TECH By: SGMS Putri July 21, 2018 @ 9:38am

Nokia ‘Pisang’ Tiruan Dijual Secara Berleluasa Di Pasaran Malaysia

HMD Global telah memberi amaran kepada pengguna atau peminat peranti Nokia di Malaysia agar berhati-hati dalam membeli peranti Nokia 8110 4G. Ini kerana mereka menerima laporan bahawa wujudnya penjualan peranti tiruan bagi model tersebut secara berleluasa di pasaran tempatan.

Nokia 8110 4G merupakan peranti kelas kemasukan yang menyokong sambungan 4G, menggunakan cip Snapdragon 205, serta hadir dengan memori 512MB dan ruang simpanan dalaman 4GB. Ia turut dikenali sebagai Nokia Pisang kerana warna kuningnya yang kelihatan sama dengan kulit buah pisang.

Kredit : DigitalTrends

Di samping boleh mula didapati di pasaran Malaysia bermula 6 Julai lalu, peranti ini juga dijual di gedung-gedung atas talian seperti Shopee, Lazada mahupun Facebook. Peranti ini ditawarkan pada harga yang sangat murah iaitu RM 285, sesuai dengan spesifikasi yang didatangkan.

Namun, agak mengecewakan apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menghasilkan produk tiruan bagi peranti ini. Sehubungan dengan itu, HMD Global telah memberi tips untuk anda mengenalpasti peranti asli bagi Nokia 8110 4G ini.

Peranti asli bagi Nokia 8110 4G ini akan dibungkus menggunakan bungkusan lutsinar di mana pada bahagian tepi bungkusan akan memaparkan, pelekat AVAXX pada bahagian atas manakala pelekat nombor IMEI terletak pada bahagian bawah bungkusan.

Seperti yang dapat dilihat, penjenamaan NOKIA terletak di bahagian atas skrin 2.4 inci peranti dan mikrofon terletak di bawah papan kekunci peranti. Manakala panel belakang peranti pula terdapat kamera yang dikelilingi garis putih, lampu flash di atas lensa kamera, pembesar suara dan logo NOKIA di bawahnya.

Bateri peranti juga boleh menandakan sama ada ianya asli atau tidak. Untuk mengetahuinya, ciri bagi bateri untuk model asli ialah ianya perlu mempunyai pelekat hologram AVAXX serta penjenamaan NOKIA yang boleh ditanggalkan.

Sebagai makluman tambahan, peranti ini cuma hadir dengan variasi warna kuning dan hitam sahaja. Pihak HMD GLobal tidak akan melindungi atau memberi jaminan terhadap mana-mana peranti Nokia 8110 4G yang tidak asli.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti atau ajukan soalan anda kepada laman Facebook rasmi Nokia Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 1 Dec 2018

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Jika anda mempunyai Iphone 7,8 dan X, anda boleh mencuba cara ini.

Automobile Thu, 19 Sep 2019

汽车小知识:如何更换汽车雨刷

说到基本汽车保养,相信大家都会想到更换引擎油、变速箱油、检查大灯及刹车片等;但除了这些基本汽车保养以外,大家是否知道其实雨刷也需要定时检查及保养呢?

TECH Thu, 5 Jul 2018

China Mobile Menjadi Mangsa Terbaru Perang Dingin AS-China

Kerajaan Amerika Syarikat(AS) sebelum ini telah menghalang produk keluaran Huawei dan ZTE daripada dijual di kedai-kedai yang beroperasi di dalam kem ketenteraan mereka. Malah, mereka turut pernah menyekat sebarang aktiviti perniagaan daripada dijalankan oleh syarikat tempatan dengan […]

TECH Thu, 5 Jul 2018

Apple Mahu Wujudkan Kerjasama Strategik Dengan Hewlett Packard Enterprise

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan satu kerjasama strategik business-to-business(B2B) dengan syarikat Hewlett Packard Enterprise(HPE). Ianya tersebar secara meluas apabila Apple memuatnaik satu iklan jawatan kosong di laman LinkedIn dan perkara itu disedari oleh pihak The Register. […]

TECH Wed, 20 Feb 2019

不只心情更好!暂停使用Facebook连政治倾向都少了

研究发现,关闭Facebook帐号的人,过得更快乐。

TECH Mon, 27 Aug 2018
TECH Tue, 1 Oct 2019

Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10

Langganan bagi Music Premium adalah berharga USD9.99/bulan.

TECH Mon, 20 Aug 2018
TECH Tue, 23 Oct 2018

Kelebihan Menggunakan Pemasaran Melalui Internet

Tahukah anda! bahawa pemasaran melalui internet memberikan banyak faedah terutama bagi golongan peniaga, ini antara kelebihannya.

TECH Sat, 24 Nov 2018

Cara Bermain Permainan Android pada Windows

Bermain permainan video pada peranti mudah alih kian menjadi kegilaan pengguna, tapi nak main pada Windows atau PC?

| Live TV