TECH By: SGMS Putri July 17, 2018 @ 12:16pm

Virtual Boy Dari Nintendo Mendapat Nafas Baharu Melalui Alat Oculus Rift VR

Virtual Boy merupakan satu alat permainan dari Nintendo  yang dianggap sebagai sesuatu yang jauh kedepan untuk teknologi pada masa itu. Namun, dengan kekangan teknologi seperti bateri yang tidak menampung penggunaan perantitersebut untuk masa yang lama membuatkan Virtual Boy tidak mengecapi potensi sebenar yang diharapkan.

Virtual Boy merupakan konsol permainan yang menggabungkan alat kawalan bersama alat lihat yang memaparkan video grafik 3D dengan penapis berwarna merah (mirip dengan apa yang kita dapat lihat dengan alat seperti Oculus Rift). Nintedo melupakan projek Virtual Boy mereka dan terus ke hadapan bersama konsol Nintendo 64 yang mendapat sambutan hangat dari peminat mereka.

Jay Mattis, seorang pembangun permainan indie High Horse Entertaintment ingin mengembalikan nostalgia Virtual Boy dengan mengeluarkan peneladan VBjin untuk alat Oculus Rift yang membolehkan permainan Virtual Boy dimainkan menggunakan teknologi VR moden.

Mattis menjelaskan kepada Digital Trends bagaimana dia mendapat idea untuk membuat projek tersebut,

Sebaik sahaja konsol tersebut tidak diteruskan oleh Nintendo, Blockbuster Video cuba menjual inventori mereka dan saya membelinya bersama keseluruhan permainan dengan harga yang sangat murah. Saya menyukainya tetapi tidak dapat bermain untuk tempoh masa yang lama kerana kedudukan yang tidak selesa kerana memerlukan kedudukan tertentu. Selepas peneladan ini disiapkan, saya teruja kerana dapat bermain dengan selesa dengan cara yang lebih selesa.

Peneladan ini mempunyai dua mod; mod pertama adalah skrin statik, sama seperti apa yang dihasilkan oleh Virtual Boy asli dan kedua dimana skrin boleh bergerak dan pengguna boleh memilih untuk duduk dekat atau jauh dari skrin.

Penapis berwarna merah juga boleh ditukar kepada warna kelabu bagi mengurangkan tekanan kepada mata pengguna.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 9 Dec 2018

5 Aplikasi Terbaik untuk Mencantikkan Instagram Stories

Mencantikkan pandangan Instagram Stories kini lebih mudah dengan 5 aplikasi di bawah ini.

TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

TECH Fri, 13 Sep 2019

Saintis Temui Air Di Planet ”Super-Earth”

Saintis Temui Air Di Planet ”Super-Earth”, Percaya Berpontensi Tampung Kehidupan

Automobile Thu, 15 Feb 2018

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT!

Ada banyak kejadian pemandu  meninggal dunia akibat tertidur di dalam kereta yang dalam keadaan enjin dan penghawa dingin masih hidup. Keadaan itu amat berbahaya kerana  hawa di dalam kereta boleh  mengeluarkan racun gas monoksida.

TECH Sat, 18 Nov 2017

Google Chrome Dan 8 Fungsi Rahsianya Yang Perlu Anda Tahu

Google Chrome adalah aplikasi yang popular dan menjadi pilihan ramai seperti Firefox, dan Safari.

TECH Mon, 29 Jan 2018

Langkah Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Langkah untuk menyelesaikan isu no network dalam peranti iPhone 6.

TECH Wed, 4 Jul 2018

Jurutera Sekuriti Google Kongsi 5 Tips Asas Gunakan Chrome

Justin Schuh Jurutera Sekuriti Google Berkongsi 5 Tips Asas Gunakan Chrome dengan lebih selamat.

TECH Tue, 23 Jul 2019

消除心理压力! IG推隐藏贴文按赞数

会影响心情! IG尝试「隐藏贴文赞数」,消除用户心理压力~

TECH Sat, 12 Jan 2019

ASUS’ Ultra-Compact, Ultra-Light Zenbook is Paper Thin!

No one wants to lug around a massive laptop anymore. Light and thin is the way to go.

TECH Tue, 26 Dec 2017

2017最受欢迎iOS App出炉!

2017年来到了尾声,苹果目前发布了本年度东南亚(不包括泰国)最热门App排行榜!到底有哪些App会挤进榜内?而你最常用的那个App又是否榜上有名呢?

| Live TV