Hiburan By: SGMS Faida September 13, 2018 @ 4:00pm

Zizan Razak Janji Tak Berahsia Soal KAHWIN

Meskipun selalu diasak dengan soalan ‘Bila Nak Kahwin’, pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal Zizan Razak akan cuba cover dengan cara baik.  Bukan apa, banyak hati perlu dijaga dalam hal ini. 

Zizan yang bakal muncul dalam filem Kesempatan Keduda yang ditayangkan di Indonesia tak lama lagi memberitahu dia belum ada perancangan serius untuk majlis pernikahan.

 “Saya rasa rakan-rakan media semua faham situasi yang saya maksudkan. Biar saya selesaikan satu persatu,” katanya.

Zizan yang menginjak ke usia 34 tahun ini meminta peminat dan wartawan memberi sedikit ruang kepadanya.

 “Jangan risau, insya-Allah bila tiba masa yang sesuai saya akan umumkan kepada semua,

“ Saya janji tidak akan berahsia,” katanya kepada Utusan Online. 

Biarpun mengakui hubungan terjalin sekadar teman biasa, hubungan percintaan Zizan Razak dan Mira Filzah sudah lama menjadi bualan ramai.

Dalam perkembangan lain, Zizan atau Mohd. Razizan Abdul Razak memaklumkan dia bersyukur kerana bakatnya diterima baik di Indonesia.

“ Saya ada terima tawaran mengacara untuk program televisyen di sana…Alhamdulillah,” akhirinya.

Jangan lupa undi Zizan Razak untuk pencalonan awal bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 di laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jan 2018

HAQIEM RUSLI NAIK SHEIKH?

Walaupun lagu tersebut bernot tinggi itu sedikit sebanyak membantu beliau dalam mencabar dan memperbaiki vokal beliau

Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Hiburan Sun, 16 Sep 2018

Jho Low Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 Juta

Jho Low Hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 Juta

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

Debaran Kini Bermula, Siapa Bintang Paling Popular 2018?

Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan evolusi BH selaku akhbar yang sentiasa menambah baik dan menyediakan kandungan merentasi pelbagai platform sama ada bercetak mahupun digital termasuk menerusi laman web dan mobile serta media sosial.

Events Sat, 2 Mar 2019
Hiburan Thu, 14 Feb 2019
Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Hiburan Wed, 16 Jan 2019

TERBAIK! Estranged Jual CD Bantu Perkampungan Di Sabah

Jom dapatkan CD single Milikku hari ini, sambil membeli boleh kita menderma!

| Live TV