TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 2:47pm

Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan ‘Designed To Entertain’

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari.

Atas sebab itu, Sony mengambil keputusan untuk memperkenalkan sebuah peranti yang direka khas untuk menghiburkan penggunanya iaitu Xperia XA2 Plus. Mereka mendakwa peranti ini adalah peranti yang lengkap terutamanya untuk mereka yang gemar mendengar lagu dan menonton video.

Peranti ini mempunyai skrin paparan FHD+ bersaiz 6 inci dengan nisbah aspek 18:9 yang sesuai digunakan untuk menonton video. Bukan itu sahaja, sistem audio peranti ini juga hadir dengan teknologi audio resolusi tinggi atau Hi-Res Audio.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, Xperia XA2 Plus ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 630, kamera utama tunggal 23MP dan kamera hadapan 8MP. Ia juga akan dijana oleh bateri berkapasiti 3,580mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas Qualcomm 3.0.

Model terbaru Xperia ini akan hadir dengan dua pilihan variasi 3GB RAM + 64GB RAM atau 6GB RAM + 128GB RAM serta pilihan warna hitam, perak, hijau dan emas. Bagaimanapun, tiada harga dan tarikh pelancaran rasmi dikeluarkan oleh pihak Sony setakat ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 8 Jul 2019

太常滑IG!专家:容易变寂寞爱比较

你今天滑IG了吗?英研究:玩太久容易寂寞,爱比较心情差。

TECH Thu, 13 Jun 2019

踮脚也看不到?矮个子必备神器「望远型眼镜」秒获得身高180视野

相信许多个子不高的人都曾经遇到过这样的困扰:被前方的人头或物体挡住,没办法看到远方想看的目标……

TECH Thu, 2 Aug 2018

脸书不再滑很久 「新工具」帮你管控时间

担心自己或孩子在社群媒体花太多时间吗?

TECH Thu, 27 Sep 2018

Cara Menghilangkan Iklan di Google Chrome Android Tanpa ‘Root’

Rasa rimas dengan iklan yang sering keluar apabila anda melayari laman web?Terdapat cara yang ingin kami kongsikan untuk anda menghalang ‘pop-up’ yang muncul pada kaca skrin anda.

TECH Wed, 18 Jul 2018

Western Digital Menutup Kilang Petaling Jaya Mereka Bermula Hujung Tahun 2019

Western Digital (WD) akan menutup operasi kilang mereka di Petaling Jaya pada penghujung tahun 2019. WD yang terkenal dengan produk cakera keras telah memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1973. HGST Technologies Malaysia yang dimiliki […]

TECH Tue, 27 Aug 2019

Menulis Mesej Tanpa Perlu Menaip Dengan WhatsApp

kita hanya perlu bersuara dan suara kita akan ditukarkan kepada tulisan, bestnya!

TECH Wed, 11 Sep 2019
TECH Sat, 12 Jan 2019

ASUS’ Ultra-Compact, Ultra-Light Zenbook is Paper Thin!

No one wants to lug around a massive laptop anymore. Light and thin is the way to go.

TECH Thu, 20 Dec 2018

4 Tips Memilih Casing Telefon pintar yang Tepat

Selain berfungsi untuk melindungi, casing juga boleh mencantikkan telefon pintar kesayangan. Namun, jangan salah langkah untuk memilih aksesori ini yang kini mula kembali disukai banyak penyuka alat.

TECH Mon, 24 Jun 2019

「有了这个行李箱」就可以带着衣柜去旅行了

出门旅行最头疼的是小小的行李箱,无法满足美美的衣服的存储空间,而且一不小心好看的衣服好要被弄得皱皱巴巴的……

| Live TV