Trending By: SGMS Putri January 7, 2018 @ 5:08am

Aku, Suami & Anak Di Sahkan Postif HIV …

Pengalaman pahit ini telah dirasai oleh Jamaliah Sulaiman, 50-an. Semua ini terpaksa ditelan apabila dia disahkan sebagai orang yang hidup dengan HIV, dua tahun selepas kematian suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.

“Saya rasa dunia bagai terhenti seketika apabila secara tidak sengaja menjalani ujian darah di sebuah klinik kerajaan yang kemudiannya disahkan positif HIV,” katanya.

Beliau ditemui oleh wartawan Utusan di majlis pelancaran Rumah Perlindungan Teduhan Harapan HIV di Summer Hill Nursing Home, 12-2B-14-2B, Jalan Kemacahaya 12, Batu 9, Cheras, Selangor.

Semenjak itu, Jamaliah berada di dalam dilema dan berasakan serba tidak kena dengan kehidupannya.

Dia tidak tahu cara dan masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya kepada ibu dan ahli keluarga yang lain mengenai HIV yang dihadapi.

Dalam masa yang sama, Jamaliah mula diasak oleh ahli keluarga terutama ibu untuk berkahwin semula.

“Ibu saya menjadi buta apabila setiap hari menangis kerana kecewa dengan sikap saya yang terang-terangan menolak setiap pinangan, sedangkan dia mahu saya bersuami untuk menjaga di kala susah,” katanya.

Akhirnya Jamaliah terpaksa akur, apabila dia kemudiannya menerima pinangan anak guru al-Qurannya yang tinggal bersebelahan rumah.

Namun, jauh di sudut hati dia masih keberatan untuk berkahwin kerana tidak mahu penyakitnya itu menjangkiti pasangannya.

Lebih membebankan lagi, dia kemudiannya mengandung selepas empat bulan berkahwin dan rahsia yang selama ini disimpan akhirnya diketahui juga oleh suami.

Nasibnya baik apabila suami memahami kerana percaya dengan takdir jodoh untuk hidup sebagai pasangan suami isteri.

Hatinya lega apabila selepas pemeriksaan suami disahkan HIV negatif.

Namun, sekali lagi Jamaliah berdepan dengan keadaan yang hampir melumpuhkan semangat apabila anak yang baharu dilahirkan disahkan HIV positif, sekalipun semasa mengandung dia tidak henti-henti berdoa semoga anak yang bakal dilahirkan akan bebas penyakit tersebut.

Hidup Jamaliah terus dilanda badai apabila rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun bersama suami akhirnya runtuh.

“Apapun saya masih bersyukur kerana bekas suami yang meninggal dunia selepas itu kerana serangan jantung dan tidak ada kaitan sama sekali dengan HIV,” katanya.

Tidak lama selepas itu, Jamaliah sekali lagi bertemu jodoh tetapi kali ini dengan Marhalem Mansor, yang juga orang hidup dengan HIV.

Pasangan itu kemudiannya sama-sama membangunkan rumah Teduhan Harapan HIV di Kapar, Kelang.

Anaknya yang kini berusia 18 tahun juga membantu mereka menguruskan rumah tersebut.

Banyak pengalaman sedih yang dilalui semasa menjaga Marhalem yang beberapa kali jatuh sakit.

Katanya, paling menyayat hati apabila terpaksa menghadap keadaan Marhalem yang mulanya telah disangka mati selepas berhenti nafas selama kira-kira tujuh minit.

“Namun, ketika tubuhnya diangkat ke bilik supaya mudah orang melawatnya di Rumah Teduhan Harapan HIV, dia tiba-tiba bingkas bangun menolak salah seorang yang cuba mengangkatnya dan terus memekik bahawa dia masih hidup.

“Saya juga berpengalaman menjaga suami yang nazak di hospital. Sebulan saya berulang-alik menemankan dia. Saya siap berpesan kepada jururawat supaya memanggil saya bagi melakukan tugas menukar lampin jika suami membuang air kecil atau besar kerana mahu melakukan kesemua tanggungjawab itu.

“Alhamdulillah, tidak lama kemudian keadaan kesihatan suami semakin baik hinggalah sekarang,” katanya yang bernasib baik kerana banyak dibantu oleh mertua, ahli keluarga dan komuniti yang bukan sahaja memberikan semangat malah bantuan makanan.

Teduhan Harapan beri perlindungan 

Sesuai dengan namanya, Rumah Teduhan Harapan HIV adalah harapan baharu bagi individu yang hidup dengan HIV meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

Rumah perlindungan yang boleh mengisi 30 penghuni pada satu-satu masa, merupakan unit baharu di bawah rumah kebajikan Summer Hill Nursing Home.

Rumah perlindungan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pasangan suami isteri, Marhalem Mansor dan Jamaliah Sulaiman.

Sebelum ini, pasangan tersebut adalah peneraju bagi Teduhan Harapan HIV yang terletak di sebuah perkampungan di Kapar, Kelang.

“Di tempat baharu ini kita mahu mendidik penghuni untuk lebih bersemangat menjalani kehidupan lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan masyarakat di luar yang masih memandang serong,” kata Marhalem ditemui pada majlis pelancaran rumah tersebut Cheras, Selangor baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Summer Hill Nursing Home, Prof. Dr. B L Ho.

Kata Marhalem, buat masa ini rumah perlindungan tersebut mempunyai tujuh penghuni termasuk seorang wanita bersama seorang anak perempuannya.

Kesemua penghuni yang mendaftar di situ telah dicadangkan oleh pihak hospital memandangkan orang yang hidup dengan HIV ini berhadapan dengan masalah untuk kembali ke pangkuan keluarga.

“Di sini kita menjalani kehidupan bagaikan sebuah keluarga. Selain menjalani aktiviti harian, mereka juga menerima rawatan perubatan yang disyorkan,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kekangan kewangan setiap penghuni hanya dibenarkan untuk tinggal di rumah perlindungan berkenaan selama enam bulan sahaja bagi memberi peluang orang lain.

Justeru, pihaknya memang memerlukan bantuan dari semasa ke semasa agar pengurusan rumah tersebut berjalan dengan lancar.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Trending Fri, 4 Jan 2019

惊人想像力搭配迷你模型!幽默重现办公室点滴

来自美国的Derrick Lin喜欢收集各种不同的小人模型,且充满想像力的他将这些小人,以幽默或是讽刺的手法重现他在办公室的生活。

Trending Tue, 26 Nov 2019

Japan Invented A New Way Of Staying Flawless; That Is By Spraying On A New “Skin”

Japan taking beauty to another whole level, none ever thought of doing.

Trending Mon, 12 Aug 2019

ATM Bank Diletupkan, RM300,000 Lesap

Ganas juga sekarang ni perompak, mesin ATM pun nak dirompak

Trending Fri, 4 Oct 2019

Anak Angelina Jolie Jadi Rapper di Korea?

Besar dah Maddox Jolie-Pitt…

Trending Tue, 22 May 2018

Najib’s Lawyers Quit Right Before Questioning by MACC

It seems like Najib’s legal team would rather quit than fight for him.

Trending Thu, 8 Feb 2018

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Trending Mon, 13 Jan 2020

Was That Really Her? Adele’s New Physical Appearance Received Praised From Fans

We still love her no matter what shapes she’s in..

Featured Sat, 6 Jun 2020

Rebut Peluang Menangi Wang Tunai Sebanyak RM150K Dengan E-Sukan Kampus!

Jangan ketinggalan rebut hadiah wang tunai rm150k!

Trending Thu, 9 Jan 2020

| Live TV