Trending By: SGMS Enal December 4, 2017 @ 6:32am

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Lepas je waktu kerja, boss WhatsApp tanya itu ini. Kadang-kadang tu okay la kan tapi bayangkan kalau setiap hari. Mesti pening kan?

Aplikasi WhatsApp sememangnya banyak memudahkan aktiviti harian semua. Kerja jadi lancar walaupun tak ke pejabat, komunikasi dalam jarak jauh saja dah okay! Tapi benarkah aplikasi WhatsApp selepas waktu kerja beri tekanan kepada pekerja?

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Kerja Malaysia MTUC, Abdul Halim Mansor, apabila urusan kerja masih berlaku menerusi aplikasi WhatsApps selepas waktu pejabat, ia merupakan satu tekanan kepada pekerja serta aplikasi itu tidak sesuai digunakan untuk urusan rasmi pejabat.

“Sekiranya pihak majikan benar-benar memerlukan pekerjanya untuk bekerja pihak syarikat perlu menghubungi pekerja tersebut melalui telefon atau menjemputnya di tempatnya.

“Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium rasmi biarpun memudahkan penyampaian pesanan,” tambahnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan undang-undang yang lebih jelas dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Mengikut Seksyen 60A (1) Akta Kerja 1995, seseorang itu tidak boleh diarahkan bekerja lebih 5 jam berterusan tanpa rehat dan tidak melebihi 8 jam sehari atau 48 jam seminggu, jika pekerja bekerja melebihi tempoh tersebut, mereka berhak menuntut bayaran lebih masa tapi itu hanya terpakai di pejabat dan urusan kerja secara fizikal.

Namun, apa yang menjadi dilema ialah arahan yang diberikan oleh majikan selepas waktu bekerja melalui aplikasi WhatsApp, Telegram serta sistem pesanan ringkas yang lain.

Sementara itu, pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Seorang kakitangan disebuah institut perniagaan di ibu negara berkata, sudah menjadi lumrah majikannya memberi arahan untuk menyiapkan tugas di luar waktu pejabat melalui media sosial.

Menurutnya, situasi ini menganggu emosi apabila perlu memikirkan urusan kerja sewaktu bersama keluarga. Betul juga tu! Nanti isteri tengok kamu asyik main phone je, cemburu dibuatnya. Dalam hal ini, budi bicara perlu di antara majikan dan pekerja dalam meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Jul 2018

「全球最矮小的可爱夫妻」生育子女是他们最烦恼的事

人们常说,只要真心相爱,身高、距离、年龄都不会是问题!这对夫妻的身高均不足0.9米,但却身体力行地向人们证明了在爱面前,其它什么都不重要。

Trending Fri, 19 Jan 2018

Sosial Media Punca Kes Cerai, Pasangan di Terengganu Mendahului Carta…

Penggunaan media sosial secara meluas menjadi salah satu pencetus kecurangan sehingga mendorong pasangan suami isteri membuat permohonan untuk bercerai.

Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Trending Fri, 15 May 2020

Rakyat Titip Ucapan Buat PM Sempena Hari Lahir Ke-73 Hari Ini!

Selamat Hari Ulangtahun Perdana Menteri Ke-8!

Trending Thu, 16 Nov 2017

摄影师母亲把自己的女儿变身成为Wonder Woman!

Mary Grace Pingoy是一位来自美国印第安纳州西北部获奖的家庭和儿童肖像摄影师。她近期帮她第一个女儿创作了一系列神奇女侠的照片拍摄。

Trending Fri, 13 Jul 2018
Trending Fri, 30 Aug 2019
Trending Thu, 30 Jan 2020
Trending Mon, 11 Mar 2019

Pesawat Dilaporkan Terbakar, Takziah Buat Para Penumpang Ethiopian Airlines

Pesawat tersebut dilaporkan mengalami letupan kebakaran namun CEO Syarikat Penerbangan Ethiopian Airlines berkata punca sebenar kejadian ini masih belum dikenal pasti.

| Live TV