Trending By: SGMS Enal December 14, 2017 @ 6:17am

Wang kertas peringatan sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

Sempena Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan wang kertas sebagai peringatan. Dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, wang kertas ini  sebagai memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. 

Wang kertas peringatan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. 

Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Spesifikasi wang kertas peringatan ini adalah seperti berikut:

Wang Kertas Sekeping RM600
Nilai muka wang kertas bersaiz besar ini ialah RM600 dan harga jualannya RM1,700 sekeping.  Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

Wang Kertas Bercantum 3 dalam 1 RM60
Nilai muka wang kertas bercantum ini ialah RM180 dan harga jualannya RM500 sekeping. Sebanyak 6,000 keping sahaja dicetak.

Wang Kertas Sekeping RM60
Nilai muka wang kertas sekeping ini ialah RM60 dan harga jualannya RM120 sekeping. Sebanyak 60,000 keping sahaja dicetak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 23 Mar 2020
Trending Sat, 29 Jun 2019

Usah Keliru Dengan Pingat, Ketua SPRM Jawab Isu ‘Bar Ribbon’

Susulan isu bar ribbon yang timbul selepas disuarakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Kota tampil memberi penjelasan.

Trending Thu, 14 Jun 2018

The Watches Seized from Pavilion Residences Cost RM80 Million!

Many of us can’t even earn RM1 million in a year.

Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Trending Fri, 4 Oct 2019

So This Person Who Looks Like Jungkook is Not Jungkook?

This is the weirdest and most disturbing Jungkook-ception we have ever seen so far!

Trending Wed, 7 Feb 2018

SINGA KACAK BAKAL HIASI MAJALAH ANTARABANGSA

Gambar seekor singa yang menjadi viral kerana dilihat sangat tampan dan menawan. Persis model, singa ini cukup bersahaja ketika jurukamera merakam gambarnya!

Trending Fri, 22 May 2020

| Live TV