Events By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 8:43am

Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis 4 Ogos

Sah! Tarikh mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini.

Hal ini disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai.

Tempoh berkempen bagi PRK ini selama 14 hari.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata SPR telah melakukan beberapa penambahbaikan seperti menambah saluran mengundi dan memanjangkan tempoh pengundian sehingga 5.30 petang.

“Ini bagi mengurangkan kesesakan dan menambah keselesaan buat pengundi,” kata beliau.

Kerusi N49 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menang dengan majoriti 12,480 undi, mewakili PKR dalam pertandingan empat penjuru menentang calon BN, Pas dan PRM.

Berita lanjut menyusul, saksikan Buletin Utama jam 8 malam ini di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

OMG Thu, 12 Jul 2018

Wow! Mak Cun Adventure Curi Perhatian Peminat, Catat 250,000 Muat Turun Dalam Masa Singkat

Mak Cun’s Adventure mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari sahaja. Wow!

LIFESTYLE Fri, 20 Jul 2018

Bila Anak Diserang HFMD, Apa Perlu Kamu Tahu?

Kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus tau. Harus tahu, HFMD disebabkan jangkitan virus.

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Persis Bidadari, Fazura Makin Cantik Dalam Koleksi Busana Infinence

Dalam perkembangan lain, Fazura turut memberitahu beliau bakal masuk ke set penggambaran filem bersama produksi Indonesia.

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
LIFESTYLE Sat, 1 Jun 2019

Najis Anak Berdarah Apa Puncanya?

Najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka Ikuti beberapa langkah dan punca yang patut dibaca oleh semua ibu bapa […]

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Difahamkan, Ariana dikatakan masih menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu…

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

BRAD PITT IS WILLING TO PAY RM500K TO GO ON A MOVIE DATE WITH EMILIA CLARKE

Apparently, Brad Pitt is a huge fan of Daenerys Targaryen and would love to watch the premier of Game of Thrones with her!

Hiburan Tue, 6 Aug 2019
Events Fri, 18 Oct 2019

“All the best” untuk Farzana ~ Neelofa

Jatuh-bangun kehidupan selepas Dewi Remaja.

| Live TV