TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:43pm

Asus Zenfone 5Z Diperkenalkan Di India Dengan Harga Serendah RM 1,760

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa peranti kelas perdana terbaru dari Asus, Zenfone 5Z akan mula berada di pasaran India pada 4 Julai ini. Sehubungan dengan itu, peranti tersebut telah pun mula disenaraikan di pasaran Flipkart dengan harga serendah 29999 INR(~RM 1,760) untuk variasi 6GB RAM + 64GB ROM.

Kredit : Android Authority

Asus Zenfone 5Z akan menggunakan cip pemprosesan kelas perdana daripada Qualcomm Snapdragon 845 dengan tiga pilihan variasi iaitu 6GB RAM + 64GB ROM, 6GB RAM + 128GB ROM dan 8GB RAM + 256GB ROM. Harga jualan bagi variasi 128GB ialah 32999 INR(~RM 1,935) manakala 36999 INR(~RM 2,170) untuk model 256GB.

Peranti ini akan menggunakan skrin jenis IPS LCD bersaiz 6.2 inci dengan resolusi FHD+. Dari segi baterinya pula, ia bakal dijana dengan bateri berkapasiti 3,300 mAh. Ia juga akan menyokong fungsi pengecasan pantas.

Kamera utama peranti ini akan menggabungkan lensa 12MP f/1.8 dan 8MP f/2.0, manakala kamera hadapannya pula menggunakan lensa 8MP f/2.0. Zenfone 5Z ini akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu Meteor Silver dan Midnight Blue.

Setakat ini Asus Malaysia masih lagi belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran peranti ini buat pasaran tempatan. Namun dengan harga sebegini buat pasaran India, kita boleh menjangkakan harga yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia juga tidak jauh berbeza walaupun akan sedikit tinggi.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 8 Sep 2019

Jika Telefon Pintar Terkena Air Ini Yang ‘Jangan Dilakukan”

Pernah terfikir telefon pintar anda bakal jatuh ke dalam air?

TECH Tue, 17 Jul 2018

Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat

Pertama kali muncul pada Mac 1998, ia dikenali sebagai Yahoo! Pager, satu platform yang menawarkan khidmat pemesejan segera. Cukup popular dalam kalangan anak muda, ia dijadikan sebagai medium komunikasi untuk berbual bersama rakan mahupun pengguna […]

TECH Fri, 5 Jan 2018

Telefon Pintar Apa Paling Laris Di China Untuk 2017

China dan telefon pintar bagai aur dengan tebing. Kita semua tahu China merupakan negara pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Antaranya adalah Xiaomi, Meizu, OnePlus, Oppo, Honor, Huawei, dan banyak lagi nama lain.

TECH Fri, 28 Dec 2018

Cara Simpan Instagram Stories Orang Lain di Android

Jika anda ingin menyimpannya pada telefon pintar Android, anda memerlukan aplikasi pihak ketiga, contohnya Story Saver for Instagram.

TECH Mon, 15 Oct 2018

Cara Membuat Tulisan Berwarna Pada Whatsapp

Adakah anda bosan dengan warna ‘Whatsapp’ anda?Jika ya,anda perlu cuba tips ini.

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Cara Remote PC dari Smartphone Android

mari guna remote dalam android nampak lagi memudahkan

TECH Thu, 5 Jul 2018

Reka Bentuk Serta Spesifikasi Huawei Nova 3 Tertiris

Pada ketika ini desas-desus mengenai kedatangan model baru, Huawei Nova 3 sudah mula hebat diperkatakan. Berada dalam kelas pertengahan, Huawei Nova 3 dijangkakan pelancarannya pada 18 Julai depan. Khabar angin paling menarik mengenai peranti ini adalah ia […]

TECH Fri, 23 Nov 2018
TECH Tue, 26 Dec 2017

2017最受欢迎iOS App出炉!

2017年来到了尾声,苹果目前发布了本年度东南亚(不包括泰国)最热门App排行榜!到底有哪些App会挤进榜内?而你最常用的那个App又是否榜上有名呢?

TECH Sun, 22 Sep 2019

Kesan Bagasi Atau Barangan Anda Dicuri

Kepada anda yang selalu mengalami masalah bagasi tertinggal ataupun kecurian, berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh dicuba untuk mencegahnya daripada berlaku.

| Live TV