Hiburan By: SGMS Faida June 29, 2018 @ 5:41am

Al- Fatihah…Pak Pandir Meninggal Dunia

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Masih ingat dengan lirik lagu ini? Lagu yang penuh dengan pengajaran. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Yang Remeh Temeh sekitar awal 1990-an, Pak Pandir atau nama sebenar Azmi Ali meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke bahagian kecemasan kerana mengalami masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair, Selasa lalu.

Malah, Allahyarham sempat berkongsi status keadaan kesihatannya termasuk wad diduduki kepada peminat di laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka yang ingin melawatnya di situ.

“Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.

“Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yg terbaik utk saya,” tulisnya semalam.

Allahyarham juga pernah mengalami batuk yang agak teruk sejak November tahun lalu dan menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang ia berkaitan dengan penyakit tibi.

Selepas menjalani beberapa ujian berkaitan, doktor mengesahkan ia sebenarnya berkaitan dengan kesihatan jantungnya yang mulai bengkak.

Bermula daripada situ juga, kakinya mulai bengkak sikit demi sikit malah Allahyarham sering mengalami masalah semput ketika melakukan aktiviti harian.

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan sekitar Putrajaya dan menetap di Kajang meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang pada jam 9.30 pagi dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Kredit gambar: Facebook Ikhtiman Ismail

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019
Hiburan Tue, 21 Nov 2017

KENAPA NI ZIZAN?

Baru-baru ini Zizan telah mengalami kecederaan semasa sedang menjalankan penggambaran Filem terbarunya. Apa jadi kat Zizan ni?

Hiburan Tue, 5 Jun 2018

Ini Waktu Terbaik Untuk Saya Muhasabah Diri

Syafiq ketika ditemui di tayang eksklusif Pelangi Cinta di Pavilion menganggap ada hikmah di sebalik dugaan yang melanda dirinya.

Events Tue, 27 Feb 2018

Kenapa Dazrin Tak Laku?

“Saya masih aktif berlakon cuma berehat sebentar untuk memberi tumpuan kepada isteri yang sedang sarat dan perniagaan.” – Dazrin.

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

“Takkan Kita Tidur Dengan Bau Bawang Dan Cili?” – Jasmin Hamid

Betul juga tu…kebersihan dan penampilan diri amat penting, tak kiralah dah berkahwin atau belum.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Tidak Terikut Gaya Penyanyi Asal, De Fam Tampil Gaya Tersendiri

Persembahan De Fam menggantikan Altimet menerusi lagu Bunga wajar dipuji. Tidak nampak langsung cuba meniru gaya penyanyi asal, Altimet. Lebih-lebih lagi part tarian Azira, Cik Manggis dan Sophea yang berjaya membuatkan Bunga lebih ‘berwarna’. Penggunaan […]

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Isteri Jamal Abdillah Pernah Dihalau Peminat!

Jamal mengambil masa hampir 4 bulan  untuk memahami isterinya disebabkan perbezaan usia mereka yang jauh.

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Mahu jadi artis bersih dari kontroversi, Dayang jaga nama baik keluarga…terbaiklah!

| Live TV