TECH By: SGMS Putri April 21, 2018 @ 5:01am

iPhone SE 2 Dilancarkan Pada Bulan Mei?

Apple Inc dikhabarkan akan melancarkan peranti terbaru mereka, iPhone SE 2 seawal bulan hadapan, menurut laporan sebuah laman Jepun, Macotakara. Ia merupakan penyambung legasi bagi peranti iPhone SE pertama yang dilancarkan pada tahun 2017 dan bakal mempunyai spesifikasi yang menyerupai iPhone 7.

Menurut Macotakara lagi, mereka telah berhubung dengan pengeluar-pengeluar cengkeram telefon bagi peranti iPhone dan mereka menyatakan bahawa cengkeram buat iPhone SE akan muat pada iPhone SE 2. Ia sekaligus menguatkan ura-ura bahawa peranti terbaru Apple ini akan mempunyai saiz yang sama seperti iPhone SE iaitu 4 inci.

Selain itu, iPhone SE 2 ini juga dikhabarkan akan dilengkapi dengan set cip 64-bit A10 Fusion, cip yang sama digunapakai pada peranti iPhone 7. Walaubagaimanapun, peranti ini dikatakan tidak akan mempunyai bicu audio dan akan menggunakan ciri TouchID dan bukan FaceID.

Terdapat juga laporan berasingan yang mendakwa peranti iPhone SE 2 ini akan menggunakan kaca pada bahagian belakangnya bagi membolehkan pengecasan tanpa wayar dilakukan. Setakat ini, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X sudah menggunakan fungsi pengecasan tanpa wayar ini. Akan tetapi belum ada sumber yang sahih berkenaan dakwaan ini.

Sekiranya benar dakwaan bahawa peranti iPhone SE 2 ini adalah sebuah peranti bersaiz 4 inci, ini merupakan satu langkah yang berani diambil oleh Apple memandangkan permintaan pasaran kini lebih mementingkan keluasan skrin. Nantikan pengumuman rasmi dari pihak Apple berkenaan status peranti ini dalam masa terdekat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 25 Sep 2019
TECH Thu, 12 Jul 2018

SOCAR Now Offers One-Way Trips and Monthly Contest to Go ANYWHERE

Don’t you want to win a mystery adventure to anywhere around the world? More details inside!

TECH Fri, 17 Nov 2017

Cara Cegah Virus Pada PC Tanpa Menggunakan Sebarang Aplikasi

Artikel ini khusus untuk anda yang suka muat turun bahan-bahan daripada internet, sama ada dalam bentuk video, aplikasi dan lain-lain. Tahukah anda bahawa aktiviti memuat turun sebenarnya dalah sangat merbahaya ? Ini  kerana terdapat pelbagai jenis virus […]

TECH Sun, 8 Dec 2019

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai […]

TECH Mon, 23 Jul 2018

Aspek Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Membeli Telefon Pintar

Aspek-aspek yang anda perlu tahu sekiranya ingin membeli telefon pintar.

Automobile Mon, 14 May 2018

Fast Lane开太慢原来是会收到传票的!

爱在 Fast Lane 慢慢思考人生的朋友们,这篇文章是专为你们而写的!

Automobile Thu, 13 Sep 2018

38 Lamborghinis Already Sold This Year!

I wonder if any of them were purple…

TECH Tue, 1 May 2018

Asal Usul Nama Burung Twitter

Nama burung Twitter di logo itu adalah Larry. Dia diberi nama sempena seorang permain bola keranjang iaitu Larry Bird yang bermain untuk pasukan kegemaran Biz Stone’s ,Bolton Celtics.       Logo burung itu bukan […]

Automobile Wed, 14 Mar 2018

苹果无线充电底座终于要来了!

无线充电这项技术对于众多安卓手机来说已经不新鲜了,但是对于苹果手机用户来说,却是个「新技术」。对于不少手握iPhone 8、8 Plus以及X的用户来说,他们都在苦等苹果一样神器,那就是AirPower无线充电器,到底它会在何时上市开卖呢?

TECH Wed, 25 Apr 2018

佛珠也能高科技!宏碁智慧佛珠正式推出

从来不介意乱点科技树的宏碁,之前就有与宗教界合作的前例,现在更是将脑筋动到了佛珠上,在今天发表了「宏碁智慧佛珠(Leap Beads)」,来做为独门的「高科技化」穿戴产品。

| Live TV