OMG By: Salma Syahbuddin July 12, 2018 @ 2:39am

Wow! Mak Cun Adventure Curi Perhatian Peminat, Catat 250,000 Muat Turun Dalam Masa Singkat

Permainan digital Mak Cun’s Adventure terus mencipta kejayaan baharu apabila aplikasi tersebut sudah pun meraih 250,000 jumlah muat turun sehingga ke hari ini!

Mak Cun’s Adventure yang dibangunkan oleh Media Prima Labs telah dilancarkan hujung Mei lalu mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari sahaja. Wow!

Apa yang lebih membanggakan ialah, jumlah muat turun itu semakin bertambah sehingga ke hari ini menandakan penerimaan yang sangat baik oleh pengguna aplikasi tersebut. Tambah menarik lagi, permainan yang diinspirasikan daripada siri drama popular Mak Cun ini turut mendapat perhatian pengguna peranti mudah alih di Singapura, Brunei dan Indonesia.

Mak Cun’s Adventure! Selain penyediaan makanan di warung Mak Cun, terkini, Mak Cun’s Adventure memperkenalkan tahap baru iaitu butik Mak Cun! Butik Mak Cun menyajikan 30 tahap keseronokan di mana pemain perlu melayan para pelanggan yang berminat untuk membeli baju, aksesori dan barangan kosmetik di butik dan memastikan kesemua produk diberikan kepada pelanggan yang betul. Menerapkan elemen budaya tempatan sama seperti warung Mak Cun, antara barangan yang boleh dibeli pelanggan di butik Mak Cun termasuklah Baju Kurung dan kasut tinggi! Bolehlah feeling shopping kan?

 

Mendapat sambutan yang begitu menggalakkan terhadap aplikasi ini, pihak Media Prima Labs sedang berusaha untuk memperkenalkan lagi 30 tahap memasak baru pada bulan hadapan yang bakal menjanjikan lebih kepuasan dan cabaran buat para pemain dan peminat aplikasi ini. 

Pemain-pemain Mak Cun’s Adventure juga boleh membuat pembelian dalam aplikasi untuk membeli coins dan juga gems bagi membolehkan mereka bermain dalam tahap seterusnya serta menaiktaraf fungsi yang ada dalam permainan ini.

Jadi apa tunggu lagi, anda boleh merasai sendiri keseronokkan permainan digital Mak Cun’s Adventure sekarang! Dengan hanya memuat turun permainan mudah alih ini secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Sep 2019
Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Rashidi Jelaskan ‘Hubungan Istimewa’ Bersama Fify Azmi

Gambar tengah promosi perfume rupanya

Hiburan Thu, 12 Jul 2018

Semoga Selamat Bersalin, Memey…

Memey kini berada di hospital dan dijangka melahirkan bayi ketiganya, hari ini.

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Mon, 1 Jul 2019
Fab Foodies! Mon, 29 Apr 2019

McDonald’s Extends Menu Hours + New Dishes in Conjunction with Ramadan

They’re making sure everyone will be well fed for sahur and buka puasa.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Dah Tonton Filem Petta Lakonan Rajinikanth?

Siapa peminat Rajinikanth? Jom serbu pawagam sekarang!

TECH Wed, 12 Sep 2018

Merakam Video Diam-diam di Android

Anda boleh merakam video tanpa memasukkan menu kamera canggih ke tak guna smartphone kini

Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

Hiburan Sun, 8 Jul 2018

Wow! Aizat Amdan Cipta Lagu Khas Buat Tun Mahathir

Paling penting, korang yang ingin menyampaikan ucapan hari jadi kepada Tun M, jangan lupa untuk meletakkan #harapanjadinyata dalam ucapan tersebut nanti!

| Live TV