Trending By: SGMS Faida June 19, 2018 @ 6:57am

Kes Kelar Bayi, Suami Sudah Maafkan Isteri

Suami kepada suspek dalam kes kelar anak di Felda Jengka 13, Muhammad Rizal Jusoh memaafkan perbuatan isterinya dan tidak menolak berkemungkinan menarik semula laporan polis.

Namun begitu, dia akur dengan kekuatan undang-undang di negara ini untuk menentukan nasib si isteri.

“ Saya akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga belah isteri, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan,” katanya.

Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika menggelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.

“Sedangkan Allah SWT memaafkan umatnya apatah lagi manusia biasa seperti saya.

“Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (isteri) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.

“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya.

Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatan sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.

Dalam kejadian itu, mangsa anak bongsu daripada tiga beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kehilangan banyak darah.

Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.

Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.

Sementara itu, suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam di Lokap Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran kira-kira 12 tengah hari semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 5 Aug 2018

Lombok Di Landa Gempa Bumi 7.0 Skala Richter

Lombok sekali lagi dilanda gempa bumi dan kali kekuatan 6.8 pada skala Richter Ahad, 5 Ogos 2018 jam 6:46 ptg

Trending Fri, 6 Apr 2018

PM Umum Parlimen Bubar Esok

Perdana Menteri menasihati semua Ketua Menteri dan Menteri Besar kecuali Sarawak, menghadap Sultan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Trending Fri, 23 Mar 2018

Gajet ‘Jemput’ Masalah Mental Pada Anak Kecil, Hati-Hati!

Konflik lain yang boleh berlaku ialah kegagalan kanak-kanak berfikir dengan waras, tiada daya pemikiran kreatif, tidak mampu berinteraksi dan bertutur dengan baik selain  perkembangan emosi serta intelek terbantut.

Trending Tue, 27 Feb 2018

Belanja Lebih RM2,000 Untuk Merasai Hidangan Pelik

Logik tak logik tetapi inilah yang berlaku dimana pasangan ini sanggup membelanjakan RM2,000 ungtuk merasai hidangan pelik di sebuah restoran antara terbaik di dunia

Trending Sun, 10 Jun 2018

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Trending Wed, 20 Nov 2019
Trending Tue, 6 Mar 2018

Pensyarah Pakai ”Cosplay” Pergi Class Setiap Hari,

Memakai pakaian Cosplay sewaktu mengajar dapat mencuri perhatian anak muridnya. Lebih dari 60 koleksi pakaian yang dimilikinya

Trending Fri, 20 Dec 2019

300位弱势孩童齐聚海拔6千英尺共庆圣诞!

配合圣诞节的来临,日前云顶世界邀请了来自10间不同慈善机构的300位小朋友,共赴一场位于海拔6千英尺的圣诞派对!

Trending Mon, 5 Nov 2018

Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

“Tarik Balik Gambar Diviralkan,” Pencuri Pulang 28 Biji Kerusi Dicuri Tak Sampai 24 Jam Video Tular

Trending Wed, 25 Mar 2020

| Live TV