TECH By: SGMS Putri January 2, 2018 @ 4:53am

11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang 2017

Google memperkenalkan servis Google Earth kira-kira setahun yang lepas semasa sambutan Hari Bumi sedunia yang berlangsung pada 22 April setiap tahun. Perkhidmatan tersebut kini sudah berusia 1 tahun dan Google berterima kasih kepada orang ramai di atas sambutan yang menggalakkan daripada anda.

Untuk itu, pihak Google ingin berkongsi dengan anda 11 perkara menarik tentang pencarian di Google Earth.

1. Lokasi pertama yang dicari oleh kebanyakkan pengguna Google Earth adalah lokasi rumah mereka  sendiri.

2. Tempat-tempat popular seperti Menara Eiffel, Times Square, Niagra Falls, Taj Mahal antara pencarian paling banyak di Google Earth.

3. Area 51 juga merupakan antara tempat yang berada di tempat teratas dalam carta pencarian, yang selalu dikatikan dengan UFO.

4. Bandar metropolis paling banyak dikunjungi melalui Google Earth adalah seperti New York dan Paris.

5. Tempat pelancongan paling popular dalam pencarian adalah Santorini di Greece yang popular sebagai tempat peranginan yang cantik.

6.  Dalam tempoh setahun yang lepas, Google telah mengemaskini imej yang meliputi 3 bilion manusia atau kira-kira 40% penduduk dunia secara keseluruhan. Bandar seperti New York, Stockholm dan Hakodate, Japan antara bandar metro yang mendapat resolusi imej 3D.

7. ‘I’m feeling lucky’ merupakan satu ciri popular yang terdapat di dalam Google Earth. Bagaimana ia berfungsi? Cuma klik ikon dadu dan ia akan memilih satu lokasi di Bumi secara rawak. Sejak ia mula diperkenalkan, hampir 190 juta kali dadu tersebut dilontarkan atau 6 kali dalam sesaat.

8. Poskad fizikal semakin dilupakan. Maka Google telah membina fungsi poskad untuk pengguna Android dan iOS untuk dikongsikan. Sepanjang tahun lepas, Google telah menghantar lebih kurang 40 juta poskad yang nilainya menghampiri RM 195 juta.

Taman Negara Yosemite

Venice, Itali

Oceanogràfic

9. Tahukah anda, melalui rangkaian kamera siaran langsung Explore.org di Google Earth, pengguna dapat memerhati beruang coklat memancing ikan salmon di Alaska dan beruang kutub merayau di sekitar Tundra Buggy Lodge di Churchill, Kanada.

10. Dari Great Sphinx ke Marikh ke sebuah kawah in Mexico, berjuta-juta pengguna telah mengikuti lebih daripada 300 lawatan interaktif di Voyager. Kisah-kisah paling popular seperti This is HomeI Am Amazon dan Natural Treasures hasilan BBC Earth telah memperkenalkan budaya dan habitat baharu.

11. Guru-guru dan para pelajar telah menerokai sistem suria bersama Miraikan dari Jepun dan menyiasat kesudahan zaman dinosaur bersama HHMI Biointeractive. Ada juga lokasi-lokasi yang menarik untuk dilihat seadanya, seperti Earth View dan Earth at Night hasilan NASA.

Selamat ulang tahun pertama Google Earth!

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 18 Nov 2018

Cara Cari Maklumat Objek Hanya dengan Gambar

Pernah keliru mencari apa nama objek di sekeliling kita? Permohonan berikut akan membantu anda mencari jawapannya.

TECH Tue, 18 Dec 2018

Tips untuk Meningkatkan Grafik PUBG di Android ke Flat Tepat

Ingn grafik yang cantik masa bermain PUBG ikuti langkah ini

TECH Mon, 22 Oct 2018

Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

Cara untuk anda “Reset” kembali pelayar Chrome pada PC untuk menghapuskan segala Malware yang “melekat” ketika melayari internet sebelumnya.

TECH Wed, 3 Jul 2019

Facebook, Instagram Dan Whatsapp Alami Gangguan

Pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status

TECH Tue, 8 Jan 2019

「尘归尘土归土」还比火化更环保!冰葬让人体回归天地

随着环保意识抬头,葬礼的精简和大体回归自然成为新一代身后方案追求的目标,除了最近推广的树葬、植葬外,最近还有另一种新的环保葬:冰葬。

TECH Thu, 27 Sep 2018

Nokia 6.1 Plus and Nokia 5.1 Plus’ Cameras are Worth Getting the Device

Is Nokia running on the iPhone design hype too?

TECH Sat, 9 Mar 2019

Tips Cas Bateri Phone Dengan Cepat!

Bila bateri telefon makin kurang pasti mencari cara untuk mengecas dengan cepat (supercharging).

Automobile Thu, 29 Mar 2018

养车小知识:火星塞( Spark Plug )多久换一次?

火星塞(Spark Plug)一般多久需要更换一次?

TECH Thu, 5 Jul 2018

Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan. Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi […]

TECH Wed, 7 Nov 2018

每天加班怨叹没人生? 3大APP助你提升效率、准时下班

现代的上班族常常加班,若不想生活都被绑架,快点试试看这3个APP,立刻加速工作效率,助你准时打卡下班!

| Live TV