TECH By: SGMS Putri July 14, 2018 @ 12:54pm

Huawei Mate 20 Pro Dijangka Menggunakan Skrin Dwi-Lengkung OLED

Huawei Mate 20 merupakan salah satu daripada peranti kelas perdana yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini. Ini kerana jualan Huawei Mate 10 adalah sangat memberansangkan dan ia termasuklah jualan bagi Huawei Mate 10 Porsche Design.

Semasa dilancarkan, peranti Mate 10 menggunakan skrin paparan jenis LCD dan selepas Huawei telah memperkenalkan pula model Mate 10 Pro, namun dengan skrin paparan jenis AMOLED. Manakala bagi Mate 10 Porsche Design pula, ia hadir dengan skrin dwi-lengkung OLED.

Sehubungan dengan itu, Huawei dilihat bakal menggunakan pendekatan yang sama pada siri Mate 20 kali ini. Mate 20 Pro dilaporkan akan turut menggunapakai skrin yang sama dengan Mate 10 Porsche Design, laporkan GizmoChina.

Ia berdasarkan laporan yang mengatakan syarikat pembekal skrin China, BOE telah membekalkan skrin berkenaan kepada Huawei secara besar-besaran. Sebelum ini, Huawei turut menerima bekalan skrin OLED melalui Samsung dan LG bagi kegunaan peranti mereka dan Honor.

Kredit : Phandroid

Peranti ini turut dikatakan akan mempunyai fungsi pengimbas cap jari dalam skrin seperti yang digunakan oleh perantiMate 10 Porsche Design. Bagaimanapun, laporan berkenaan tidak mengandungi sebarang maklumat berkaitan model Huawei Mate 20 edisi biasa.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih dianggap khabar kerana tiada sebarang maklum balas yang diterima dari pihak Huawei setakat ini. Sama-sama kita tunggu pengesahan dari mereka berkenaan peranti yang dijadual akan dilancarkan pada Oktober ini nanti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 25 Oct 2018

Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 5 Keyboard Mekanikal Ini

Jika anda teringin untuk membeli ‘mechanical keyboard’,sama ada jenis yang murah atau mahal,cuba baca artikel ini.

TECH Thu, 8 Mar 2018

他用「地表最强手机」17年了还在用

若说到「地表最坚固的手机」,你会想到哪一台呢?应该都会想起那支曾经陪伴你多年时光,怎么摔都不会坏的 Nokia 3310 吧!但想不到的是,即使已经是智慧型手机的时代,竟然还有人在用它呢!

TECH Mon, 15 Jan 2018

Powerbank Anda Original Ke Tiruan? Ketahui Cara Mudah Mengenalpasti Powerbank Tiruan

Ketahui Power Bank yang original ataupun tiruan.Jika ingin menyelamatkan wang anda daripada membeli Power Bank yang tiruan,baca artikel ini.

TECH Sat, 10 Nov 2018

Cara Untuk Menyunting “Background” Gambar Pasport

Ketahui cara-cara menyunting gambar anda kepada passport.

TECH Tue, 2 Jul 2019

人高烧不退长期烧下去!最终会「烧」死

如果发高烧,最好还是不要硬抗,因为后果是在太严重了。

LIFESTYLE Fri, 17 Aug 2018

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Platform Bersepadu 28 Juta Masyarakat Malaysia

Langkah ini sekaligus memberi peluang kepada setiap rangkaian jenama dan pengiklanan untuk meraih pulangan komersial yang lebih tinggi melalui tayangan iklan tersebut di kaca TV

Automobile Mon, 27 Aug 2018

过Bump时踩刹车对车子好?伤了车你都还不知道!

过Bump时才踩刹车不但对保护车子没有帮助,而且还会影响你爱车的悬挂寿命!

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Mod Incognito Dalam Google Maps

TECH Fri, 28 Sep 2018

Of Public Transportation, Car Sharing Application, and Fashion

And all these brands are local! #SupportLocal

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

| Live TV