Parenting By: tex_admin April 11, 2018 @ 1:52pm

Malu Nak Menyusu Anak Di Tempat Awam? 8 Tips Ini Boleh Bantu Anda

Ibu yang baru sahaja melahirkan anak pasti akan berpantang selama 44 hari. Dalam tempoh pantang tersebut mereka tidak digalakkan untuk keluar rumah sama ada untuk beriadah mahupun pergi ke pasaraya!

Mesti bosan! Habis sahaja berpantang para ibu akan mengambil peluang untuk berjalan-jalan atau bershopping. Ibaratkan seperti melepaskan rindu! 

Tetapi, walaupun pergi ke tempat-tempat awam tersebut, para ibu juga perlu breastfeed anak mereka. Bagi ibu-ibu yang sudah berpengalaman, pastinya perkara ini bukan sesuatu yang sukar. Ini kerana ia adalah perkara yang normal dan akan dilalui oleh semua wanita. 

Sebenarnya susah ke nak breastfeed anak bila di tempat awam ini? Adakah masyarakat akan perhatikan kita yang sedang menyusukan anak? Mesti akan berasa malu, kan?

Jangan risau, kami ingin kongsikan tips yang praktikal untuk anda yang bakal dan bercadang menyusu badan di tempat awam. 

1. Cari pakaian yang sesuai

Foto: AliExpress

Percaya atau tidak, apabila anda mula menyusu badan, hampir kebanyakan daripada pakaian yang anda biasa pakai mula menjadi tidak selesa. Baju yang tidak mempunyai butang ataupun t-shirt menjadikan anda sukar untuk menyusukan anak. Betul tak?

Bagi memudahkan proses menyusu badan, anda perlu memakai pakaian khas untuk menyusu yang boleh anda dapatkan di pasaran. Harganya sedikit mahal, namun tidak salah untuk anda memilikinya. Pilih baju dengan warna yang mudah dipadan dengan bermacam-macam warna lain kerana anda akan menggunakannya berkali-kali.

Selain itu, anda juga boleh memakai baju yang berbutang atau berzip di bahagian depan. Ia lagi memudahkan anda! Ingat, jangan pakai pakaian yang terlalu ketat kerana ia akan menyukarkan anda!

2. Jangan tunggu bayi terlalu lapar

Foto: ABC

Anda janganlah terlalu syok bershopping sampaikan tak perasan yang anda sudah melewati waktu menyusu bayi. Sebaiknya, bila bayi anda mula menunjukkan rasa resah, cepat-cepat cari tempat yang sesuai untuk menyusu. Kalau anda menunggu sehingga bayi baru lapar, mood anak anda akan berubah, mungkin mereka akan menangis sehingga satu pasaraya dengar!

3. Gunakan penggendong bayi

Foto: thenaturalbabyco.com

Anda boleh menggunakan penggendong bayi ini kerana ia amat mudah untuk anda kendalikan. Jika anak anda masih kecil, anda boleh menggunakan penggendong jenis ring sling kerana mudah untuk anda menyusukan bayi di tempat awam. Ianya tidak perlu dibalut, tiada tali, atau apa saja yang boleh menyusahkan pergerakan anda. 

Sekiranya bayi anda semakin membesar, anda boleh menukar dengan penggendong jenis beg seperti Boba atau Ergo. Untuk jenis ini, anda perlukan sedikit praktis dan lama-kelamaan anda akan selesa.

4. Hadang dengan stroller atau suami

Foto: Odditymal

Kegunaan stroller bukan sahaja sebagai ‘kenderaan’ untuk anak anda duduk dan baring, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai penghadang ketika anda menyusu badan. Anda perlu memilih tempat menyusu yang sesuai dan boleh gunakan ‘penghadang bergerak’ ini bersama. 

Jika anda tidak membawa stroller, anda boleh manfaatkan suami masing-masing sebagai ‘penghadang’ sementara anda menyusukan bayi.

5. Nursing room

Foto: Moms Pump Here

Sebenarnya, ada sesetengah pasaraya yang menyediakan nursing room sebagai kemudahan ibu-ibu untuk menyusukan anak, menukarkan lampin dan sebagainya. Jika anda pergi ke sesebuah pasaraya, carilah nursing room yang disediakan untuk menyusukan anak. Bilik khas ini akan memberi anda lebih keselesaan!

6. Nursing cover

Foto: Mom Tricks

Anda juga boleh membeli nursing cover supaya dapat menyusu di tempat awam dengan lebih yakin. Nursing cover ini akan membantu anda menutup keseluruhan bahagian dada anda. Terdapat banyak variasi nursing cover yang dijual di pasaran seperti nursing scarves tapi fungsinya tetap sama! Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana.

