Hiburan By: Mohd Fuad Mohd Noor August 9, 2018 @ 5:11pm

Yana Samsudin Tetap Dengan Pendirian?

Prinsip pelakon dan pengacara, Yana Samsudin enggan bersalam dengan lelaki mendapat pujian ramai kerana tindakan itu merupakan tuntutan agama. Meskipun begitu, Yana tidak menjadikan pujian tersebut sebagai satu perkara yang membanggakan dirinya.

Baru-baru ini, pengacara program CJ Wow Shop, Yana Samsudin memuat naik video dirinya menolak pelawaan bintang popular Running Man, Ji Suk Jin untuk bersalaman telah menjadi perhatian sehingga meraih lebih 300k tontonan, menerusi akaun Instagram beliau. 

Menurut bintang Adnan Sempit itu, perkongsian terbabit adalah sekadar untuk meluahkan rasa terujanya apabila dapat bertentang mata dengan bintang popular Korea tersebut.

 

 

(Pukul 9am nanti saya buat Live kat FB saya ok, khas buat yang takda or tak sempat tengok TV9 ????) . Assalamualaikum salam Jumaat semua… anneyohasayo ? haaa… yana nak share yang hari Ahad ni (5 Ogos) kita akan berjumpa di Mydin USJ jam 1pm untuk #CampurCampurSiap masak live dengan yana ? haa.. kita leh share resepi acik acik bawang dengan korang… . . . Untuk esok pulak standby di Tv9 jam 9am tau, yana bersama geng abam & hakak Korea #RunningMan ( @jeeseokjin @yangse2848 @ssongjjong.ifnt @jeaworld ) akan offer korang barang-barang best & rare dari Korea? . . khas kolaborasi #SalesKingTV & @cjwowshop save no ni 1800180808 cepat, esok kalau peminat nak beli barang leh support untuk capai misi diorang kasi SOLD OUT!!! hikhik… jangan lupa k.. 2 date nih ? #TheWowShow #CjWowShop #YanaHosting #SungJong #Infinite #jisukjin #yangsechan #jea #browneyedgirls #inspirit #HidupMestiAdawow

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

“Saya tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak menerusi perkongsian yang dibuat, sebaliknya turut tumpang teruja apabila bintang Running Man, Ji Suk-jin dan Yang Se-chan menjadi ‘jurujual’ di rangkaian beli-belah inovatif menerusi pelbagai platform di rumah, CJ Wow Shop.

“Mereka berbuat demikian bersama dua lagi artis ternama K-pop, JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (Infinate). Alang-alang ia menjadi viral, maka yang baik bolehlah dijadikan teladan, manakala yang buruk pula sebagai sempadan.

“Malah, ia adalah satu-satunya video yang dapat diambil kerana mereka dikawal ketat oleh pengawal keselamatan. Selain itu, saya juga sengaja mengenakan baju kurung bagi mendedahkan budaya kita kepada pihak luar,” katanya.

Empat artis Korea itu datang ke Malaysia bagi menjayakan cabaran menjual beberapa jenis barangan menerusi rancangan terbabit, antaranya Dr Dental Care, produk masker V-Care dan mi segera Spicy Samyang kepada penonton.

Barisan selebriti K-pop menjual barangan berkenaan dengan dibantu oleh pengacara CJ Wow Shop iaitu Zaim Helmi, Fiza Saad, Jimmy Shanley, Lily Liyana, Shinkong, Kah Chee dan Pauline.

Ditulis Oleh  :Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Bukan Tak Nak ‘Show Off’ Tapi Takut DiKebas Orang

Memang sedang dilamun cinta namun sengaja enggan mendedahkannya kepada umum kerana bimbang dirampas wanita lain.

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

‘Tidak Adil Tuduh Begitu’- Neelofa

Kata Neelofa, kakaknya semakin positif dan kuat meskipun…

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

’Beri Kami Masa, Peluang Perbaiki Kesilapan’- Ibu Haneesya Hanee Mohon Netizen Henti Tohmahan

Semua manusia tidak pernah lari daripada buat silap, maafkan dia…

Hiburan Thu, 23 Nov 2017

非看《2017 Mnet Asian Music Awards》不可的原因!

今年迎来第九个年头的MAMA(Mnet Asian Music Awards),是由亚洲领先影视娱乐及媒体公司CJ E&M举办。相较于过往,这届的亚洲第一大国际音乐盛典到底有哪些point让你非看不可呢?

Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Nabil Nak Bina Rumah Dekat Kubur?

Dijadikan rumah persinggahan keluarga

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

| Live TV