TECH By: SGMS Putri April 16, 2018 @ 6:57am

Spotify Perkenalkan Wajah Baru Aplikasi Mudah Alih

Umum telah mengetahui bahawa Spotify bakal mengadakan satu majlis pada 24 April, akan tetapi tujuan majlis tersebut diadakan tidak diberitahu sebelum ini. Namun, pada 16 April, Spotify telah mengeluarkan satu jemputan rasmi kepada pihak media yang memberitahu bahawa majlis berkenaan adalah berkenaan dengan masa depan aplikasi mudah alihmereka.

Majlis tersebut akan diadakan di Gramercy Theatre, New York, Amerika Syarikat dan dijangka akan diisi dengan pembentangan dari Gustav Söderström (Ketua Pegawai R&D), Babar Zafar (Naib Presiden Pembangunan Produk) serta Troy Carter (Ketua Pencipta Global) mereka. Sesi soal jawab bersama media pula akan menyusul selepas itu.

Terdapat juga laporan daripada beberapa sumber yang rapat dengan Spotify menyatakan bahawa majlis ini akan mendedahkan kepada umum berkenaan ciri baharu langganan percuma Spotify yang telah kami laporkan sebelum ini. Selain itu antara yang menjadi sebutan juga ialah fungsi carian menggunakan suara yang turut dijangka akan diperkenalkan pada majlis tersebut.

Apa sahaja tujuan sebenar Spotify menganjurkan majlis ini tentu ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik serta para pesaing Spotify yang turut berada dalam industri penstriman muzik. Ikuti perkembangan terbaru dari Spotify berkenaan perkara ini melalui laman sesawang mereka.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 17 Nov 2018

Membeli- Belah Di Lazada Secara Tunai, Boleh Ke?

Ini cara untuk membuat bayaran kepada Lazada secara tunai. Senang je tau!

TECH Fri, 6 Sep 2019

Cara Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Thu, 7 Feb 2019

Adik, Nenek and Kakak Never Out of Reach with Unifi’s #khabarbaik Plans Suitable For All

The better the coverage, the better the service, the better the connection!

TECH Mon, 20 Aug 2018

Tip Selamatkan Data Pada CD Rosak/Tergores

Adakah anda masih menggunakan CD untuk menyimpan data anda?Berikut merupakan tips untuk mengelakkan CD anda rosak atau tergores.

TECH Fri, 7 Sep 2018

Cara Nak Pilih Monitor

Apakah yang perlu anda tahu bila ingin memilih screen monitor.

TECH Wed, 25 Jul 2018

GPU Dari Samsung, Sejauh Manakah GPU Ini Akan ‘Bermain’?

Samsung dikatakan sedang menyiapkan pembangunan untuk menghasilkan GPU (kad grafik) mereka yang tersendiri yang dipanggil SGPU. Namun setakat ini tidak dipastikan pasaran GPU mana yang akan diceburi oleh Samsung memandangkan terdapat beberapa gergasi pasaran yang […]

TECH Thu, 1 Aug 2019

Awas Promosi WhatsApp Internet Percuma 1000 GB!

Awas dengan promosi terbaru, jangan sampai anda terkena

TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

TECH Tue, 8 May 2018

有了这种纸质电子书材料「会动的报纸」不再是梦!

还记得哈利波特里面那份配图会动的《预言家日报》吗?现在它们可能要成真了。

TECH Fri, 10 Aug 2018

Cara Block Akses Internet Aplikasi dan Game di Android

Memblock akses internet suatu aplikasi atau game yang terinstall di smartphone Android

| Live TV