TECH By: SGMS Putri July 27, 2018 @ 2:59pm

Facebook Rugi Lebih RM400 Billion Dalam Masa Satu Hari

Walaupun mempunyai berbillion pengguna, Facebook dengan rasminya telah mengumumkan bahawa mereka telah mengalami kerugian sebanyak lebih dari RM400 billion dalam masa satu hari!

Biarpun dihimpit dengan pelbagai skandal dan permasalahan, Facebook dan pengasasnya Mark Zuckerberg kekal optimis bahawa masa depan platform atas talian popular itu masih lagi baik. Namun, pendirian mereka itu mungkin akan berubah selepas Facebook dilaporkan telah mengalami kerugian sejumlah $119 billion(~RM 483.74 billion) dalam masa sehari, semalam(26 Julai).

Ia merupakan rekod baru di mana sebelum ini tiada syarikat yang pernah rugi lebih dari $100 billion dalam tempoh satu hari di pasaran Amerika. Intel yang memegang rekod kerugian tertinggi sebelum ini, telah kehilangan $90.7 billion pada 22 September 2000.

Kerugian itu berpunca daripada pengumuman Facebook sendiri. Dua hari lepas, mereka telah melaporkan bahawa mereka gagal mencapai jumlah pendapatan yang diharapkan pada suku kedua tahun ini serta jumlah pengguna aktif harian yang semakin berkurangan.

Perkara ini telah membuatkan nilai syarikat berkenaan telah menurun sebanyak 19 peratus. Facebook yang sebelum ini bernilai pada $630 billion(~RM 2.56 trillion) kini dianggarkan mempunyai nilai pasaran pada $510 billion (~RM 2.07 trillion).

Sumber 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Fri, 22 Jun 2018

20个彻底改变人类生活的「爱迪生等级」伟大发明

科技日新月异,许多以前解决不了的难题都已经不是问题,越来越多的解决方案融入我们细微的日常生活中……

TECH Sun, 1 Sep 2019

Cara Cegah “Browser History” Dikesan Telco

Semua orang boleh melayari laman-laman sesawang berjam-jam. Tetapi adakah anda tahu bahawa “Browser History” anda boleh dikesan oleh telco?

TECH Thu, 10 Oct 2019

Instagram Perkenalkan Ciri ‘Restrict’ Pada Komen

Ciri bagi menyembunyikan komen negatif dari dipaparkan

TECH Tue, 17 Dec 2019

10年来最受欢迎App!脸书家族霸榜

根据《App Annie》分析,从2010年至2019年全球10大热门下载App,第一至第四名都被「脸书家族」包办。

TECH Wed, 25 Apr 2018

Bila Harga Menjadi Persoalan Samsung Galaxy A8, Peranti Seksi Kalis Air Bersama Dwi-Kamera Swafoto

Prestasi pembesar suara mono yang sederhana, ciri Live Focus pada kamera selfie yang kurang memuaskan dan harga yang pada kami sepatutnya diturunkan sedikit dalam bersaing dengan peranti kelas pertengahan yang lain.

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah & Pantas Untuk Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Thu, 2 Aug 2018

脸书不再滑很久 「新工具」帮你管控时间

担心自己或孩子在社群媒体花太多时间吗?

TECH Wed, 7 Aug 2019

Matikan Story dan Post Instagram Orang Lain Tanpa Unfollow

Resah dengan akaun yang membuat banyak Story dan Post di Instagram? Sembunyikan sahaja akaun tersebut tanpa unfollow dengan cara ini.

TECH Thu, 19 Jul 2018

Menghapuskan Folder Kosong Pada Android

Jika anda ingin membuang fail kosong yang berada dalam telefon anda,cubalah cara ini.

| Live TV