Contest By: Salma Syahbuddin July 23, 2018 @ 1:50am

#JommenangXtra : Menang Hadiah Eksklusif Dengan Menonton Rancangan Menarik Di Bananana!

Sebut sahaja Bananana! Pastinya kanak-kanak akan tertunggu-tunggu apakah agaknya rancangan kartun yang akan disajikan kepada mereka bukan? So, sempena musim cuti persekolahan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami di tonton akan siarkan beberapa kartun menarik yang pastinya dapat memenuhi selera anak-anak anda di luar sana!

1. Barbie Dreamtopia

Barbie Dreamtopia mengisahkan tentang Barbie dan adiknya yang bernama Chelsea bersama-sama mengembara ke suatu dunia aneh bernama Dreamtopia. Berdasarkan kepada imaginasi Chelsea, penonton dapat mengembara ke sebuah dunia yang penuh dengan pelbagai watak-watak yang sangat berwarna-warni. 

Ditayangkan secara binge-watch dengan 26 episod hanya di tonton, Dreamtopia akan menemui adik-adik bermula 4 Jun ini!

2. Turning Mecard

Turning Mecard mengisahkan tentang dua orang pelajar sekolah menengah iaitu Jason dan Evan. Kedua-dua mereka mempunyai daya kreativiti yang tinggi sehingga mampu untuk mengubah kereta mini mereka. Bermula sebagai rakan saing dalam dunia perlumbaan, kedua-duanya juga dihimpit masalah yang sama iaitu masing-masing mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan dari situlah, Jason dan Evan mengambil keputusan untuk berkerjasama antara satu sama lain. Semasa mereka berdua dalam misi mencari ahli keluarga mereka, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh kedua-keduanya sepanjang misi tersebut. 

Kalau nak tahu, jangan lupa saksikan siri Turning Mecard ini bermula pada 5 Jun ini dan adik-adik berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif dan menarik daripada kami hanya di tonton!

 

3. Thomas & Friends

Thomas & Friends merupakan siri kartun adaptasi daripada sebuah buklu yang ditulis oleh Rev W. Awdry yang pastinya menjadi pilihan kanak-kanak yang paling digemari ramai! Terkenal menerusi watak yang terdapat di  sebuah stesen keretapi yang terletak di Pulau Sodor ini, Thomas & Friends pastinya sentiasa menjadi pilihan kanak-kanak.

Dan sempena cuti sekolah ini, adik-adik boleh menonton siri kartun Thomas & Friends secara Binge-watch untuk 26 episod pada 7 Jun ini hanya di tonton. Bukan itu sahaja, adik-adik boleh menonton dan menang hadiah juga!

 

Bukan itu sahaja, adik-adik juga berpeluang untuk memenangi hadiahbernilai RM200 daripada tonton dengan menjawab soalan-soalan yang telah disediakan berdasarkan setiap tayangan kartun-kartun kegemaran adik-adik.

Senarai hadiah-hadiah untuk dimenangi ialah :

  1. Barbie Dreamtopia Playset
  2. Turning MeCard Mecanimal Starter Pack
  3. Thomas & Friends Starter Set

 

Tarikh tutup penyertaan adalah bermula pada 15 Jun sehingga 16 Julai 2018.

Hadiah eksklusif ini akan diberikan kepada mereka yang bertuah dan berjaya menjawab soalan-soalan dengan betul dengan hanya klik gambar dibawah ini!

Jadi, apa tunggu lagi? Hadiah-hadiah ini bakal menjadi milik adik-adik sekiranya adik-adik berjaya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan dengan betul! 

Wow! Menarikkan hadiah-hadiah ni, adik-adik jangan lupa untuk menghantar seberapa banyak penyertaan kepada kami untuk menang hadiah eksklusif di atas. 

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Julai 2018!

Selamat Mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Wow! Jenama milik Erma Fatima, Fazura Ke Couture New York Fashion Week

Insha Allah, saya dan team Mak Cun akan berangkat ke New York pada 3 September depan. Pertunjukan fesyen pula bakal diadakan pada 7 September. Doakan yang terbaik ya!

Hiburan Tue, 5 Feb 2019
Hiburan Sat, 12 May 2018

Aik…Anak Shuib Minta Ibu Baru?

Untungnya sebab boleh minta ibu baru jadi macam mana Shuib?

Hiburan Tue, 15 May 2018

Beri Saya Peluang Hidup Normal – Izreen Azminda

Saya ambil yang positif sahaja. Saya maafkan semua yang pernah mengutuk dan mencaci saya…

Events Thu, 25 Jul 2019

相隔8年再出发!欣彦「大玩性感」用音乐唱游亚洲

相隔8年Zyen欣彦再次以「芭莎公主」身份发行全新专辑,服装造型更是大露事业线,不惧走光!

Trending Hari Ini Thu, 30 Apr 2020
Events Tue, 27 Feb 2018

Kenapa Dazrin Tak Laku?

“Saya masih aktif berlakon cuma berehat sebentar untuk memberi tumpuan kepada isteri yang sedang sarat dan perniagaan.” – Dazrin.

FESYEN Thu, 19 Sep 2019

Pharell Williams Supports Women Empowerment With Adidas Originals Campaign “Now Is Her Time”

Dear Pharell, we love you, sincerely, women from all over the world.

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

| Live TV