Hiburan By: SGMS Faida May 11, 2018 @ 4:30am

Lagu-lagu R Kelly Kena Boikot?

Susulan kempen boikot terhadap penyanyi terkenal R Kelly yang didakwa terbabit dengan salah laku seks, muzik milik beliau dikeluarkan dari Spotify! Ish ish… kenapa tu agaknya?

Sumber itu dikeluarkan sendiri oleh pihak perkhidmatan streaming itu, hari ini.

Kelly, 51, adalah antara penyanyi R&B paling berjaya sejak 20 tahun lalu, menjadi objek kempen boikot online #MuteRKelly paling hangat minggu lalu sejak dilancarkan oleh pergerakan Times’s Up yang menentang gangguan seksual.

“Tindakan itu akan membabitkan senarai lagu yang dimiliki, dikendali dan yang dicadangkan oleh Spotify,” kata syarikat itu.

Muzik Kelly masih boleh didapati menerusi perkhidmatan itu tetapi keputusan untuk mengeluarkannya dari senarai lagu bermakna ia tidak akan dipromosi.

Pengurus Kelly, John Holder gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Spotify adalah perkhidmatan penstriman muzik terbesar di dunia dengan 75 juta pelanggan berbayar.

Julai lalu, penyanyi dengan nama sebenar Robert Kelly itu menafikan tuduhan menahan sekumpulan wanita muda di premis miliknya.

Pada 2008, seorang juri membebaskan Kelly dari tuduhan pornografi kanak-kanak.

Sumber: Agensi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Mon, 25 Feb 2019
Hiburan Thu, 12 Dec 2019
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Azrinaz Mazhar Hakim ‘Belanja’ Gambar Baby Bump

Tak sabar nak tengok muka baby nanti!

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia Adalah Yang Terakhir?

Yang pegi konsert Dewa tu jangan lokek share video kat instagram korang okay!

Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!

Events Mon, 29 Jul 2019

Pertama Kali Turun Jom Heboh, Ini Reaksi Ac Mizal!

Suasana Karnival Jom Heboh malam kelmarin bertambah riuh apabila Datuk AC Mizal membuat persembahan solo dan berduet bersama Masdo dengan lagu ‘Dinda’ di pentas utama karnival itu!

Events Thu, 3 Jan 2019

Shuk Dan Jihan Confirm Buat Korang Pecah Perut Dalam…

Jadi jangan lupa saksikan Senang Terhibur yang pastinya buat korang semua pecah perut dengan lawak jenaka daripada Jihan, Shuk dan artis jemputan setiap minggu.

Trending Thu, 16 Apr 2020

| Live TV