TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 3:11pm

Samsung Electronics Mengumumkan Penghasilan Cip Memori V-NAND Generasi Ke-5

Samsung Electronics sebagai pengeluar komponen elektronik terbesar di dunia termasuk penghasilan cip pemprosesandan memori telah mengumumkan yang mereka telah memulakan kerja-kerja penghasilan cip memori V-NAND generasi ke-5 mereka.

Cip dengan antaramuka ‘Toggle DDR 4.0’, pertama di dalam industri itu menjanjikan 40% peningkatan prestasi dalam urusan pemindahan data antara storan dan memori. Peningkatan prestasi tersebut tidak sama sekali mengorbankan kecekapan tenaga berbanding cip terdahulu kerana voltan operasi telah diturunkan dari 1.8 V kepada 1.2 V.

Cip V-NAND terbaru ini juga mempunyai kelajuan menulis terpantas ketika ini yang berada pada kelajuan 500 us; peningkatan sebanyak 30% berbanding cip terdahulu. Masa reaksi untuk membaca juga telah diturunkan sehingga 50 us.

Kesemua ini memastikan SSD generasi seterusnya mempunyai komponen yang berkemampuan memberikan prestasi yang lebih pantas seterusnya menghasilkan solusi memori yang lebih cekap kepada pengguna.

Di dalamnya mempunyai lebih dari 90 lapisan sel 3D charge trap flash (CTF), paling banyak di dalam industri yang disusun di dalam struktrur piramid dengan sambungan saluran mikroskopik menegak. Saluran ini yang hanya berdiameter kurang dari 1m mengadungi lebih dari 85 bilion sel CTF yang berkemampuan menyimpan 3 bits data setiap satu.

Samsung akan terus mempercepatkan penghasilan V-NAND mereka untuk memenuhi permintaan pasaran yang merangkumi perkomputeran, pelayan perusahaan dan aplikasi mobil seperti telefon pintar.

Sumber: Samsung Newsroom,TechPowerUp

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 5 Feb 2018

GENDANG NAGA HIDUPKAN SAMSUNG!

Sape yang ‘gila’ gadget di sini mesti nak baca cerita ini… khususnya pengguna telefon pintar jenama Samsung. Samsung Malaysia Electronics sudah pun membuka kedai baharu terletak  di pusat membeli-belah ternama yang terletak di zon segitiga […]

TECH Mon, 24 Dec 2018

Cara Main PUBG Mobile di PC Tanpa Lag

Begini cara install Tencent emulator untuk bermain game PUBG Mobile langsung dari komputer ataupun laptop percuma tanpa lag.

TECH Sat, 27 Jul 2019
TECH Fri, 20 Jul 2018

Kedai Rasmi NVIDIA Akan Dibuka Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

NVIDIA melalui laman Facebook Malaysia mereka telah mengumumkan akan membuka kedai rasmi jenama tersebut di negara ini. NVIDIA terkenal dengan kad grafik yang dipasarkan ke pelbagai lapisan pengguna tetapi pengguna Malaysia tidak berpeluang membeli terus […]

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Wed, 24 Jul 2019

Muat Turun Aplikasi di App Store Hingga 200MB

Untungnya buat pengguna Apple kan?

TECH Wed, 22 Nov 2017

Cara Menyembunyikan Gambar Profil Whatsapp

Terlalu menjaga privasi? Khusus kepada anda yang ingin menjaga privasi, terutamanya kepada orang yang tidak dikenali. Kepada yang masih belum tahu, berikut kami kongsikan cara-cara untuk menetapkan mod privasi pada gambar profil Whatsapp. Buka aplikasi […]

TECH Tue, 29 Oct 2019

Hanya Kerana Media Sosial, ‘Terkantoi’ Dengan Majikan

Dah Tak Selamat Kutuk Bos Belakang-Belakang

TECH Wed, 24 Jan 2018

Terjemahkan Bahasa Asing Tanpa perlu Berpindah Aplikasi

Cara – cara untuk anda optimum kan penggunaan Google Translate, yang mana setiap perkataan atau ayat dalam bahasa asing boleh terus diterjemahkan pada Sebarang aplikasi yang kita gunakan seperti Whatsapp, Telegram dan lain -lain lagi.

TECH Thu, 18 Oct 2018

Sewa Pocket WiFi Serendah RM20 Sahaja Untuk Travel

Peranti sewa wifi diprogramkan menggunakan teknologi CloudSim bermaksud pengguna tidak perlu berurusan dengan kad sim fizikal.

| Live TV