TECH By: SGMS Putri November 25, 2018 @ 10:22am

‘Group Admin’ WhatsApp Boleh Senyapkan Ahli ‘Group’

WhatsApp atau Telegram semakin kerap digunakan sehingga kemudahan SMS kini semakin dilupakan. Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat berhubung secara percuma selain dapat berhubung secara berkumpulan dengan fungsi Group yang terdapat dalam kebanyakkan aplikasi sembang yang ada sekarang.

Namun, pernahkah anda mengalami masalah group yang disalah gunakan? Sebagai contoh, group yang digunakan untuk berkongsi maklumat berkenaan kelas di kolej atau universiti tiba-tiba menjadi medan berceloteh oleh rakan sekelas anda? Kini, anda boleh menarik nafas lega kerana WhatsApp telah mendengar keluhan anda.

Menerusi satu laporan daripada akhbar Daily Mail, pihak Whatsapp kini sedang dalam usaha untuk membangunkan satu fungsi yang dinamakan ‘Restricted Groups’ yang akan membolehkan group admin untuk senyapkan ahli dalam grouptersebut. Ini bermakna, hanya group admin sahaja yang boleh menulis kiriman pada group tersebut.

Ahli group akan dapat membaca kiriman dari admin tersebut namun mereka tidak boleh membuat sebarang respon tanpa kebenaran admin. Untuk membolehkan kiriman dibuat, seseorang ahli tersebut perlu menghubungi group admin untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan menerusi fungsi butang ‘Message Admin’ yang bakal disediakan.

Selain daripada itu, admin juga boleh menetapkan untuk tidak membenarkan ahli menukar apa-apa info berkenaan group seperti imej profil dan nama group tersebut. Bagaimanapun, fungsi ini dikatakan tidak akan kekal selama-lamanya apabila didakwa cuma akan kekal untuk 72 jam sahaja. Ini bermakna selepas 72 jam, ahli biasa akan dapat untuk membuat kiriman dalam group semula.

Namun, tidak ada maklumat tentang bagaimana untuk admin mengaktifkan semula fungsi ‘Restricted Group’ ini selepas tempoh 72 jam itu berakhir. Fungsi yang pernah diumumkan buat pertama kali pada bulan Disember tahun lalu ini masih lagi dalam percubaan oleh pihak WABetaInfo dan dijangka akan tersedia pada kemaskini yang akan datang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 1 Mar 2018

简单优雅的桌子一秒变身成置物架

据统计,一张家用的普通桌子每天只用3个小时左右。那么在剩余的21小时里,它除了占用空间,还能怎么用呢?一张来自德国简单又优雅的桌子,为空间利用提供了新思路。

TECH Wed, 10 Oct 2018

Google+将停止服务!承认泄露50万人帐户资讯

Google宣布将于2019年8月底停止「Google+」的服务!

TECH Tue, 10 Jul 2018

Alpha Universe – Hab Informasi Bagi Pengguna Kamera Sony

Sony merupakan syarikat yang mempunyai pelbagai jenis barisan produk. Dari televisyen, laptop, konsol permainan video dan banyak lagi. Ia termasuklah kamera. Sony juga adalah antara pengeluar terkemuka bagi peranti kamera terutamanya kamera DSLR. Bagi memastikan mereka terus […]

TECH Sat, 21 Jul 2018

Honor Note 10 Dilancarkan Secara Rasmi 31 Julai Ini

Honor Note 10 akan diperkenalkan buat pertama kali pada 31 Julai ini di China, menurut laporan Gadget 360. Perkara itu telah disahkan oleh pihak honor sendiri di mana mereka telah mengeluarkan satu poster bagi memaklumkan perkara tersebut. […]

TECH Tue, 28 Aug 2018

苹果卖得最好的产品,其实不是iPhone?

前段时间苹果市值突破一兆美元,谁都无法否认其中iPhone是最大贡献者,Q3财报中iPhone营收占比达56%,在大部分人印象中iPhone无疑是苹果最畅销的产品。

TECH Sat, 6 Apr 2019

3 Fungsi Baru Ini Bakal Mantapkan Pengalaman Spotify Anda

Kebanyakkan orang gemar mengunakan aplikasi Spotify, ini antara fungsi baru yang bakal memantapkan pengalaman pengguna.

Automobile Sat, 28 Jul 2018

Cara Install GCam di ASUS Zenfone Max Pro M1 Tanpa Root

Ternyata sangat mudah untuk memasang Google Camera modifikasi ke dalam smartphone ASUS ZenFone Max Pro M1. Hal itu bisa kalian lakukan tanpa harus nge-root. Bagaimana caranya?

TECH Sat, 16 Jun 2018

Muat Turun Video Youtube Menggunakan VLC

Berikut kami kongsikan salah satu fungsi pemain video hebat ini yang dapat membantu pengguna diluar sana memuat turun video pada Youtube dengan pantas dan mudah.

Automobile Fri, 15 Mar 2019

亚洲规模最大GT盛事!China GT雪邦站时间表

China GT(中国超级跑车)锦标赛首冲出中国,3月15到17日在马来西亚雪邦赛道举行「亚洲GT赛车节」打响第一炮!

TECH Thu, 14 Mar 2019

Get the vivo V15 Pro Through TuneTalk and Enjoy FREE 120GB Plan

It’s a chance you shouldn’t miss out.

| Live TV