Hiburan By: Mohd Fuad Mohd Noor August 2, 2018 @ 3:10pm

Raja Afiq Bangkit Selepas Ditimpa Kontroversi

Pelakon Raja Afiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Afiq Raja Razali meluahkan rasa lega apabila kontroversi yang terpalit berikutan isu menghamilkan seorang gadis sehingga melahirkan bayi hasil hubungan sulit itu tidak lagi diperkatakan, sejak akhir tahun lalu.

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama, Sayangku Kapten Mukhriz ini berkata, dia diberi kepercayaan untuk meneruskan minatnya menerusi drama 100 episod, Jodoh Jodoh Anisa dan juga Cinta Bukan Kristal di TV3 yang menjadi titik permulaan untuk dia kembali mengatur langkah dalam bidang lakonan.

“Saya anggap semua yang dilalui sebagai ujian untuk menguji kesabaran. Alhamdulillah, berkat sabar, Tuhan membukakan semula pintu rezeki saya dalam bidang ini.

“Berbanding dulu agak terumbang-ambing, kehidupan saya hari ini semakin stabil, malah lebih baik.

“Selama diuji, saya tidak pernah merajuk kerana percaya, setiap insan akan melalui dugaan dalam hidup. Mungkin Tuhan mahu melihat sejauh mana saya bersabar ketika berdepan detik sukar.” Katanya.

Walaubagaimanapun, kesan kontroversi itu menyebabkan Raja Afiq kehilangan tawaran berlakon selama enam bulan. Dan, bagi menampung kehidupannya, beliau bergiat aktif menjual serta menerima tempahan membuat roti jala dan brownies.

“Selesai penggambaran drama ini, saya akan berlakon pula untuk slot Lestary di TV3. Seronok rasanya apabila dapat kembali berlakon dan saya anggap tawaran itu menjadi titik permulaan untuk aktif semula.” Kata pelakon Cinta Koko Coklat

Jejaka tampan itu berkata, biarpun kontroversi yang terpalit amat pahit untuk diterima, namun dia tidak mahu terus menerus membebani diri dengan perkara tersebut.

“Selama ini, saya berdiam kerana tidak mahu melayan isu panas yang tiada kaitan dengan diri. Alhamdulillah, kebenaran akhirnya terbukti. Cuma, tidak adil rasanya apabila saya dihukum hingga periuk nasi saya ditabur pasir.” Luahnya

Bagi sesiapa yang tidak mengenali siapakah Raja Afiq, anda bolehlah menonton semula episod Sayangku Kapten Mukhriz hanya di tonton.com.my!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 24 Mar 2019

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短性取向遭怀疑?

「像男孩的女孩」Alycia短发越剪越短,性取向曾一度遭人怀疑,让她大喊“我是喜欢男生的啦!”

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Keluar Bersama Tak Bermaksud Kami Bercinta – Neelofa

Saya akan menyokong sesiapa yang berusaha. Apabila Neelofa datang kepada saya bersama idea mengenai kempen ini, saya memberitahunya, kenapa tak buat? Saya hanya membantu Neelofa untuk merealisasikan kempen ini. Baguslah kalau begitu, bantu membantu antara satu sama lain.

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

’Jauhi Jantan Yang Buka Aib Mu’- Bapa Emma Maembong Luah Rasa

Sebilangan besar pengikut pengikut pelukis terkenal ini meninggalkan komen agar bersabar dengan dugaan dari Allah.

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Fri, 20 Sep 2019
TECH Tue, 12 Jun 2018

Henti Operasi, Selamat Tinggal Yahoo Messenger…

Bukan sekadar mencari kenalan baru, ada yang berjumpa jodoh di zaman kegemilangan Yahoo Messenger. Syok tau time tu, nostalgia sangat!

| Live TV