LIFESTYLE By: SGMS Enal May 3, 2018 @ 2:58am

4 Tips Mengenali Lelaki Panas Baran

Panas baran !! Benci pada lelaki yang panas baran . Ini kerana mereka melepaskan perasaan tekanan itu kepada individu tanpa berfikir baik dan buruknya. Ada di antara mereka mengalami panas baran dari tempat kerja. Seperti tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan.  Ada pula yang akibat si dia meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan kerana kesempitan wang. Seterusnya, mengabaikan si dia, bersifat cemburu buta juga turut merimaskan si dia dan anda tidak melaksanakan tanggungjawab  dengan sempurna. Jom, baca tips mengenali lelaki panas baran

Tips Mengenali Lelaki Panas Baran:

1. Biarkan dia menunggu

Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak, bergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini sewaktu anda keluar bersamanya tetapi terlewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati. Oleh sebab itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2. Minta dia mengajar sesuatu

Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat caranya melayan anak kecil

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.

4. Cemburu atau tidak

Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh. Justeru itu sebelum membuat pilihan, kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.

Ini diantara tips yang dapat kita kongsikan bersama. Jika anda ada tips yang lain kongsikan bersama ya. Kalau dah tahu panas baran bagaimana nak atasinya? kita kupaskan dalam entri yang lain .

Credit picture : Google 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Faizal Tahir Mahu Bersara?

Satu hal mengenai album ini, ia adalah album saya yang terakhir

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

Anak Jutawan Tapi…

Bagus Harris…sikap begini yang harus kita contohi!

Fab Foodies! Mon, 27 Jan 2020

8 Makanan Rutin Ini Mampu Memberikan Kesan Buruk

Memang 8 makanan rutin nie sedap dan nikmat tetapi sedarkah anda apa akibatnya jika di makan berterusan

Automobile Mon, 25 Nov 2019

10 Hak Anda Perlu Tahu Sebelum Kereta Kena Tarik !

Kereta Kena Tarik? Apa perlu anda buat

Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Nora Danish Dilabel Tak Pandai Jaga Anak?

Mungkin mereka memberi komen sebegitu kerana mereka sayangkan Nora dan Neyney.

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

MALUKAN MALAYSIA, ALIFF SYUKRI DIMINTA JANGAN JADI BODOH!

Aksi itu seterusnya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak yang menganggap Dato Aliff Syukri hanya memperbodohkan diri beliau tiap kali berada di luar negara

Hiburan Tue, 13 Nov 2018

Pesalah Sebar Filem Munafik Secara Haram Diarah Bayar RM100K

Haa, lepasni kalau tak insaf lagi, tak taulah nak cakap apa

Hiburan Thu, 24 Oct 2019
FESYEN Fri, 8 Nov 2019

‘Selangor Modest Fashion’ Martabat Hab Fesyen Busana Santun

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi bersama antara Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure.

Hiburan Wed, 15 Jan 2020

Bawa Semangat Arwah, Lefthanded Hibur Peminat Singapura 7 Mac!

Lebih membanggakan kami kerana dapat berkongsi pentas dengan penyanyi hebat tanah air

| Live TV