TECH By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:56am

Western Digital Menutup Kilang Petaling Jaya Mereka Bermula Hujung Tahun 2019

Western Digital (WD) akan menutup operasi kilang mereka di Petaling Jaya pada penghujung tahun 2019. WD yang terkenal dengan produk cakera keras telah memulakan operasi di Malaysia pada tahun 1973.

HGST Technologies Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh WD telah menutup operasi kilang mereka di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun 2016 yang lepas. Mereka menyatakan yang kekurangan permintaan cakera keras global sebagai punca penutupan operasi kilang-kilang mereka di Malaysia.

Buat masa ini, WD masih mempunyai kilang yang beroperasi di Malaysia dan juga Thailand. WD dijangka akan menumpukan perhatian mereka terhadap pasaran SSD. Jurucakap WD memberitahu pihak The Register pada isnin lepas yang kilang pemasangan HDD akan ditutup pada hujung tahun 2019 dan penghasilan cakera pemacu kilat akan dipertingkatkan:

Dalam menghadapi penurunan permintaan untuk HDD, Western Digital telah mengambil langkah rasionalisasi operasi HDD mereka di peringkat global.

Syarikat ini akan mula menutup kilang penghasilan HDD di Petaling Jaya bermula pada akhir tahun 2019. Peralihan ini akan dilakukan dengan teliti bersama pihak yang terlibat seperti pekerja, pelanggan, rakan pembekal dan juga pemegang saham.

 

WD juga sedang dalam persiapan menyiapkan fasiliti SSD kedua mereka di Pulau Pinang dan akan mula beroperasi dalam tempoh beberapa bulan lagi. Western Digital akan terus memberikan komitmen kepada Malaysia yang merangkumi kerjasama  selama 45 tahun dan berharap kerjasama tersebut akan berterusan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
TECH Thu, 12 Jul 2018

Perancangan YouTube Untuk Video-Video Palsu

Masalah mengenai berita-berita palsu dan maklumat-maklumat salah menjejaskan hampir kesemua saluran sosial media. Samada mahu menyebarkan propaganda atau mahu mengambil keuntungan, penghasilan berita palsu ini oleh pihak tertentu secara keseluruhan hanya memburukkan keadaan bagi kebanyakkan […]

TECH Fri, 4 May 2018

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Siapa masih ingat lagi tentang buku 555, banyak jasanya dalam seharian dan kini di upgrade. Jom baca ya

TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Thu, 31 Oct 2019

Tiada Lagi Iklan Politik di Twitter

Akan  berkuatkuasa mulai 2 November ini.

TECH Mon, 5 Aug 2019

FB Dan Insta Alami Masalah Teknikal Lagi

Asyik masalah saja dengan applikasi Facebook dan Instagram nie kan!

LIFESTYLE Wed, 18 Sep 2019

Realizing Industry 4.0; Bosch Celebrates Its 100 Years in SEA

Technology, automation and innovation take center stage at Bosch Experience Day 2019.

Events Mon, 5 Aug 2019

Artificially Intellect Robot by A&S will Magically Clean Your House with its Futuristic Innovation!

Easy peasy, lemon squeezy! Cleaning your house now doesn’t even require you to move a single inch! WOW!

TECH Mon, 11 Nov 2019

| Live TV