TECH By: SGMS Enal May 3, 2018 @ 2:35am

Instagram Bakal Perkenal Sokongan Panggilan Video & Reka Bentuk Semula Laman Explore

Sudah lama kita dengar berita bahawa Instagram bakal memperkenalkan sokongan panggilan video. Baru-baru ini, Mark Zuckerberg mengesahkan ia bakal direalisasikan dan ciri yang dinamakan Video Chat akan hadir ke Instagram tidak lama lagi!

Dengan ciri panggilan video ini, pengguna boleh melakukan panggilan video bersama rakan dan secara berkumpulan melalui tab Instagram Direct. Maknanya, korang haruslah mengikuti profile antara satu sama lain sebelum boleh membuat panggilan video.

Apa yang best, ketika membuat panggilan video, korang juga boleh scroll Instagram pada masa yang sama. Paparan korang akan bertukar menjadi picture-in-picture dan dipaparkan dalam bentuk tetingkap kecil ketika korang melayari Instagram.

Pada ketika ini, bila kita akan menerima sokongan panggilan video, masih belum boleh diketahui. Mungkin dalam minggu atau bulan terdekat ini?

Selain itu, Instagram juga bakal memperkenalkan rekaan semula laman Explore dengan butang baharu di atas lamannya, membolehkan pengguna memilih untuk swipe subjek seperti binatang, fotografi dan seni bina bagi melihat lebih banyak post mengenai sesetengah topik.

Kemaskini terbaru ini juga membolehkan korang meneroka lebih banyak kandungan mengikut minat masing-masing. Korang boleh mencari kandungan baharu, kenalan dan jenama terkini di pasaran untuk diikuti. Jom layan Instagram sekarang!

Ditulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Jan 2020
Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Demi Anak, Bella Sanggup Terima Aliff

Kadang kala kita tak tahu apa yang orang lain rasa melainkan kita sendiri pernah melaluinya…

Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Hiburan Mon, 2 Dec 2019

Dikecam Kerana ‘Seksi’, Jasmine Suraya Pernah Gemuk Dan Tak Basuh Rambut 3 Bulan?

Mungkin, kalau memakai ‘bustier’ di dalam akan tampak lebih sopan tetapi masih ‘fashion forward’.

Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Bapa Angkat Azharina Kini Tenat Di Hospital

Semoga Papa Hamidi diberi kesembuhan segera.Insya Allah…

TECH Sun, 22 Apr 2018

Perang Iklan – Iklan Terbaru Apple Cuba Yakinkan Pengguna Untuk Bertukar Ke Jenama Mereka

Perang antara platform tidak kira sama ada PC vs konsol, Intel vs AMD dan lain-lain lagi sudah diketahui umum. Dan untuk dunia telefon pintar, dua nama yang dominan muncul sejak dari dahulu lagi, iOS vs […]

| Live TV