Trending By: SGMS Faida August 1, 2018 @ 7:17pm

Angka Meningkat, Penduduk Malaysia Kini 32.4 Juta

Data Jabatan Perangkaan mengumumkan penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.4 juta orang pada 2018 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.1 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin memberitahu berdasarkan Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2018 yang membentangkan anggaran penduduk pertengahan 2017 dan 2018.

Memetik laporan BH Online, angka dibuat berdasarkan statistik utama penduduk yang berasaskan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010) yang sudah mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan migrasi bersih.

“Pada 2018, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 1.1 peratus.

“Penduduk lelaki 2018 melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan). Nisbah jantina bagi 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, peratusan penduduk berusia bawah 14 tahun (usia muda) pada 2018 menurun daripada 24.1 peratus pada 2017 kepada 23.8 peratus.

“Peratusan penduduk berusia 15 hingga 64 tahun (usia bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2017 kepada 69.7 peratus pada 2018.

“Peratusan penduduk 65 tahun dan lebih (usia tua) pula meningkat daripada 6.3 peratus kepada 6.5 peratus bagi tempoh yang sama. Peningkatan komposisi penduduk usia bekerja dan usia tua memberi kesan kepada peningkatan usia penengah pada 2018 iaitu 28.6 tahun,” katanya.

Menurutnya, penduduk warganegara pada 2018 adalah 29.1 juta yang mana komposisi etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan 0.3 mata peratus pada 2018 berbanding 2017, iaitu 69.1 peratus daripada jumlah penduduk warganegara.

“Bagaimanapun, komposisi etnik Cina dan India mencatatkan penurunan masing-masing 0.2 mata peratus dan 0.1 mata peratus,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Mar 2019

Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Minta Izin Mahu Main Anak Patung Sebelum Jalani Pembedahan Czer, Budak Perempuan Dirogol Kekasih Nenek Lahirkan Anak

Trending Mon, 18 Nov 2019

Henry Golding; The Only Malaysian Who Made It Into TIME’s 100 Next List

We could not have been more proud for our local talent! Congratulations!

Trending Thu, 1 Feb 2018

40 Peratus Penunggang Motor di Negeri Sembilan ‘Slumber’ Badak

Menurut laporan dikeluarkan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Azrin Borhan, 40 peratus pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan didapati tidak memiliki lesen motosikal B2.

Trending Mon, 26 Nov 2018

让用餐变成玩游戏「工程车餐具」让小朋友乖乖吃饭

许多父母或是很多陪孩子玩的人都知道,让小孩可以乖乖开口吃饭,绝对不是件容易的事;美国有个公司推出一款「工程车餐具」……

Trending Mon, 18 May 2020
Trending Tue, 16 Oct 2018

Harga Rokok Naik Hujung Bulan

Kali terakhir, syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok pada November 2015.

Trending Thu, 24 May 2018

伦敦留学3年瘦20KG!他返乡给惊喜

近日网路流传一段影片,是来自印尼的哈迪(Hadi Wibawa)到伦敦念书3年后瘦了20公斤,由于他实在太想家,便决定伙同二哥,要给家人一个大惊喜。

Trending Mon, 24 Feb 2020

Korea Selatan Umum Amaran Tertinggi COVID-19 Catat Kenaikan Mendadak

Semoga yang baik-baik sahaja buat seluruh rakyat Korea Selatan

Trending Sun, 1 Sep 2019

YDP Agong Buat Adam Corrie Terkejut

Pertemuan bersama YDP Agong membuatkan Adam Corrie terharu.

| Live TV