Events By: Salma Syahbuddin April 18, 2018 @ 9:47am

Pulau ‘Is Too Mainstream’, Percutian Sungai ‘Is The New Trend’!

Acapkali percutian pulau menjadi pilihan sang pengembara yang mahu berlepak santai, namun keriangan bercuti di pinggiran sungai tidak kurang hebatnya. Trend terkini buat si pengembara tegar, sungai menjadi pilihan cuti liar dan ekstrim. Tak percaya?

Xtra berkesempatan berkunjung ke daerah Sukau Bilit, 2 jam perjalanan dari bandar Sandakan di Sabah. Lupakan seketika percutian yang dihiasi deruan ombak, dan indulge‘ dalam aliran sungai yang tenang, malah alami pengalaman ekstrim bersama sang buaya yang bebas berenang di Sungai Kinabatangan!

Borneo Natural Sukau Bilit Resort, satu-satunya resort mewah 15 bilik yang terbina di celahan belantara tebal taman negara pasti menggamit selera eksotik anda menginap ditemani haiwan liar cuma dilindungi selapis kayu Berlian binaan mewah serta kepingan pintu berkaca terus ke katil empuk!

Pilihan penginapan 3 hari 2 malam di pinggiran Sungai Kinabatangan nyata memacu adrenalin sang pengembara tegar seperti anda dan xtra senaraikan 5 sebab anda WAJIB opted percutian Sungai ini, dan lupakan pelancongan mainstream ke Pulau, serius!

    1. Wildlife, Semulajadi dan Eksotik!

Pernah terbayang menginap di tepi sungai yang dipenuhi buaya liar? Di sinilah tempat paling ideal untuk memuaskan nafsu eksotik anda! Pastinya selamat, kelibat sang buaya yang berenang bebas pasti menyapa anda yang seronok bersantai di tepian sungai! Awas, mandi sungai DILARANG sama sekali di sini! Ikuti video travelog bidikan blogger terkenal Hasif Hamsyari :

 
  1. Penginapan Mewah, dan santapan berteman Fauna Liar!

Alunan muzik tradisional Borneo akan menyambut ketibaan anda sebelum dibawa ke kamar penginapan mewah yang terbina di atas dek kayu berbumbungkan belantara tebal. Spesis Enggang, monyet proboscis, ungka, orang utan malah ular kecil mungkin meraikan kehadiran anda tetamu istimewa mereka di sini! Minum petang anda pastinya momen paling istimewa apabila berpeluang berkongsi dengan spesis kera hantu yang gemar ‘menyertai’ anda secara diam-diam.

Kredit Gambar : AsiaGreenTravels.com

  1. Cruise sepanjang Kinabatangan dan sertai sanktuari liar

Silver Leaf Monkey, Proboscis Monkey, sang Gajah, beruang liar, kucing hutan, ular paya bakau, sehinggalah ke sang buaya (lebih 40 spesis mamalia dan 4 spesis reptilia) – segalanya mungkin di sini! Selusuri sepanjang Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia dengan bot khas yang disediakan oleh pihak resort dan alami sisi bebas fauna – jangan lupa bawa binokular anda!

Kredit Gambar: AsiaGreenTravels.com

  1. Kembara malam ke dalam belantara tebal Taman Negara

Jom, cabar diri anda dengan mengembara di bawah cahaya bulan dan bintang! Paling mengujakan, alami rasa taburan bintang malam di atmosfera ungu di sebuah kawasan lapang yang terdapat di trek kembara. Lipan, lelabah, kucing hutan, burung enggang dan pelbagai lagi menanti anda – dengan tatapan ‘mata merah’!

Kredit Gambar: Facebook Natural Sukau Bilit Resort

  1. Selami kebudayaan masyarakat di pinggiran Kinabatangan!

Malam paling ‘happening’ saban minggu, aktiviti tarian bersama krew resort selain tetamu luar negara yang turut menginap di sini! Acara yang diadakan usai makan malam di ruang terbuka (jangan risau bab nyamuk, memang tiada!), turut diserikan dengan nyanyian lagu popular tempatan. Inilah masanya untuk anda melakukan ‘social networking‘! Mana tahu bertemu jodoh?

Kredit Gambar: Facebook Natural Sukau Bilit Resort

Kembara ekstrim ke Kinabatangan ini turut disertai rakan blogger dari Projek Travel – www.projektravel.com, siapa kata percutian di pinggiran Sungai biasa-biasa sahaja? Nah, sang ‘bedal’ di pinggiran resort ini buat tatapan anda!

Kredit Gambar: Facebook Natural Sukau Bilit Resort

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Sun, 28 Apr 2019
Contest Wed, 2 Oct 2019

Single “Andai Nanti” Serlah Kematangan Vokal Mu’izz Zulqarnain

Terus support Mu’izz dan jangan lupa tonton video klip Andai Nanti okay!

Hiburan Sat, 23 Dec 2017

CHECK OUT PRINCE HARRY AND MEGHAN MARKLE’S OFFICIAL ENGAGEMENT PHOTOS

The couple will be getting married in May, 2018!

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Mana Ada Gaduh, Ezuwan Ismail Terharu Che Ta…

Selama ini, Che Ta antara yang tak jemu memberi sokongan saya dalam setiap pertunjukan fesyen yang dianjurkan.

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Siap Sedia Jadi CEO Stesen TV, Ac Mizal Sedia ‘Ubah Angin’

Saya dan Adam bersyukur dengan kerjasama bersama TV3 dan kami turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerbitkan program untuk TV3 selama setahun.

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

’Saya Nak Tanya Tapi Segan’- Zaaim Teringin Duet Dengan Mentor

Ala Zaaim… apa nak segannya. Rugi tau segan-segan ni!

Hiburan Sun, 14 Jul 2019
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

| Live TV