Featured By: hheels_admin January 8, 2018 @ 8:52am

6 Tips Mudah Lentikkan Bulu Mata Secara Semulajadi

“Dahlah mata aku ni sepet, bulu mata pulak pendek. Jeles betul tengok si Kamilia tu, mata sudahlah bulat, bulu mata pun panjang melentik. Tak payah susah-susah pakai maskara tebal pun dah nampak cantik. Untunglah. Agak-agak ada tak cara semulajadi nak panjangkan bulu mata ya?”

Tak semua orang bertuah dikurniakan bulu mata lebat dan panjang semula jadi. Tapi tak bermakna mereka yang punya bulu mata yang pendek tidak boleh berbuat apa-apa untuk mendapatkan bulu mata yang panjang dan tampil menawan.

Cuma perlu usaha lebih sikit dengan ‘apply’ banyak tips, teknik dan guna produk yang sesuai untuk mendapatkannya. Di sini kami ingin bongkar rahsia dan kongsikan caranya.

7 CARA PANJANGKAN BULU MATA DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Antara yang boleh diamalkan untuk panjangkan bulu mata adalah:

1. SIKAT DENGAN KERAP

Biar betul! Ada ke sikat untuk bulu mata? Ya, ada. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya.

2. SAPU VASELINE SETIAP MALAM

Produk ‘petroleum jelly’ seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata. Ambil sedikit Vaseline mengguna cotton bud atau berus mascara. Kemudian sapu pada bulu mata sebelum tidur.

3. GUNA MINYAK SEMULA JADI

Minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang. Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.

4. SAPU VITAMIN E

Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya.

5. MAKAN BIOTIN

Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dalam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang. Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut.

6. TEKAP DENGAN TEH HIJAU

Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata. Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.

AMALKAN DAN TENGOK HASILNYA SENDIRI

Dengan mengamalkan teknik yang betul untuk panjangkan bulu mata, anda mungkin boleh nampak kesannya dalam masa yang singkat.

Menurut perkongsian salah seorang bloggerkecantikan, beliau sendiri telah mendapat kesan positif setelah bereksperimen dengan teknik ini dalam masa 1 bulan.

Selepas 3 bulan, kesannya juga bertambah ketara. Tak perlu lagi maskara.

Ia bukan sahaja memberi penampilan yang menarik malah menjadikan seseorang itu tampil lebih muda, lebih segar dan lebih vibrant.

Cubalah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Guna Tips Ini Untuk Cuci Kesan Pensel Warna Pada Dinding Rumah Anda. Tak Perlu Cat

Anak anda bukannya guna kertas sebagai platform untuk menunjukkan bakat melukis mereka, tapi dinding rumah.

Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Sah! Lelaki Lebih Suka Bergosip Daripada Wanita Bahkan Topik Umpatan Mereka Lebih Bahaya

Gelaran Kiah Propa, Kak Bed, Sis Posto, Kak Nam dan terbaru, Makcik Bawang, menggambarkan sikap kelompok wanita yang suka mengata dan menyebarkan fitnah.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Hasilkan Skrub Sendiri Menggunakan Beras Dan Barli. Kesannya Memang Menakjubkan!

Inginkan kulit licin mulus anda boleh cuba buat skruB menggunakan bahan dapur ini. Hasilnya sangat menakjubkan!

Tips Tue, 20 Feb 2018

Pedulikan Penghasad Dengki, Ini 8 Cara Raih Bahagia

Adakah anda gembira, sukar atau penuh dengan kesedihan? Realiti kehidupan, pasti dipenuhi dengan pahit, manis, duka, dan gembira.

Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Stres Bila Ada Stretch Mark Lepas Bersalin? Amalkan Cara Mudah Ini

Anda mesti akan berasa risau bila ada stretch mark pada bahagian perut semasa hamil. Betul tak?

Gaya Hidup Fri, 27 Apr 2018

9 Kediaman Mewah Paling Privasi Di Dunia, Rumah Terakhir Paling Tricky

Sesetengah orang terlalu ‘private’ sehinggakan lokasi kawasan perumahan mereka bukan saja jauh dari hiruk-pikuk kota malah berselindung di balik batu, pokok dan di tebing bukit.

Featured Fri, 2 Feb 2018

Kenali Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser usus besar mungkin tidak sepopular kanser payudara dan servik. Namun, ia juga merupakan penyakit yang digelar pembunuh secara senyap dan ketiga tertinggi di kalangan wanita.

Acara Mon, 8 Jan 2018

10 Tips Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi Agar Tampil Lebih Menawan

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan […]

Tips Mon, 8 Jan 2018

Ketahui 6 Sebab Kenapa Jerawat Naik Tanpa Henti Di Beberapa Bahagian Badan Ini

Aduh! Jerawat naik lagi? Wanita memang tidak akan terlepas dari mengalami dilema apabila jerawat tumbuh kan? Tetapi, untuk pengetahuan anda, apabila jerawat tumbuh, ini bermaksud ada sesuatu yang tidak kena dengan badan anda. Jerawat yang […]

| Live TV