LIFESTYLE By: SGMS Enal December 12, 2017 @ 3:27pm

Kesalahan Etika Pemakaian Ketika Hadiri Temuduga

Anda pasti pernah dipanggil untuk menghadiri temuduga terlebih dahulu sebelum ditawarkan sesuatu pekerjaan tidak kiralah di sektor awam mahupun swasta kan? Ada yang berjaya ada yang tidak. Pada yang berjaya, tahniah diucapkan. Tapi pada yang gagal, pernah tak anda terfikir kenapa anda gagal? Belajar sampai ke universiti, ada Degree dan Diploma tapi masih gagal dalam temu duga.

Sebenarnya, terdapat banyak aspek yang dinilai oleh ahli panel penemuduga selain kelayyakkan anda. Soal etika pemakaian, bahasa badan dan komunikasi juga turut diambil kira dalam setiap sesi temu duga.

Melainkan anda memang betul-betul bagus, kalau anda ada buat kesalahan seperti yang disenaraikan oleh Muhammad Al Fatihee ini, memang susah la anda nak dapat kerja terutama di sektor awam. Nak tahu apa kesalahan tersebut, jom baca perkongsiannya di bawah.

TRAGEDI di SPA!!! 

Pengajaran untuk SEMUA Pembaca. Semalam saya memasuki Pejabat SPA Kota Bharu bagi melihat sendiri etika berpakaian calon-calon INTERVIEW jawatan  Sektor Kerajaan.

Seperti biasa, pakaian saya memang orang tidak akan syak yang saya datang untuk memerhati. Sengaja pakai seluar Track dan berselipar. Macam orang kampung gitu. Hehe.

Selama 1 jam saya memerhati seorang demi seorang calon masuk mendaftar. Temuduga bermula jam 10 A.M. Hasilnya SAYA RASA MACAM MAU NANGIS!

“Dik Jikalau beginilah etika pemakaian kamu. 90% permohonan kamu akan ditolak”.

Belum masuk bab Body Language dan Komunikasi! Antara kesalahan yang saya REKODKAN!

LELAKI

1. Interview jam 10 pagi datang jam 10.10pagi

2. Terlupa bawa Tie

3. Tie bunga-bunga zaman Tan Sri P Ramlee

4. Seluar Slack / Kasut Futsal

5. Rambut Tak Kemas

6. Tak Pakai Stokin

7. Baju Kemeja untuk keluar DATING dengan AWEK

8. Susunan Sijil yang salah

9. Tali pinggang tak pakai

10. Jam Getah

PEREMPUAN

1. Kaca Mata Honeymoon

2. Tudung singkat

3. Baju dan Tudung berfesyen. Amboi besarnya bunga

4. Tumit kasut tinggi sangat. Hehe

5. Baju Kurung pergi kenduri

6. Mekap Tebal

7. Susunan sijil salah

Ini antara kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan calon INTERVIEW. Peliknya mereka memiliki Degree dan Diploma. Apa yang mereka buat semasa di universiti selain daripada pergi kuliah?

Adakah mereka tidak bertanya kepada PAKAR?

Adakah mereka tidak diberitahu oleh PAKAR? “Mustahil”

Adakah mereka buat tak endah semasa di universiti?

Adakah mereka tidak mendapat informasi etika berpakaian INTERVIEW SPA yang jauh berbeza dgn INTERVIEW Swasta?

Hmm. Jika begini patutlah ramai yang tidak mendapat kerja yang dipohon…

Namun hati saya kembali sejuk, apabila ada beberapa orang calon yang menepati etika berpakaian Profesional. Sekurang-kurangnya “First Impression” anda sudah menang.

Saya ucapkan semoga berjaya kepada semua calon Temuduga 2018

Sumber : Muhammad Al Fatihee

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 16 Oct 2019

Lahir Anak Di Angkasa Lepas?

12 Tahun Lagi Mungkin?

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

Kongsi Pengalaman Perkahwinan Barakah Tanpa Modal Puluh Ribu

Kami Nikah Sempoi Je, Modal Semua RM3K, Beli Tripod, Gambar Edit Sendiri”, Wanita Kongsi Pengalaman Perkahwinan Barakah Tanpa Modal Puluh Ribu

Contest Wed, 27 Nov 2019
LIFESTYLE Thu, 3 May 2018

SM Entertainment to Open First Ever KPOP Museum

There will be 9 different exhibits!

LIFESTYLE Fri, 17 Jan 2020

5 Tips Melancong Bersama Anak Kecil

Tak Perlu Runsing Melancong Bersama Anak Kecil, 9 Tips Mudah Ini Selesaikan Masalah Anda

Fab Foodies! Thu, 3 Oct 2019

Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #Biarbetuliklanni!

Pengguna perlu berwaspada apabila membuat pembelian ubat dalam talian

LIFESTYLE Mon, 4 Dec 2017

Kongsi Teknik Atasi Anak Yang Nakal

“Kadang-kadang, Makin Dilarang Makin Dia Buat” — Doktor Ini Kongsi Teknik Atasi Anak Yang Degil

LIFESTYLE Mon, 2 Jul 2018

Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Pelukis mural, Yulia Antipova telah mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

LIFESTYLE Tue, 1 May 2018

Suka Mandi Lambat? Nah, Sedikit Perkongsian Untuk Anda!

Kerap demam, selesema dan berhingus itu semua punca dari sikap mandi lewat. Kajian mendapati mandi pagi boleh menghasilkan lebih darah putih untuk meningkatkan sistem imuninasi badan.

Fab Foodies! Fri, 16 Feb 2018

过年狂吃发福?避开饮食「3大高热量地雷」

农历新年就快来临,令人迫不及待的除了领红包,就期待的就是跟家人朋友团聚、吃年饼。所以一般在春节后的发胖率高达30~40%,平均体重增加大约是2公斤。这数字其实一点都不夸张,从年菜、零食和过年常见的伴手礼…等食物中,就可以找出发胖的原因了。

| Live TV