Trending By: SGMS Enal November 22, 2017 @ 4:43pm

Berjaya Genggam PhD Pada Usia 72 Tahun

Apa yang akan anda buat apabila anda sudah pun berumur lebih daripada 70 tahun nanti? Mungkin mahu berehat di rumah, main dengan cucu ataupun bercuti. Ada tak yang terfikir untuk terus sambung belajar dan cari ilmu pada usia sebegitu?

Tapi itulah realitinya seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Munadilatul Iezzah Lubis ini. Dia berkesempatan bertemu dengan seorang warga emas yang sudahpun berusia 72 tahun dan baru memiliki PhD, namun masih gigih menuntut ilmu selagi hayat dikandung badan.

Ketika ada anak muda (tidak semua) yang masih kuat tetapi lebih rela untuk memilih hidup yang sia-sia dan terlibat dengan pelbagai masalah sosial, kisah warga emas ini sememangnya sarat dengan pengajaran supaya dapat dijadikan panduan untuk kita semua. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.

PhD usia 72 tahun !

Allah rezekikan kak Mun berjumpa dengan seorang yang sangat istimewa, inspirasi, dan menakjubkan! Beberapa soalan kak Mun ajukan pada beliau.

“Dr ambil bidang apa?”

”Pakcik ambil contemporary issues.”

“Kenapa sambung belajar”

”Pakcik memang minat belajar. Rasa sayang sangat tak belajar. Selagi umur masih panjang, pakcik memang nak belajar lagi.”

“Dr. ambil mode apa? Ulang alik ke UIA ke macam mana?” 

”Mixmode. Research + subjek. Terkejut kan? Ya. Pakcik ulang alik dari Beranang ke UIA”


Master di mana, bila?”

Master kat UIA jugak selama 2 tahun. Habis master, pakcik terus sambung Phd selama 5 tahun.”

“Lepas ni Dr. nak buat apa?”

”Lepas ni pakcik nak sambung belajar lagi. Tak kerja lagi la dengan usia macam ni”

Bayangkan, Pakcik berumur 72 tahun habiskan master dalam masa 2 tahun dan sambung Phd sejurus selepas itu selama 5 tahun. 7 tahun berturut-turut belajar tanpa henti! MIXMODEya tuan puan.

Bukan COURSEWORK. Kak Mun panggil beliau doktor, tapi beliau masih menggelar diri beliau sebagai pakcik.

Kak mun belajar usia 23 tahun pun dah semput. Allahu. Apa yang kak Mun belajar harini.

– Tetapkan matlamat dan fokus pada objektif belajar dan hidup.

– Teguhkan semangat dan kekuatan dalaman. Usia bukan penghalang. Segala-galanya bukan penghalang untuk mencapai sesuatu!

– Jangan tengok orang lain! Boleh tengok orang lain untuk motivasikan diri. Tapi bukan LEMAHKAN DIRI.

– Jangan ikut orang / trend. Orang nak ambil master, kita pun nak. Orang sambung Phd, kita pun nak. JANGAN! Jangan buat sesuatu sebab orang lain buat jugak. Tetapkan tujuan buat sesuatu perkara sebelum diri binasa.

Kalau diberi kesempatan kepada anda berjumpa dengan beliau, APA SOALAN PERTAMA YANG ANDA AKAN AJUKAN?

Tahniah Dr. Ismail Bin Haron!

Sumber : Munadilatul Iezzah Lubis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 19 Mar 2020

COVID-19: Prihatin Terhadap Kakitangan, Media Prima Mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan

Kerjasama dan keprihatinan majikan dengan kakitangan amat penting dalam situasi wabak sebegini.

Trending Wed, 1 Aug 2018

他为全球3亿个没鞋穿的儿童设计了「会长大的鞋子」

相信大家应该都拥有超过一双的鞋子,但是你知道全世界还有将近3亿个儿童没有鞋穿吗?

Trending Wed, 3 Jun 2020

Berita Baik Buat Peminat Esports Di Malaysia

Wah tak sabarnya nak tengok!

Trending Mon, 18 Dec 2017

Cikgu Azizan bebas!

Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik

Trending Mon, 11 Nov 2019
Trending Sun, 21 Oct 2018
Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Trending Sun, 10 Mar 2019

Kereta Api Tergelincir Di Bogor, 17 Cedera

Kereta api itu tergelincir jam 10.15 pagi waktu Indonesia Barat.

Trending Sun, 29 Apr 2018

她将「15年老厢型车」改装超舒适跟狗狗环游世界

国外一名女子Marina Piro 亲手将一台老式的厢型车Pam 改装得超舒适,然后带着她的爱犬Odie 就这样四处旅行环游世界,并在IG 分享她的惬意生活让粉丝们羡慕不已,一起来看看她的旅程吧!

| Live TV