TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:08am

AMD Zen 2 Dengan Teknologi 7nm Bakal Hadir Dengan 16 Teras Dan 15% Peningkatan IPC

Sebelum AMD memperkenalkan Ryzen, pegangan pasaran mereka jauh ketinggalan berbanding pesaing Intel mereka. Senibina Bulldozer mereka sebelum Zen, tidak dapat menandingi prestasi yang dihasilkan oleh cip Intel dari segi teras tunggal dan teras pelbagai.

Tahun 2017 merupakan tahun kemunculan semula bagi AMD dengan pengenalan Ryzen bagi pasaran pengguna dan pelayan mereka. AMD cukup terkenal dengan cip yang mempunyai bilangan teras yang tinggi dan harga yang lebih murah dari Intel.

Untuk Zen 2 yang menggunakan teknologi fabrikasi 7nm, AMD dikatakan akan meletakkan sehingga 16 teras untuk soket AM4, 32 teras untuk soket TR4 dan juga 64 teras bagi soket SP3. Sebagai rujukan, Intel pula akan memperkenalkan cip 8 teras pertama mereka untuk soket LGA 1150 di bawah senibina Coffee Lake generasi ke-9.

Untuk ryzen 2 pula, maklumat mengenai prestasinya masih dalam samar-samar. Khabar angin di laman sesawang China, Zen 2 mungkin akan meningkatkan prestasi sehingga 10 ke 15 peratus IPC (instruction per cycle) berbanding senibina Zen+ yang terdahulu.

 

Kiraan IPC lebih menarik perhatian kerana ia dapat menterjemahkan kepada aplikasi sebenar. Lebih tinggi kiraan IPC maka lebih pantas setiap aplikasi tersebut dapat dijalankan. Malang sekali bukan semuanya tertakluk kepada kiraan teras kerana tidak semua aplikasi yang dioptimakan dalam menggunakan teras yang banyak.

Apa-apa pun, pengguna sentiasa menunggu produk saingan terbaik untuk Intel yang selama ini mendominasi pasaran cip pemprosesan pengguna dan sudah tiba masa untuk AMD cuba menawarkan perisa mereka tersendiri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 9 Jan 2019

Go Beast Mode on the New Lenovo Legion Y740 and Y540 Laptops

Bring your gaming experience to the next level.

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
Automobile Tue, 13 Mar 2018

Volkswagen Bus Is Back With A Revamp New Look And Features!

Volkswagen iconic Hippie bus gets a new look and the company will be releasing a newer version of the hippie bus, with I.D. Buzz and other new features!

TECH Fri, 4 Oct 2019

HUAWEI WATCH GT 2 强劲续航力!探索无止尽

Huawei Watch GT2智能手表正式登入大马市场!

TECH Fri, 27 Jul 2018

Samsung Mulakan Proses Pembuatan Cip 16Gb LPDDR4X Generasi Ke-2

Sasmsung Electronics telah memulakan proses penghasilan cip generasi ke-2 10nm 16Gb LPDDR4X DRAM yang dihusukan untuk peranti telefon pintar kelas perdana. Gergasi Korea Selatan itu mendakwa DRAM terbaru dari mereka mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 10% dan pada […]

TECH Mon, 24 Dec 2018

Cara Main PUBG Mobile di PC Tanpa Lag

Begini cara install Tencent emulator untuk bermain game PUBG Mobile langsung dari komputer ataupun laptop percuma tanpa lag.

TECH Fri, 12 Oct 2018

Kongsi Step Mudah Ibu Bapa Perlu Buat Untuk Pantau Handphone Anak

Kemajuan teknologi sudah banyak mendedahkan kanak-kanak dengan gejala yang tidak sihat. Lihat sahaja kes yang dilaporkan di media massa, di usia mentah mereka sudah terpengaruh dengan perkara negatif, salah satu puncanya adalah menggunakan gadjet seperti […]

Automobile Mon, 18 Feb 2019

你不知道的事:方向盘竟然比马桶脏4倍!

如果你觉得马桶又脏又臭,我们想说其实你的方向盘很可能比它还脏!

TECH Thu, 30 Aug 2018

Cara Menyimpan Voice Note Daripada Whatsapp Sebagai Fail mp3

Ini dikongsikan cara – cara untuk mengubah fail suara tersebut kepada fail jenis mp3.

TECH Sun, 15 Apr 2018

Cara Besarkan Saiz Resolusi Foto Tanpa “Pecah”

Kaedah ini kami temui dariapda satu laman sesawang dari Jepun dan ianya sangat berkesan. Ikuti sahaja langkah-langkah berikut.

| Live TV