Hiburan By: Mohd Fuad Mohd Noor June 12, 2018 @ 4:08am

Ezatty Abdullah Kerja Keras!

Pelakon Ezatty Abdullah telah berjinak jinak di dalam bidang perniagaan sejak setahun lebih yang lalu. Malah, dia semakin giat menjual produknya, Vermillion dan kosmetik keluaran terbarunya.

Bagi pelakon cantik manis ini, beliau turut mengakui sambutan daripada orang Johor sempena Festival Anggun Life yang diadakan baru-baru ini betul-betul mengkagumkan.

“Sambutan yang diberikan oleh orang Johor Bharu sangat memberangsangkan. Hanya dalam tempoh satu hari Vermillion hampir habis dijual.

“Mascara yang saya hasilkan tidak sama dengan keluaran orang lain. Oleh sebab saya tahu manfaat air zam zam, habbatus sauda dan minyak zaiton adalah bagus, jadi tidak salah untuk saya gunakan ke dalam mascara keluaran saya.” Katanya

 

Pelakon Ezatty Abdullah turut mengakui bahawa, sekarang dia lebih memberi fokus kepada perniagaan dan anaknya, Harum Dalia berbanding kerjaya lakonan. Namun, beliau juga turut memberitahu tidak akan menghalang suaminya , Azwan Kombos sekiranya beliau mahu terus aktif berlakon.

Sejak ada anak, saya lebih fokus untuk menjual produk saya. Lagipun saya sukar untuk mempercayai orang untuk menjaga anak saya. Kami tidak akan shooting serentak untuk bergilir dalam menjaga Harum dan menguruskan perniagaan. Jadi jika saya shooting, Azwan akan membantu dalam menguruskan perniagaan saya dan pada masa yang sama menjaga Harum.

Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi membuatkan Ezatty tidak sabar untuk beraya di Sabah, buat pertama kali.

Saya sangat excited untuk beraya di Sabah tahun ini memandangkan niat untuk beraya di sana sudah sejak setahun yang laluMalah, Harum dapat beraya bersama dengan neneknya buat kali pertama. Saya sudah rancang dengan kakak ipar untuk membuat kuih dan membawa ke Sabah untuk rumah terbuka.

“Biasanya di Sabah, Azwan akan membuat rumah terbuka selama tiga hari berturut tetapi kali ini saya hanya ingin membuat rumah terbuka hanya untuk satu hari sebab ingin meluangkan lebih masa bersama family.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

AMOi-AMOi叹《就爱自拍》MV重拍2次像流产落胎

历经一波三折,AMOi-AMOi终于推出《就爱自拍》最新MV!迟了3个月才推出的成品,让成员直呼心情像流产般失落。

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Hiburan Sat, 7 Jul 2018

「话题终结者」伍家辉首搭傅健颖主持 自嘲节目差点难产

全新网络平台Pentagon Online TV 首炮推出三档节目!其中「话题终结者」伍家辉首搭傅健颖主持《调啤音乐人》,让伍家辉自嘲节目差点因为他难产。

Hiburan Sat, 21 Jul 2018

Strategi Menjadi, Kim Kardashian Jana RM 20 Juta Dalam 5 Minit Je!

Nampaknya, percaturan Kim memang betul menjadi. Apa tidaknya, hanya menjual dalam talian, Kim berjaya mengurangkan kos produksi, iklan dan operasi kedai.

Events Mon, 24 Jun 2019

Monsta X Sets Malawati Stadium On Fire With Their We Are Here Tour

The heart stealing performance has garnered the attention of  a total 5,000 MONBEBE’S. 

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

Hiburan Thu, 31 Oct 2019

Penyanyi Popular Ini Sebenarnya Protege Black?

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 Ahad ni tau?

Hiburan Mon, 21 May 2018

Rakan Tak Sangka Hugh Grant Bakal Kahwin

Wow! Beliau akan menjadi pesara tidak lama lagi dan akhirnya berkahwin…

Events Fri, 25 Oct 2019
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Alahai…Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul!

| Live TV