Hiburan By: SGMS Faida August 5, 2018 @ 11:28am

Gempak! Ruffedge Pukau 5000 Penonton Di KL Live

Selepas 10 tahun tidak muncul bersama dalam persembahan berskala besar, kumpulan hip hop Ruffedge berjaya membuatkan hampir 5000 penonton ‘histeria’.

Bayangkan seawal jam 7 malam, penonton mula beratur di perkarangan KL Live. Penantian mereka berakhir apabila Sein, Mode, Cat Farish, Zain Hamid dan Azan Addin muncul di pentas utama KL Live tepat jam 9 malam.

Waktu tak terasa langsung berjalan dengan iringan lagu yang menggamit nostalgia penonton. Jeritan dan nyanyian penonton bergema tidak berhenti dari mula hinggalah ke akhir persembahan. Meriah sungguh!

Sebanyak 16 buah lagu dinyanyikan antaranya Da Bomb, Tiada Lagi Cinta, Babygirl, Kasih, Tipah Tertipu, Lemas, Kerna, Bila Rindu, Saat Bahagia dah Khayalan sebagai penutup persembahan. Memang Lit Habis!

Ruffedge turut menjemput penyanyi Jaclyn Victor ke pentas untuk berduet menerusi lagu Kerinduan.

Beberapa selebriti terkenal tempatan seperti Fattah Amin, Fazura dan Lisa Surihani turut kelihatan di konsert itu. Peminat juga tak melepaskan peluang mengambil gambar dengan selebriti yang hadir. 

Rugi tau bagi sesiapa yang datang semalam. Tapi jangan risau, bagi yang terlepas menyaksikan Ruffedge 20th Anniversary Concert, anda boleh menyaksikan persembahan mereka di Singapura pada 6 Oktober depan di ZEPP at Big Box, Jurong East Singapura. Tiket boleh dibeli di www.myticket.asia bermula 6 Ogos ini. Tunggu apa lagi, dapatkan segera ok!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Apr 2019
Hiburan Sat, 19 Oct 2019

古天乐对她17年如一日!宣萱:很开心走在一起

网民积极撮合,48岁古天乐坦承对宣萱17年情未变? !

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Mon, 27 May 2019

《守百年之约》造势活动!605约定你在全马最大规模书展见

八度空间乘势出击,聚集一众演员包括Jordan盛天俊、Emily陈子颖、Coby庄可比、原腾和罗励勤,在来临的6月5日(星期三)在吉隆坡城中城会展中心(KLCC)会见吉隆坡剧迷们!

Events Tue, 27 Aug 2019

《春天花花花啦啦》开拍!与陈慧恬对戏原腾直呼「没得选」

八度空间《春天花花花啦啦》开拍!四演员加盟「花啦啦」系列,新人原腾将与陈慧恬对戏,让他直呼:没得选!

Hiburan Fri, 12 Jul 2019
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

CANTIKNYA ANAK GADIS AZMIL MUSTAPHA

Sebagai seorang ayah dia tidak menghalang minat anak-anaknya jika kecenderungan mereka lebih ke arah bidang seni

Hiburan Sat, 15 Jun 2019

Abam Dah Jadi Ayah…Tahniah!

Alhamdulillah…Tahniah Abam & Hidayah!

| Live TV