Trending By: SGMS Enal January 1, 2018 @ 2:42am

Ibu Tidak Sedar Telah Hamil 9 Bulan

Impian setiap pasangan ingin memiliki zuriat sebagai penyeri rumah tangga.  Namun ada juga yang tidak bernasib baik menunggu detik bermakna buat mereka.

Lain pula buat kedua pasangan, Nik Salleh, 38 dan Suzana Sulaiman, 43 yang tidak menyedari kehadiran cahaya mata selama 9 bulan dan hanya sedar apabila Suzana mengadu sakit perut dan mengalami pendarahan pada 19 Disember lalu.

Perkongsian daripada Muhammad Azrie Bin Amirudin menerusi akaun Instagramnya menarik perhatian ramai pihak.  Betugas sebagai ‘dressar’ di Unit Kecemasan Hospital Pekan Pahang, lelaki ini menceritakan pengalamannya.

“Saya ingatkan hanya sakit biasa sebelum saya dimaklumkan oleh doktor, Suzana sebenarnya sakit nak bersalin”.

“Terkejut, gembira semuanya ada.  Bayangkanlah kami sekeluarga termasuk isteri tidak sedar pun yang dia membawa nyawa si kecil dalam kandungan selama sembilan bulan. Ketika di hospital, doktor lakukan pemeriksaan dan buat imbasan, ternyata isteri sebenarnya mengandung dan sudah sampai masa untuk melahirkan,” katanya ketika dihubungi.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga lima tahun lepas pada Jun 2012.  Menurut suami, mereka memang tidak menyedari sebarang perubahan fizikal yang dialami isterinya kerana badan yang sedikit berisi dan putaran haid tidak menentu.

“Memang tak ada apa-apa. Terkejut. Tiada persediaan langsung sebab memang tak tahu. Jadi adik ipar saya terpaksa bergegas ke pasaraya untuk membeli pakaian bayi.

“Alhamdulillah syukur dengan anugerah terindah ini. Saya berharap agar anak saya membesar dengan sihat,” katanya.

 
Suzana selamat melahirkan secara normal dalam masa 10 minit tepat 9.32 pagi selepas dirujuk kepada Pakar Ginekologi.  Kedua-dua mereka selamat sebelum dipindahkan ke wad dan dibenarkan pulang pada 24 Disember lalu.  Bayi dengan berat 2.88kg disahkan sihat dan cukup bulan.

 
Nik Alisha Solehah, nama diberi kepada cahaya mata yang dianggap ajaib bagi kedua pasangan ini. Suzana kini masih dalam rawatan berpantang di rumah keluarganya di Kampung Padang Manggis, Pekan, Pahang.

“Dahulu kami berdua, sekarang sudah bertiga. Memang tiada sesiapa pun yang sedar isteri saya mengandung sehinggalah dia melahirkan Nik Alisha Solehah,” katanya yang bekerja dengan Majlis Daerah Pekan.

“Kejutan ini juga adalah hadiah hari lahir buat isteri saya iaitu pada 31 Disember dan dia ada beritahu saya yang dia gembira kerana tiba-tiba sudah menjadi ibu

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 2 Feb 2018

Saya Kena Paksa Makan Dalam Lampin

Saya Kena Paksa Makan Dalam Lampin, Bersentuhan Tak Kira Lelaki Perempuan, Konon ”Baby Shower” Tapi Dah Macam Pesta Maksiat

Trending Mon, 22 Jan 2018

Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

“Saya Hanya Terbayang Orang Jumpa Mayat Saya Terapung,” Kisah Saat Getir Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

Trending Mon, 3 Sep 2018

「隐形眼镜冲马桶」最后回到你肚里!

抛弃式隐形眼镜卫生又方便,不晓得大家每天回家卸下隐形眼镜,都怎么处理丢弃呢?冲马桶?丢进洗手台放水流?其实,你已经成为生态浩劫的凶手之一……

Trending Tue, 2 Jun 2020

KPT Rangka Penyelesaian Terbaik Isu Yuran Pengajian IPT

Semoga ada berita gembira buat semua pelajar

Trending Thu, 5 Apr 2018

Padah Minum Alkohol Buatan Sendiri

Sebanyak 16 kematian direkodkan sejak Isnin lalu di sekitar Jakarta manakala lapan kematian dilaporkan di Papua.

Trending Fri, 29 Nov 2019
Trending Wed, 7 Nov 2018

真人版长发公主!洗头一次用光7罐洗发精

迪士尼动画系列的「长发公主」确有其人!

Trending Wed, 9 Oct 2019
Trending Wed, 22 May 2019

| Live TV