TECH By: SGMS Putri July 17, 2018 @ 12:04pm

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Hari ini telah berlangsungnya pelancaran OPPO Find X untuk pasaran Malaysia dengan majlis perasmiannya berlangsung di Setia City Convention Centre. Tidak mahu mengikut jejak langkah pengeluar lain yang membina takuk pada skrin, OPPO tampil unik dengan pengenalan kamera pop-up, berupaya untuk dikeluar masuk secara mekanikal.

Keunikan yang ditonjolkan berjaya memberi ruang kepada syarikat pengeluar memasang skrin paparan 6.4 inci yang luas sehingga dengan nisbah tertinggi dipasaran ketika ini,93.8%. Malah, Oppo sebelum ini pernah mendakwa bahawa sistem mekanikal kamera ini mampu bertahan sehingga 5 tahun dengan penggunaan normal.

Kesemua kamera peranti ini akan keluar dari bahagian atas peranti sekiranya aplikasi kamera dibuka dan akan menyusur masuk semula selepas keluar dari aplikasi berkenaan. Oppo Find X telah menjadi peranti pertama yang menggunakan sistem berkenaan.

Pemain Video

 
 
00:00
 
00:03
 
 
Pemain Video

 
 
00:00
 
00:03
 
 

Faktor penarik yang ditawarkan untuk peranti ini adalah sistem nyahkunci menggunakan wajah berasaskan model 3D, O-Face, nyahkunci berasaskan suara, O-Moji, Qualcomm Snapdragon 845, Color OS 5.1, dan beberapa ciri yang lain. Ia juga bakal dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB ROM.

Ia juga dijana dengan bateri berkapasiti 3730 mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC. Peranti ini dikatakan akan menyokong sistem Android P apabila diperkenalkan nanti. Oppo Find X hadir dengan dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Bordeaux Red.

Peranti ini boleh dimiliki melalui gedung rasmi dalam talian OPPO Malaysia dan pengedar sah OPPO seluruh negara pada harga RM3,699 bermula 5 Ogos ini. Namun bagi anda yang berminat untuk menjadi pemilik terawal peranti ini, anda boleh mula membuat pra-tempahan di sini bermula 17 Julai dan dapatkan Olike Neo yang bernilai RM 399 secara percuma.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 18 Jul 2018

GrabDurian Kembali – Nikmati Durian Musang King Serendah RM 8 Hujung Minggu Ini

Musim durian kembali ! Raja buah ini menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan umur maka tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit, mengharungi perjalanan yang jauh serta beratur panjang semata-mata untuk menikmati buah […]

TECH Sat, 1 Dec 2018

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Jika anda mempunyai Iphone 7,8 dan X, anda boleh mencuba cara ini.

TECH Sun, 5 Jan 2020

5 Permainan Video Paling Berpengaruh

  Permainan video telah mengalami landskap perubahan yang ketara dalam teknologi, model perniagaan dan pasarannya, yang kini termasuk lebih banyak pemain wanita dan penonton yang puratanya lebih berusia. Mungkin anda tertanya, apakah 10 permainan video paling […]

TECH Mon, 2 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

Pernahkah anda terfikir bahawa peranti Android anda mampu menghasilkan animasi? Kepada pengguna peranti Android, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk anda membuat animasi sendiri.

TECH Thu, 2 Nov 2017

IMEI : Apa Maksud IMEI?

Mempunyai satu set nombor yang dikenali sebagai IMEI. Nombor tersebut merupakan identiti unik bagi setiap peranti pintar.

TECH Sun, 21 Oct 2018

10 Jenis Skrin Sentuh Smartphone Yang Ramai Tidak Tahu

Terdapat beberapa jenis skrin sentuh telefon pintar yang perlu anda ketahui.Ketahui jenis-jenisnya di sini.

TECH Sun, 24 Feb 2019

Cara Untuk Aktifkan Papan Kekunci Terapung Gboard

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk mengaktifkan papan kekunci terapong pada peranti anda.

TECH Sat, 17 Feb 2018

Tips Muat Turun Video Daripada Instagram Tanpa Sebarang Aplikasi

Pernahkah anda teringin untuk memuat turn video daripada Instagram tetapi tidak tahu caranya?

TECH Tue, 26 Feb 2019

密集恐惧症发作! Nokia秀出五镜头旗舰机

当苹果、三星等大厂还聚焦在三镜头上的时候,HMD Global于今年的MWC上率先端出了配有五镜头的新旗舰手机Nokia 9 PureView。

TECH Thu, 20 Sep 2018

Cara Sembunyikan Foto Dan Video Pada Kiriman Whatsapp

Kami kongsikan cara mudah untuk menyembunyikan gambar dan video daripada aplikasi Whatsapp.

| Live TV