Trending By: SGMS Enal December 11, 2017 @ 2:52pm

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Ramai daripada rakyat Malaysia berpendapat bahawa membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu untuk tujuan keselamatan adalah perkara biasa tanpa menyedari perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Faizal Rahman yang juga seorang peguam, memberitahu Bernama, individu yang memiliki, membawa atau menyimpan sebarang senjata walaupun sebilah pisau kecil tanpa sebab yang munasabah termasuk alasan melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat jika didapati bersalah.

Faizal juga menjelaskan negara Malaysia bukanlah sebuah negara yang memiliki kadar jenayah yang tinggi sehingga rakyat perlu melengkapkan diri dengan senjata untuk keluar dari rumah.

“Jangan beri alasan bawa senjata untuk keselamatan diri, itu tidak boleh. Negara kita bukan macam sesetengah negara luar yang tidak selamat apabila pistol boleh digunakan sewenang-wenangnya, akses pada pasukan keselamatan juga senang dan banyak, alasan membawa senjata untuk lindungi diri tidak boleh diterima,” katanya.

Faizal mengulas perkara itu susulan pelbagai pandangan umum yang mempersoalkan hukuman penjara ke atas individu yang memiliki senjata walaupun mendakwa ia untuk melindungi diri selain kembimbangan individu seperti pekebun atau tukang rumah yang terpaksa membawa pisau atau parang untuk tujuan pekerjaan.

Terbaru, pada Ogos lepas, seorang pencuci kereta dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah memiliki sebilah pisau pemotong daging berukuran 25 sentimeter tanpa kebenaran.

Faizal menyatakan akta tersebut adalah sangat perlu bagi mencegah kes jenayah bersenjata termasuk pecah rumah, samun, rompakan bersenjata, peras ugut dan aktiviti kumpulan kongsi gelap.

“Namun tindakan penguatkuasaan atau sebarang penahanan individu perlu dilakukan dengan teliti agar tiada penganiayaan berlaku kepada individu yang tidak bersalah,” jelas beliau.

Seorang Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara mengulas lebih lanjut isu ini. Beliau berkata masih lagi ramai yang tidak jelas tentang perkara ini dan menyifatkan pihak polis dan pendakwa raya sewenang-wenangnya bertindak dan menahan individu yang memiliki pisau atau senjata lain dan mendakwanya di mahkamah.

“Pihak pendakwaan tidak sewenang-wenangnya mendakwa mereka yang ada pisau atau apa-apa senjata sekiranya terdapat penjelasan yang munasabah. Sebagai contoh, seorang lelaki ditahan pada jam 3 pagi, dengan pisau rambo atau parang di hadapan Dataran Maybank.” katanya

Sewaktu tangkapan dibuat, lelaki itu mendakwa senjata tersebut digunakan untuk ke kebun di Rawang. 

“Persoalannya disini, apakah yang lelaki itu lakukan di Dataran Maybank dengan pisau dan parang tersebut pada jam 3 pagi,” jelasnya lagi.

Timbalan Pendakwa Raya itu juga berkata seseorang individu yang memiliki apa-apa senjata yang disenaraikan sebagai senjata berjadual seperti pisau, parang, pedang, kerambit, tombak, buku lima, kapak kecil dan sebagainya tanpa sebab yang sah boleh didakwa di bawah akta tersebut.

Sehubungan itu, beliau sentiasa menasihatkan orang awam untuk tidak membawa apa-apa senjata dengan tujuan yang betul dan juga tidak memberi alasan yang membawa senjata untuk keselamatan diri.

“Bawalah senjata dengan tujuan. Kalau kata nak pergi ke kebun hari ini barulah bawa senjata itu masuk ke dalam kereta hari ini. Bukan nak pergi kebun hari Sabtu tetapi hari Isnin sebelumnya dah simpan dalam kereta, ia boleh menimbulkan curiga kepada pihak berkuasa,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jun 2020
Trending Mon, 15 Jun 2020
Trending Tue, 14 May 2019

Amaran Buat Netizen! Jangan Mudah Percaya Produk Kosmetik Local, Nur Sajat Kini Didakwa

Buat sesetengah netizen yang obses dengan produk kosmetik tempatan, korang jangan ambil mudah mengenai perkara macam ni. Salah guna produk, merana seumur hidup. Hati- hati guys. 

Trending Wed, 3 Oct 2018

Akhirnya Rosmah Ke Lokap SPRM?

Rosman di dakwa esok!

Trending Sat, 2 May 2020
Trending Tue, 9 Jun 2020
Trending Thu, 15 Mar 2018

Dinobat Kanak-Kanak Perempuan Paling Cantik Di Dunia, Ramai Lelaki Ajak Anastasia Knyazeva Dating!

Baru berusia 7 tahun, namun ramai lelaki mengajaknya keluar dan apa yang mengejutkan kebanyakan mereka adalah golongan dewasa. 

Trending Fri, 1 Feb 2019

Google Dan Nasi Lemak, Apa Kaitannya?

Super cool! Google kini meraikan sarapan nombor satu rakyat Malaysia, Nasi Lemak!

Program TV Mon, 18 May 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes Dana 1MDB, Anak Tiri Najib Razak Ke SPRM Lagi

Terdapat dakwaan bahawa dana dari 1MDB digunakan untuk membiayai beberapa filem Hollywood di bawah syarikat miliknya.

| Live TV