Hiburan By: SGMS Putri July 18, 2018 @ 11:06am

Huawei Nova 3 Dan Nova 3i Diumumkan Secara Rasmi, Hadir Bersama Rekaan Premium Dengan 4 Kamera

Huawei baru sahaja melancarkan dua peranti baru dalam siri Huawei Nova untuk pasaran China. Huawei Nova 3 dan Nova 3i, kedua-duanya adalah merupakan peranti kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk moden dan premium.

Huawei Nova 3 adalah model yang mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan peranti kelas perdana di mana agak mengejutkan apabila pihak Huawei mengklasifikasikan ia sebagai kelas pertengahan. Sebagai permulaan, peranti ini hadir dengan 4 kamera sama seperti model Nova 3i.

Ia akan menggunakan lensa warna 16MP serta 24MP bagi lensa monokrom dengan bukaan lensa f/1.8. Bagi kamera hadapannya pula, Huawei Nova 3 ini hadir dengan gabungan dua lensa warna 24MP + 2MP dengan aperture f/2.0.

Sistem cip yang digunapakai pula adalah cip paling berkuasa daripada HiSilicon buat masa kini iaitu Kirin 970. Cip yang sama telah digunakan pada peranti kelas perdana Huawei yang lain antaranya ialah P20 Pro dan Honor 10.

Peranti ini juga akan hadir dengan sokongan GPU Turbo yang didakwa akan memberikan pengalaman bermain permainan video yang mengujakan kepada pengguna. Buat masa ini, teknologi berkenaan dilaporkan hanya akan menyokong permainan PUGB Mobile dan Mobile Legends sahaja.

Nova 3 akan dijalankan dengan antaramuka EMUI 8.2 berlandaskan Android Oreo 8.1 serta memori 6GB dan mempunyai dua variasi simpanan dalaman iaitu 64GB dan 128GB. Ia juga menyokong fungsi kad mikroSD sehingga 256GB untuk simpanan tambahan.

Spesifikasi lain bagi peranti pula antaranya ialah ia menggunakan skrin bertakuk LCD 6.3 inci FHD+, bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas Huawei Super Charge serta sistem nyahkunci pengimbas cap jari dan pengesanan wajah.

Beralih kepada peranti Nova 3i pula. Dari segi luaran, ia nampak seakan sama dengan model Nova 3. Namun, peranti ini mempunyai spesifikasi yang agak rendah berbanding ‘abangnya’ itu. Sebagai contoh, Nova 3i menggunakan cip kelas pertengahan terkini HiSilicon Kirin 710.

Selain itu, kamera utama peranti ini pula hadir dengan gabungan lensa 16MP f/2.0 dan 2MP f/2.0. Manakala bagi kamera swafotonya pula, ia akan hadir dengan lensa yang sama dengan Nova 3 iaitu 24MP dan 2MP dengan bukaan lensa f/2.0.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, selain sistem cip yang telah dinyatakan, peranti ini akan dijana dengan memori 4GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB serta satu lagi variasi iaitu 6GB RAM dan 64GB ROM. Ia juga akan hadir dengan sokongan teknologi GPU Turbo.

Peranti ini akan dikuasakan menggunakan bateri dengan kapasiti 3,3340 mAh. Selain itu, Nova 3i akan hadir dengan paparan skrin, antaramuka, sistem operasi dan fungsi pengecasan pantas yang sama seperti Huawei Nova 3.

Harga pasaran di China untuk Huawei Nova 3 adalah pada 2999 Yuan(~RM 1,810), manakala Nova 3i pula dijual pada harga 1999 Yuan(~RM 1,206) untuk versi RAM 4GB/ 128GB manakala versi RAM 6GB/ 64GB diletakkan pada harga 2,199 Yuan(~RM 1,328). Huawei akan melancarkan kedua-dua peranti ini buat pasaran Malaysia pada 19 Julai dan kita akan mengetahui lebih lanjut tentang harga jualan tempatan dalam majlis itu nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Events Wed, 17 Apr 2019

Drink and Stand a Chance to Win an All-Expense Paid Trip to Madrid!

Discover Heineken® Extra-Time Zones across Malaysia and stand to win an all-inclusive trip to Madrid for the UEFA Champions League final, among other exciting prizes.

Events Thu, 14 Mar 2019

Tosca at Double Tree by Hilton Melaka Brings You a Reversal 5-Course Meal

Enjoy a delicacy of Italian dishes served backwards!

TECH Sun, 25 Nov 2018

‘Group Admin’ WhatsApp Boleh Senyapkan Ahli ‘Group’

WhatsApp atau Telegram semakin kerap digunakan sehingga kemudahan SMS kini semakin dilupakan. Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat berhubung secara percuma selain dapat berhubung secara berkumpulan dengan fungsi Group yang terdapat dalam kebanyakkan aplikasi sembang yang ada sekarang. […]

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Peguam Sahkan Rihana Oksana Sudah Cerai

Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

TECH Wed, 4 Jul 2018

“Download Bomb” Kembali Menyerang Google Chrome

Awal tahun ini, Google Chrome terdedah kepada pepijat yang mendedahkah pelayar internet itu kepada serangan “download bomb”. Apabila pelayar internet terkesan dengannya, aktiviti muat turun akan berlaku secara tiba-tiba dan berterusan serta boleh menyebabkan pelayar terus terhenti. Teknik ini kerap digunakan pihak tidak […]

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

Dah Jadi Papa, Tahniah Hafiz Suip!

Tahniah buat Hafiz dan isteri. Hadiah tahun baru nampaknya

| Live TV