7. Jangan ambil peduli dengan pandangan orang

Foto: In Wild Hearts

Jika bayi sudah mula menangis, pasti anda akan mula berasa tidak selesa untuk menyusu di tempat awam. Tetapi, kalau ia sudah terjadi, anda harus bertenang. Tenung bayi anda sebagai salah satu cara melupakan sebarang kesangsian. Tidak perlu terlalu risau tentang pandangan orang ramai. 

8. Boleh bawa bekal

Foto: Meg’s Meal Planning

Jika bayi anda sudah mencapai usia 6 bulan ke atas, anda boleh mula membawa finger food untuk diberikan kepadanya sementara dapat menjumpai tempat menyusu yang sesuai. Ia salah satu cara untuk menukar perhatian bayi tersebut. Anda boleh membawa buah-buahan yang telah dipotong ataupun biskut jejari yang tidak bergula. 

Kesimpulannya, anda perlu yakin untuk menyusu badan di tempat awam kerana ia sememangnya hak setiap wanita. Jadikan ia aktiviti yang seronok bersama bayi anda. Kalau anda berasa malu, ikutilah tips yang telah kami kongsikan ini. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Sumber: SirapLimau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Mon, 30 Apr 2018

Perlukan Babysitter Yang Bertauliah? Tempah Saja Menerusi Khidmat KiddoCare

Macam perkhidmatan e-hailing Grab! Request saja!

Parenting Mon, 2 Apr 2018

Nak Bawa Baby Pergi Swimming? Ini Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Berenang antara aktiviti yang menjadi pilihan para ibu bapa untuk diperkenalkan kepada bayi mereka.

Parenting Thu, 18 Jan 2018

Perlu Atau Tidak Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak?

Golongan remaja dan kanak-kanak kini terdedah kepada gejala tidak bermoral. Terkini di kalangan remaja ialah melayari laman-laman sesawang pornografi di mana mereka berkongsi gambar-gambar ‘terlampau’ untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Malah ada yang lebih berani […]

Parenting Wed, 28 Mar 2018

Jangan Beli Mainan Crystal Slime Clay Untuk Anak Anda. Boleh Bawa Maut!

Jika kita lihat, terdapat pelbagai lambakan barang mainan yang dijual pada hari ini. Kebanyakkan barang mainan tersebut diimport daripada negara China yang kita sendiri tidak ketahui tahap keselamatan dan kandungannya.

Parenting Wed, 4 Apr 2018

Apabila Anak Tidak Mahu Makan, Ini Perkara Wajib Yang Perlu Anda Tahu

Sebagai ibu, anda mesti mahukan mereka mendapatkan nutrisi yang cukup melalui pemakanannya setiap hari, tetapi kalau mereka tak nak makan macam mana pula nak dapatkan nutrisi itu. 

Parenting Fri, 16 Mar 2018

Harga Lampin Pakai Buang Mahal. Ini Cara Mudah & Cepat Ajar Anak Untuk Bebas Lampin.

Diapers antara barangan keperluan bayi yang sangat penting dan perlu ada bagi memudahkan urusan bayi ke bilik air.

Parenting Wed, 11 Apr 2018

Inginkan Anak Yang Soleh Dan Solehah? Amalkan 16 Doa dan Surah Ini

Terdapat 16 surah dan doa yang elok diamalkan bukan saja semasa mengandung tapi juga dibaca selepas solat.

Parenting Tue, 27 Feb 2018

Kuku Bukan Kudap-Kudap, Bagaimana Cara Mengatasi Tabiat Gigit Kuku?

Tabiat ini bukan saja boleh menyebabkan kulit jari terkelupas dan berdarah, malah boleh memberi implikasi kepada kesihatan.

Parenting Wed, 25 Apr 2018

Jangan Urut Bayi Anda Sesuka Hati. Ikuti 9 Cara Yang Betul Ini

Teruja nak urut bayi tapi tidak tahu teknik yang betul? Ini caranya.

Parenting Tue, 17 Apr 2018

4 Cara Untuk Kekalkan Sistem Penghadaman Yang Sihat Untuk Anak Kesayangan Anda

Anak perlu memiliki sistem penghadaman yang sihat bagi memastikan badan mereka bebas daripada toksik yang boleh membahayakan tubuh dan membekalkan tubuh anak dengan nutrien yang diperlukan.

| Live TV