TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:35pm

Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji

Seperti yang kami nyatakan dalam kiriman sebelum ini, Google dijangka akan melancarkan edisi terbaru bagi sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka iaitu Android P pada suku ketiga tahun ini. Perkara ini dilihat semakin hampir menjadi kenyataan apabila Google telah memperkenalkan versi ketiga bagi beta percubaan untuk sistem operasiberkenaan.

Beta terkini ini dikatakan sebagai versi yang hampir lengkap sebelum Android P dilancarkan secara rasmi kepada semua peranti Android pada masa terdekat. Versi kali ini akan memberikan lebih kestabilan operasi peranti, memperbaiki sebarang kelemahan pada versi terdahulu selain kemaskini keselamatan bagi Julai 2018.

Kredit : NDTV Gadget

Versi beta bagi Android P buat masa ini telah membolehkan para pembangun untuk menguji beberapa fungsi terbaru yang akan dibawa masuk ke sistem operasi berkenaan. Antara fungsi yang boleh diuji oleh mereka ialah sokongan multi-kamera, Text Classifier, Image Decoder dan banyak lagi.

Sekiranya anda memiliki peranti yang menggunakan sistem operasi tulen Android One, anda boleh mencuba sendiri versi percubaan beta Android P ini dengan mendaftar pada Program Beta Android terlebih dahulu. Untuk mengetahui sama ada peranti anda layak atau tidak untuk menyertai program ini, anda boleh semak di sini.

Sumber

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 18 Nov 2019

Cara Hantar Mesej Telegram Mengikut Jadual

Rata-rata ramai pengguna media sosial sudah maklum akan aplikasi Telegram jauh lebih baik berbanding aplikasi WhatsApp. Banyak ciri-ciri yang ada disediakan di Telegram tapi tidak ada pada WhatsApp. Baru-baru ini Telegram mewujudkan dua ciri yang […]

TECH Fri, 13 Jul 2018

Honor Rasmikan Portal E-Dagang Di Malaysia, Hadir Dengan Promosi ‘7uly Madness Offers’

Honor akhirnya telah merasmikan satu portal e-dagang mereka di negara ini yang juga akan digunakan sebagai hab informasi kepada pengguna mereka pada 12 Julai yang lepas. Sehubungan dengan pelancaran tersebut, Honor telah mengumumkan bahawa mereka […]

TECH Mon, 28 Oct 2019
TECH Thu, 10 Jan 2019

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Pernahkah anda terserempak dengan situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali?

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Sun, 10 Feb 2019

Youtube Vanced, Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

Siapa yang kaki Youtube mungkin dah familiar dengan aplikasi ini, tapi bagi yang baru dengar, ini aplikasi Youtube sebenar untuk anda.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Fungsi Nombor IMEI dan Cara Untuk Mendapatkannya

Apakah itu IMEI?Apakah kegunaannya?Bacalah artikel ini.

TECH Sun, 22 Jul 2018

Puas Hati Atau Tidak Dengan Kelajuan Internet? Luahkannya Dengan Undi Anda Di Sini

Kelajuan sambungan internet di Malaysia tidaklah begitu baik dan tidak sepadan dengan angka bulanan yang dibayar kepada pihak penyedia rangkaian sepertimana yang dilaporkan oleh  The World Bank: Malaysia Economic Monitor. Walaupun beberapa pengumuman serta tawaran naik […]

TECH Fri, 6 Jul 2018

Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Terbaik Bagi Bulan Jun 2018

Sedar tak sedar bahtera 2018 sudah memasuki separuh masa kedua pelayarannya.  Dalam 6 bulan yang pertama yang lepas, kita boleh lihat pembuat telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan model terbaik mereka. Apa model terbaik yang untuk bulan […]

TECH Thu, 30 Nov 2017

Cara Kongsi Kata Laluan Wifi Tanpa Diketahui Orang

Mahu kongsikan password WIFI tetapi risau password Hotspot anda diketahui umum? 

| Live TV