?

Tidur dah cukup tapi bangun-bangun tidur di pagi hari, mata sembab! Sebenarnya apa yang menyebabkan mata sembab?Biasanya penyebab mata sembab kerana tindak balas cairan atau edema ringan yang masih tergolong normal dan tidak berbahaya.
 
Namun, kita juga patut tahu antara penyebab mata sembab atau bengkak ketika bangun hari ini ada kaitan dengan kesihatan badan kita.
 
1. PENGAMBILAN GARAM YANG BERLEBIHAN
Kebanyakan pengambilan garam boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di dalam badan. Jika badan kelebihan garam dan kekurangan cairan, maka badan akan mempertahankan diri supaya terhindar dari dehidrasi. Akibatnya mata jadi sembab.
 
Makanan berpengawet dan makanan segera biasanya mengandungi sodium atau geram yang tinggi. Jika kita menyedari pengambilan garam kita agak berlebihan, cuba imbanginya dengan memperbanyakkan minum air masak.
 
2. PENGAMBILAN KARBOHIDRAT YANG BANYAK
Sekiranya bangun tidur mata sembab, cuba ingatkan kembali apakah sebelum ini kita banyak mengambil makanan berkarbohidrat? Makanan dengan kandungan karbohidrat yang tinggi boleh menyebabkan tindak balas insulin dan retensi sodium berlebihanan. Semakin banyak sodium yang ada dalam badan, semakin banyak pula pengumpulan cairan di dalamnya.
 
3. KEKURANGAN PROTEIN
Badan bengkak mungkin berpunca daripada kekurangan protein dalam darah yang boleh disebabkan oleh malnutrition, penyakit buah pinggang dan hati. Perkara ini terjadi kerana rendahnya albumin dalam darah. Sedangkan albumin adalah untuk mengatasi kelebihan cairan di dalam badan.mata sembab
 
4. FUNGSI BUAH PINGGANG TIDAK BERJALAN DENGAN BAIK
Mata sembab atau bengkak ketika bangun pagi boleh jadi tanda penyakit buah pinggang. Penyebabnya boleh jadi kerana buah pinggang tidak boleh menghilangkan kandungan garam dalam darah dengan baik. Buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik seperti menghilangkan albumin boleh juga menjadi penyebab pengumpulan cairan yang menyebabkan mata sembab.mata sembab
 
5. GAYA TIDUR
Tidur dengan posisi kepala yang lebih tinggi boleh menyebabkan cairan berkumpul di bahagian bawah mata. Hal ini kerana apabila anda bangkit, cairan secara tiba-tiba tertarik ke bawah mata hasil daripada kesan tarikan graviti.
Bahkan mata orang yang tidur meniarap akan lebih sembab. Begitu juga yang tidur mengiring. Mata di bahagian yang mengiring itu akan lebih sembab berbanding yang satu lagi.mata sembab
 
6. TAK CUKUP TIDUR
Mendapatkan waktu tidur yang cukup bukan sahaja membantu tubuh berfungsi dengan baik pada keesokkan harinya tetapi juga mempengaruhi tahap peradangan tubuh badan.
 
Apabila kita tidak cukup tidur, maka saluran darah di bawah mata akan membengkak sehingga dekat dengan lapisan permukaan kulit dan menghasilkan mata sembab.mata sembab
 
7. MAKAN DAN MINUM SEBELUM TIDUR
Biasanya bila tak boleh tidur, kita akan rasa resah dan mulut rasa nak mengunyah. Akhirnya kita akan menjadi penunggu di depan peti sejuk. Jika kita mengambil makanan yang mengandungi natrium atau minuman beralkohol sebelum tidur, ia mungkin mengakibatkan mata sembab ketika bangun tidur. Keadaan ini menyebabkan cairan yang berkumpul di bawah mata lebih menonjol dan nampak lebih membengkak.
 
8. MENANGIS 
 
Cairan air mata mengandungi garam yang boleh menyebabkan mata menjadi merah dan pembuluh darah di bawah kulit mata yang tipis akan membesar. Keadaan inilah yang membuat mata kelihatan sembab atau bengkak setelah menangis. Sewaktu menangis, berlakunya peningkatan aliran darah di kawasan wajah yang mencetus terjadinya pembengkakan di kulit bawah mata. Bagaimanapun hal ini tidak ada kena mengenai dengan masalah buah pinggang.mata sembab
 
Itulah bebeberapa penyebab mata sembab yang patut kita ketahui. Selain beristirahat secukupnya, cubalah atur gaya hidup sihat serta cara pemakanan kita dengan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 2 May 2019

Jangan Takut BEKAM, Ar-Rayyan Sedia Ruang Berkonsep Spa

Untuk anda yang sering mengalami migrain, jerawat, resdung, stress dan banyak lagi, amalam Bekam adalah amat disarankan. Jangan takut kerana ia tidak sakit.

LIFESTYLE Tue, 12 Jun 2018

Raya Macam VIP Di tonton Sehingga 30 Jun

Pengarah tonton, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Airin Zainul memaklumkan usaha ini merupakan transformasi baharu yang terbaik tahun ini dari Tonton.

LIFESTYLE Tue, 4 Dec 2018

Nak Panjangkan Bulu Mata Atau Lentikkan, Jom Baca Ni.

Nak tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant apa kata cuba tips ini

LIFESTYLE Sun, 3 Dec 2017

5 Tips Untuk Gadis Petite Kelihatan Tinggi

Adakah anda tergolong dalam gadis petite? Pastinya anda ingin kelihatan seperti model runaway dimana cantik dan kelihatan tinggi. Anda mungkin tidak menggemari memakai kasut tumit tinggi tetapi masih ingin kelihatan cantik, ini ada 5 tips untuk anda pratikkan. 

LIFESTYLE Tue, 13 Mar 2018

5 Tips Cara Memikat Wanita

Tips memikat wanita dari secara luaran sebenarnya senang tapi hakikatnya mencabar buat si lelaki

LIFESTYLE Tue, 16 Oct 2018
LIFESTYLE Thu, 31 May 2018

世界最长!中国港珠澳大桥即将通车

中国的大型公共建设的规模并不是一般可以想像,像是即将要开幕的港珠澳大桥,一日生活圈连接珠海、香港、澳门,可以将原本的通勤时间缩短为一半。

LIFESTYLE Tue, 13 Feb 2018

儿童玩手机不应超过17分钟

家长们注意了!一项全球研究的结果指出,儿童玩平板电脑或手机每日不应该超过17分钟,以避免孩子的实力严重受损。

LIFESTYLE Thu, 20 Jun 2019

感情中,你知道自己要的是什么吗?

谈感情都是你我在意的东西,那你知道你要的是什么吗?

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

A Golfing Experience Worth Travelling for with Hilton Kuala Lumpur

If you’re an avid golfer, this is a great package for you.

| Live TV