Trending By: SGMS Faida July 10, 2018 @ 7:50am

Kazim Elias Jawab Isu Jual Pusat Tahfiz, “Saya Tak Mampu Lagi Tampung”

Sah…penceramah terkenal yang juga pengasas Tahfiz Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah, Manjoi, Datuk Mohd Kazim Elias akan menjual premis itu.

Ini berikutan beliau tidak mampu menampung kos pentadbiran pusat berkenaan sekaligus menjawab persoalan statusnya di Facebook dan di laman mudah.my mengenai penjualan pusat berkenaan.

Ustaz Kazim ketika ditemui NSTP di pusat berkenaan berkata, beliau terpaksa menjual sebahagian pusat itu membabitkan unit tahfiz di pusat berkenaan yang menempatkan 100 pelajar.

Katanya, keputusan sedih itu terpaksa diambil beliau berikutan tidak mampu lagi untuk menampung kos pentadbiran keseluruhan pusat berkenaan yang kini mencecah RM150,000 sebulan.

“Pusat pendidikan ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Tahfiz, Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok Moden (dewasa) dan saya akan menjual hanya Unit Tahfiz seperti disiarkan di laman mudah.my.

“Keputusan ini memang amat sedih tetapi terpaksa diambil kerana saya memikirkan nasib guru serta pelajar dan penjualan ini dapat menampung kos pentadbiran dua lagi unit di pusat ini,” katanya yang juga pengasas dan pengetua pusat berkenaan.

Ketika ditanya punca sebenar beliau tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran pusat berkenaan, Ustaz Kazim berkata, ia berikutan beliau tidak lagi mendapat panggilan kuliah serta ceramah.

“Kami (Pusat Pendidikan Al Barakah) tidak pernah minta derma daripada mana-mana pihak, parti politik atau sertai parti politik dan keseluruhan kos dibiayai melalui ceramah, kuliah, penjualan buku-buku diterbitkan dan program televisyen.

“Tetapi sejak dua tiga bulan ini saya rasa macam ada satu usaha menyekat ceramah saya, dibatalkan dan dihalang, saya rasa kalau keadaan ini berterusan, saya tidak mampu menampung Al Barakah,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, walaupun akan menjual unit tahfiz berkenaan, usaha melahirkan Huffaz di negara ini akan diteruskannya dengan mewujudkan satu pusat tahfiz dalam skala kecil selepas ini.

“Sebenarnya, kita sudah ada tiga lot tanah di Jalan Juara, Manjoi untuk pembinaan dan wang hasil penjualan unit tahfiz berkenaan akan digunakan untuk membuka pusat tahfiz dalam skala kecil itu iaitu dalam 20 pelajar.

“Saya akan mengecilkan skala bagi menjimatkan kos dan keputusan ini diambil untuk kepentingan bersama,” katanya. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 22 Dec 2019

Gadis Berat Naik Mendadak 200kg Meninggal Dunia

Salam takziah buat keluarga mangsa.

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Trending Wed, 6 May 2020
Trending Fri, 6 Sep 2019

29 Kek Di Terima Agong Sempena Hari Keputeraan

Sebelum beredar Pasangan diraja sempat meluangkan masa & ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.

Trending Fri, 19 Oct 2018

Ibu Saudara Sebak…Niat Beli Roti Berakhir Dengan Tragedi

Al- Fatihah buat Allahyarham Wan Amirah Wan Alias…

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

[VIRAL] “Lelaki Dalam Video Lucah Itu Bukan Saya Tapi….” – Ammar Alfian

Semoga dengan penjelasan ini dapat meredakan kontroversi yang melibatkan Ammar ini.

Trending Wed, 2 Oct 2019

| Live TV