TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:04am

Spesifikasi Kirin 980 Tertiris, Cip Dengan Kelajuan 2.8Ghz

Huawei telah memperlengkapkan sejumlah peranti flaghsip mereka tahun lalu dan 2018 dengan cip pemprosesan 970. Hadir dengan ciri kecerdasan buatan, cip terbabit bakal menerima pengganti berdasarkan khabar angin yang sedang berlegar ketika ini.

Difahamkan spesifikasi cip Kirin 980 sudah tertiris dengan kelajuan maksimum pada kadar 2.8GHz dibantu oleh 4 teras Cortex A77 dan 4 teras Cortex A55.

Cip itu juga dibayangkan 1.5 lebih laju berbanding Adreno 630 yang ketika ini dipadankan dengan Snapdragon 845.

Bakal dibina menggunakan Fin Field Effect Transistor (FinFET) 7nm buatan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC), Kirin 980 menjanjikan 20% peningkatan prestasi beserta 40% penjimatan kuasa.

Khabar angin yang digarap dari ITHome menyatakan 4-teras Cortex A77 mampu menggapai kelajuan maksimum sehingga 2.80GHz, sementara keupayaan 4-teras Cortex A55 masih belum dapat dipastikan lagi.

Selain itu, cip pemprosesan ini akan memfokuskan terhadap kecerdasan buatan dan generasi NPU seterusnya berupaya melaksanakan 5 trilion pengiraan perwatt. Ketika ini perisian AI banyak digunakan dalam memperkemaskan imej yang diambil menggunakan kamera, dan mungkin Huawei mahu mengembangkan lagi ciri tersebut.

Peranti yang diramal menggunapakai Kirin 980 adalah Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro yang mungkin dilancarkan pada penghujung tahun 2018.

Sumber: It Home

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 28 May 2018

Instagram Bakal Dedah Ciri Muzik Di Instagram Stories Tak Lama Lagi

Buat anda kaki media sosial Instagram, ini untuk anda – boleh tambah lagu di Instagram Stories

TECH Sun, 21 Oct 2018

10 Jenis Skrin Sentuh Smartphone Yang Ramai Tidak Tahu

Terdapat beberapa jenis skrin sentuh telefon pintar yang perlu anda ketahui.Ketahui jenis-jenisnya di sini.

TECH Sun, 1 Sep 2019

Cara Cegah “Browser History” Dikesan Telco

Semua orang boleh melayari laman-laman sesawang berjam-jam. Tetapi adakah anda tahu bahawa “Browser History” anda boleh dikesan oleh telco?

TECH Sat, 8 Dec 2018

3 Kesan buruk Penggunaan “Headphone”

Tahukah anda penggunaan earphone atau headphone mampu memudaratkan telinga anda? Ketahui kesan-kesannya disini.

TECH Mon, 1 Apr 2019

AirPower掰掰!苹果证实:取消无线充电板上市计划

2017年发表一次帮iPhone、Apple Watch、AirPods三款装置充电的无线充电板AirPower,延迟上市两年多后,官方证实取消上市计划。

TECH Mon, 16 Jul 2018

Jimat RM5 Pembelian Kali Pertama Aplikasi Di Google PlayStore Melalui Celcom Pay

Celcom hari ini mengumumkan lanjutan promosi bagi pengguna telco berkenaan dimana pembelian melalui Celcom Pay akan diberikan penjimatan sebanyak RM5. Penjimatan ini adalah termasuk pembelian aplikasi ataupun pembelian dalam aplikasi. Celcom Pay untuk Google PlayStore […]

TECH Thu, 21 Jun 2018

冲着YouTube而来!Instagram推全新影音平台「IGTV」

深受时下年轻人的社交平台Instagram正式宣布推出全新的应用程式IGTV,并把原本上传影片的1分钟长度限制,延长至10分钟, 而名人等级的帐号则能上传1小时长影片!

TECH Wed, 11 Jul 2018

晚上睡觉要关WIFI吗?真相惊人

基本上家家户户都有WiFi,且超过一半的家庭晚上睡觉时是不会关掉WiFi。而近日疯传长期不关闭WiFi对人体有害,这是真的吗?

TECH Sun, 22 Jul 2018

Inilah Gambar Yang Memenangi iPhone Photography Awards 2018

iPhone Photography Awards 2018 sudah melangkau usia 11 tahun sejak ia pertama kali diadakan pada 2007 dahulu. Saban tahun, banyak gambar-gambar menarik dihantar dengan harapan dapat memenangi pertandingan tersebut. Hanya berbekalkan kamera iPhone dari pelbagai […]

TECH Mon, 13 May 2019

全球暖化有解?吃这食物可救地球

全球暖化有解?专家:吃「油炸食物」可帮地球降温~

| Live TV