Hiburan By: SGMS Faida June 19, 2018 @ 12:22pm

Faham Situasi Haqiem Rusli, Hanez Suraya Pernah Kemurungan?

Mewah dan glamour bukan penghalang seseorang diserang penyakit kemurungan.

Sebagai contoh, kita boleh lihat berapa ramai selebriti antarabangsa mengalami tekanan seterusnya membunuh diri. Nak diluah, nanti dikata mengada-ngada pula. Awas, kemurungan jangan dibuat main!

Bagi pelakon Hanez Suraya, dirinya mengaku pernah diserang kemurungan sejak tiga tahun lalu.

Menurut Hanez, dia mula dihimpit gangguan sedemikian sejak tiga tahun lalu selepas melahirkan cahaya mata sulung, Puteri Aleesya.

“ Sokongan daripada insan sekeliling amat diperlukan bagi membolehkan dirinya menempuh situasi terbabit.

“Bukan sedikit insan yang berdepan penyakit sebegini. Orang ramai di luar sana juga tidak boleh memandang remeh perkara ini dan mereka yang berdepan gangguan kebimbangan atau kemurungan. Ia sememangnya hal yang sukar untuk difahami.

“Apa yang penting, sistem sokongan perlu kuat untuk kita menempuhi situasi sebegini,” katanya kepada BH Online.

Hanez terpanggil untuk berbicara mengenai perkara itu apabila penyanyi muda, Haqiem Rusli, dikatakan turut berdepan masalah sama. Malah, artis berusia 20 tahun itu memberikan bayangan ingin bersara daripada dunia seni.

Kata Hanez, 32, walaupun sudah bertahun-tahun dirinya berdepan masalah itu, namun hanya sejak beberapa bulan lalu beliau terbuka untuk berkongsi mengenainya dengan orang ramai.

“Ia memang sudah lama melingkari hidup saya. Cuma, ketika itu saya lebih banyak memendamkan masalah terbabit. Saya tidak pernah meluahkan kepada sesiapa, jauh sekali mahu bercakap mengenainya.

“Apabila industri hiburan digegarkan dengan cerita hal kemurungan yang dihadapi insan seni, terdetik dalam hati saya untuk berkongsi mengenai perkara ini.

“Saya mula meluahkannya di nota telefon bimbit hingga menjadi seperti diari. Seterusnya, saya bercerita pula dengan menulis di Insta Story di Instagram. Tanpa diduga, ramai yang menghantar mesej dan mengakui, mereka senasib dengan saya,” cerita Hanez.

Ujarnya lagi, beliau pernah menjalani pemeriksaan kesihatan berikutan masalah yang dihadapi.

“Saya rasa sakit, malah ketika itu berat badan turun mendadak hingga ramai yang menegur mengenai perubahan fizikal dialami. Walaupun saya berselera untuk makan, tetapi badan tetap kurus. Ia membuatkan saya jadi paranoid, sehinggalah doktor mengesahkan saya mengalami gangguan kebimbangan.

“Ketika itu, saya mula mengalami tanda penyakit berkenaan, termasuk ketar kaki, kesejukan dan ketakutan. Sampai satu tahap, saya mula terfikir soal kematian. Banyak perkara negatif mula meresap dalam diri.

“Ada masanya, saya hanya mahu sendirian dalam bilik, tanpa berbuat apa-apa. Waktu itu, hendak tidur pun tidak boleh. Saya juga tidak mahu orang lain mendekati diri ini,” katanya.

Kata Hanez lagi, tanda lain adalah diserang rasa panik dan kemudian kebimbangan.

“Jika tidak dijaga, ia boleh mendorong ke arah kemurungan. Mujur saya belum sampai ke tahap kronik sebegitu. Saya seperti berhalusinasi dengan diri sendiri, dengar suara halus menakutkan.

“Ketika itu, saya mengelak daripada berjumpa pakar kerana takut nak makan ubat. Saya sebaliknya lebih banyak menyertai program usrah dan mengikuti ceramah agama, sejak Oktober tahun lalu. Ia atas undangan seorang wanita bergelar Datin, yang mengadakan aktiviti berkenaan di kediamannya.

“Menerusi program itu, saya dapat kawan dan keluarga baharu serta berasa lebih tenang. Saya juga berkenalan dengan seorang ustazah yang kemudian membantu saya dalam bacaan al-Quran,” katanya.

Hanez yang mendakwa semakin pulih percaya, keresahan dihadapinya itu ada kaitannya dengan pengalaman silam.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya!

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Wed, 5 Dec 2018

Sebak Bawa Lagu Bisa Pertama, Izzmad Harun Terkenang ‘Adik Syurga’ Di Kampung

Walau bagaimanapun, Izzmad tahu adik kesayangannya itu mengerti penghijrahannya ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengubah nasib. Semoga terus berjaya…

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Nak Tengok Mak Gembira, Ayda Jebat Sanggup…

Alhamdulillah syukur rezeki saya pada tahun lalu dan sekarang masih lancar. Saya juga terlibat dalam beberapa projek untuk beberapa jenama besar.

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Word Searches Shoot Up Every Time BTS Releases Something New

They’ve indirectly become English teachers.

Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Ehem…Aedy Ashraf Tayang Wajah Buah Hati!

Cantik betul girlfriend Aedy ni kan?

| Live TV